Isnin, 18 Oktober 2010

X SEMPURNA BAJET TANPA BONUS

J


Hebat bajet 2011 semuanya sudah cantik,
cuma hanya  satu sahaja menjadi cacat celanya
kehampaan hati warga perkhidmatan awam
bila mana bonus tahunan tidak disenaraikan
bagi 3.1 billion bukanlah nilai terlalu banyak
buat persara yang masih hidup dan bernafas
kekecewaan dua tahun lalu belum terpadam
jikalau mati, pasti mata tidak rapat terpejam.

sewaktu pembentangan semua cukup mengharap,
setelah dua tahun bonus kita terganggu gugat
malah ramai pula anak dan isteri menuntut janji
si bapa mengharap tunaikan janji bonus kali ini
si bapa yang mengeluh tidak dapat ditepati
kini janji si bapa cuma tinggal janji, kata anak
ibu dan bapa terkelu lidah tidak menetapi janji
ternyata semua janji bapa tidak lagi dapat ditunaikan
hanya sabarlah anak tunggu saja tahun hadapan.

Begitu kecewa rasa hati tiga tahun menunggu,
bagai tidak pernah dinilai perkhidmatan dulu
betapa gembira dengar menuju negara maju
dengan tiap pekerjaan berpendapatan tinggi
bersama perbentangan baget yang mesra rakyat
terasa di bandar dan di desa semuanya dapat
tetapi hanya satu saja bonus yang menjadi ralat....
semua penjawat awan jadi terkebil terkulat-kulat.

Oleh: Nurimanja,
Bila mendengar bonus
bajit 2011 melepas lagi. 2010.

50 ulasan:

Geletek Pagi berkata...

INFO AGAMA TIDAK TERDAPAT JAMPI SERAPAH INI DALAM AL QURAN DAN HADIS


Oleh itu saya amat mengkhuatiri beberapa jampi yang tuk nenek kita kata doa, sangat meraguinya
dan jangan pula diamalkan di khuatiri sesat, dan menjadi saka atau susah pula hendak mati nanti.

Contoh doa/jampi/serapah.

1. Pendinding diri (waktu hendak tidur malam)

Hei pendinding!
Aku duduk di atas batu yang 7 lapis
Aku berpayung dengan langit 7 lapis
aku duduk di dalam kandang kandung kalimah Laila haillallah.... sampai habis
kemudian hembus kiri dan kanan, depan belakang, baca tiga kul dan ayat kursi.
lepas itu tidur. (seolah kita berada dalam kandang)

CERITANYA:
Sewaktu hamba Allah ini berada diperantauan, ada orang cuba untuk menyehernya. tetapi tidak berjaya, apabila mereka pergi ke rumah sewanya ada api yang sedang
mengelilingi rumah sewanya. cerita orang yang mengamal ini. nak cuba terpulang? Awas risikonya tanjung sendiri.

Suara Bebas berkata...

DAILOG KECEWA GARA_GARA BONUS

Ada baiknya dua bantuan khas itu dulu dikatakan bonus, Maka penjawat awan tidak akan kecewa. kerana terlalu ramai ibu bapa yang berjanji kepada setiap keluarga "Nanti bila dapat bonus abah dua bulan atau sebulan kita beli basikal baru ke sekolah," tetiba hampa.

ANJ berkata...

Sedutan akhbar UM

Saya tidak tahu apa lagi yang pemimpin dan ahli PKR serta Pas tunggu, semuanya sudah jelas bukan
sahaja melalui laporan polis berkenaan malahan keterangan oleh doktor pakar di mahkamah dalam
perbicaraan kes liwat Anwar telah memberi petunjuk yang jelas siapa Anwar sebenarnya,'' katanya.

Ezam juga membidas, tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mengadakan demonstrasi bagi membantah
konsert Adam Lambert yang dikatakan gay tetapi menyokong Anwar sebagai salah seorang pemimpin pakatan pembangkang.

''Dengan pelbagai bukti yang semakin jelas mengenai perlakuan Anwar, kalau mereka mempunyai prinsip Pas, perlu menangguhkan dulu sebarang hubungan dan kerjasama dengan Anwar kerana ia membabitkan persoalan akidah sebagai seorang Islam,'' katanya.

ULASAN:

Jangan kerana parti aqidah keluar daripada hati. Orang yang sama bersubahat akan turut sama berbondong-bondong di padang mashar berjalan muka kebawah
kerana menyokong perkara yang mungkar dan maksiat , kecuali orang beriman. fikirlah sendiri ANJ

Orang Lama berkata...

SECANGKIR MELODI SECAWAN IRAMA

Bayu mesra menampar pipi,
kala aku lari dari realiti,
jauh terdampar di lautan rindu,
melayan esak jiwa yang sendu,
Lapangan ini kurasakan gersang,
terus menyerap diri makin hilang,
seketika ku rasa disentak,
tersedar aku sebelum kesiangan,
Tiada lagi yang lebih pasti,
selain pergimu yang terus hakiki,
ratap tangisku dalam senyuman,
moga bahagia kau dalam ketenangan,
Kau sempurna buatku riang,
wujud kau ku rasa tenang,
kini tiada lagi peneman anakanda,
hanya lagu menjadi irama,
Tiada lagi yang lebih pasti,
selain pergimu ke laman hakiki,
tiada lagi peneman anakanda,
secangkir melodi sebuah irama.


Orang Lama
sungai petani
11malam

Julia berkata...

SENYUM KOSONG

mana mungkin senyum cantik normal
senyum kosong itu sempurna
setiap nafas jauh dalam-dalam,
sebenarnya dia rasa sangat gila
pelangai itu jelirkan warnanya?
bagaimana pelangi
itu menyapanya mesra?
anak hujan datang
menyapa awal dingin itu
lalu aku tersenyum
tanda jawapan aku sudi
mahu dibawa terbang tinggi
ingin sekali aku menikmati
setiap inci pelangi
berkecai lagi hati ini
bila terlihat gambaran itu
tidak mampu menahan lagi
air mata mengalir laju


Julia
2pagi
12.1o.2010

Sulaiman Embong berkata...

MANA MATAHARI ITU?

aku tergapai sepak sungkur jatuh.
Matahari mana kau?
aku tak faham kenapa
Dia sembunyi matahari
apa salah kami?
kau sembunyikan cahaya itu…
Berikan kami sasau
lingkup terlungkup melutut gagah
kau pulangkan mentari itu…
tak diterjemahkan tutur kata…
kecewa patah ranting jiwa semangat
adakah kau marah? apa salah kami?
kami sudah terseksa tiap hari pasti
sudah beralihkah hari?
sudah berminggu dunia?
masihkah ada tahun hadapan?
kami tak tahu yang kami tahu
aku gelap, kau gelap, dia gelap…
aku tak hitam, dia hitam,
berikanlah kami matahari…
Tiada ketawa gembira dia rumah
yang ada hanya tangis didengari…
kamu tahu walau tidak nampak..
tapi didengar sejenak aku tersentak
sedih kami kerana kau mengambil
matahari yang kami tunggu-tunggu


Sulaiman Embong
sajak saya bersama rakan 1 perjabat kakitangan kerajaan

Qalam Mutiara berkata...

SECANGKIR MELODI SECAWAN IRAMA sajak dari Orang Lama , Agak kalut juga saya menangkap maksud pengucapan sajak ini. Mungkin sebuah perpisahan yang hakiki
atau pemergian yang tidak akan kembali lagi. Walau bagaimana pun cerita-cerita lama yang masih mesra dan menyenangkan hati masih bermain dan terkenangan di sudut hati. Dengan kebaikan dan keikhlasan hati budinya selama ini, maka memberi keyakinan akan
ketiadanya masih meninggalkan kenangan yang manis dan agak sukar dilupakan.Amin.

Qalam Mutiara berkata...

SENYUM KOSONG sajak Julia terasa bagai memaksa diri sendiri untuk bermesra . ingin membawa diri besama dalam keadaan yang sebenar, tetapi bila samapai pada saad kemesraan terasa pula, mengliurkan dan menjijikan . lalu membatalkan segala harat untuk bersama,jadi segala kemesraan yang diharapkan nampak bagai hancur dan berkecai semula.lalu mengalir lagi si air mata. Menjadikan keadaan sentiasa dalam kekecewaan jadinya. Semoga tidak jadi begitu. Amin

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Sulaiman Embong semoga sihat dan kembali bertugas, Amin. Pengucapan sajak sdra Sulaiman bertajuk MANA MTAHARI ITU? Bagai bertanya sesuatu yang dijanjikan atau diharapkan untuk memberi satu sinar harapan sekurangnya memberi semangat dan kekuatan.Umpama pokok mengarapan sinar matahari bagi menjana buah untuk masak, begitu juga kita manusia jika diberi sadikit imbuhan rasa bagai merangsang semangat bkerja, dan terasa kerja juga dinilai dan dihargai. Begitu juga buah yang mengharap matahari untuk meranum atau melunakkan masaknya. Tetapi hampa matahari bagai tidak mahu menampakan dirinya.Lebeh seda pan manis, ika tidak ada matahari buah juga akan terbantut jadi masaknya.

Tanpa Nama berkata...

eryrtyer

Atuk berkata...

mmg kecewa jgk pesara x dpt bonus.....

Orang Lama berkata...

sedih jgk harap2 kerajaan pertimbangkan pasal bonus...

Yusri Nawab berkata...

byk barang yg disenaraikan tergendala nak beli kecewa btol!

Saizul Maizav berkata...

kesian bini aku buat kira2 nk tukar perabot hasilnya hampeh!

Bicara Bulan berkata...

najib x bagi bonus sbb alasan yg x munasabah!

Suara Rakyat berkata...

kecewa dgn najib! ingatkan ada imbuhan kali ni....

PENYAIR AGUNG berkata...

MEMANG AGAK TERKILAN JUGAK LA NAJIB KATA KAKITANGAN KERAJAAN PAHAM TENTANG EKONOMI NEGARA? TAPI NAJIB SILAP KAKI TANGAN KERAJAAN MMG PAHAM YANG TAK PAHAM ANAK DAN ISTERI MEREKA SEDIH DAN KECEWA SAYA SEBAB TAK DAPAT KOTAKAN JANJI SAYA UNTUK ANAK BELI KASUT BARU....

Pak Bostamam berkata...

di harap najib tunjuk sebab yg munasabah sbb x bagi bonus!

Ustaz Sahzan berkata...

kalau tak beri bonus rasanya di batu sapi dgn galas sah akan kalah!

Pak Kassim berkata...

apa2pun senang lagi masa Dr Matahdir yg perintah setiap bulan ada saja bonus....

Haji Atang berkata...

najib x pikir ke pasal rakyat sampai kedekut sgt nk beri bonus!

Pak Awang berkata...

agak mendukacita dgn kempimpinan najib dan dollah....

Mamu Kassim berkata...

sdih anak saya semalam x lalu makan sbb najib x bagi bonus....

Hamba Allah berkata...

sapa plak lelaki dalam sajak ni...

Seri Suri berkata...

sepatutnya en nuri letak saja gambar najib dari lelaki ni....

Budak Surau berkata...

sapa lelaki dalam gambar ni xknal plak? baik letak gambar najib!

Busur Berduri berkata...

mcm x dihargai saja keja selama ni xde bonus....

Harimau Berantai berkata...

harap2 sektor swasta ada bonus... hehhee

Badrolshah berkata...

aku yg berlakon ni pun kdgr bos bagi jgk bonus wlpn x byk tp ok la dari xde langsung!

Karim Ghani berkata...

rasanya msti banyak rakyat malaysia kecewa dgn najib....

Atan Yahoo berkata...

sdih bini dan anak2 aku sbb xde bonus? dah la skrg pokai ni esok pegi skola mengajar ikat perut la nampaknya...

Jalal Rafzee berkata...

najib x patut buat mcm ni kesian org kakitangan kerajaan....

Budak Rap berkata...

kalau bos aku yg swasta ni bagi bonus sah aku x sokong najib lps ni...

Taib berkata...

senang kata najib lebihkan bini dia dari rakyat malaysia.....

Jiman berkata...

baik gantikan dgn muhidin lebih baik mne thu ada bonus?

Nurul Husna berkata...

apalah agaknya agenda najib x bagi bonus ni?

Angker 13 berkata...

aku rasa byk akan masuk pembangkang lps ni sbb xde bonus...

Geletek Malam berkata...

byk org mengharapkan sesuatu yg lebih baik? tp punah harapan dorg...

Nuri Jaguh berkata...

rasa mcm nk buat mogok je? tp nnt guru besar buang plak?

Ambuyak berkata...

apa dah jd dgn najib sampai over confident x bagi bonus nk dekat2 pilihanraya ni????

Ku Dania berkata...

kesian kat ayah aku sampai hati najib....

Guest berkata...

kecewa sampai kurungkan diri ayah aku samalam aku rasa najib ni x lama la....

dam catur berkata...

selamat aku x keje dgn kerajaan sbb aku thu xde bonus pun lain la dgn swasta....

Muhamad Rabbi berkata...

semua ahli keluarga aku bad mood jer geram aku dgn najib!

Brader Joe berkata...

sedih tgk wajah anak2 aku mengharapkan sesuatu tp nk buat mcm mne bonus xde?

Penyajak Istana berkata...

kalau aku jd najib aku bagi bonus 3 bulan kat semua rakyat malaysia kecuali najib!!!!

Halilintar berkata...

ape2pun org keje swasta jgk yg untung... hehehe

Jengking Perak berkata...

baru aku cadang nak minta keje kerajaan tp aku dh thu setiap tahun xde bonus xjd nk keje kerajaan baik keje swasta

Haji Khali berkata...

rasanya najib geram kat pembangkang agaknya? sbb tu dia x bagi bonus?

Kevin Chong berkata...

boleh guna ka pendinding ni en nuri?