Memaparkan catatan dengan label apa nak kata?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apa nak kata?. Papar semua catatan

Isnin, 18 Oktober 2010

X SEMPURNA BAJET TANPA BONUS

J


Hebat bajet 2011 semuanya sudah cantik,
cuma hanya  satu sahaja menjadi cacat celanya
kehampaan hati warga perkhidmatan awam
bila mana bonus tahunan tidak disenaraikan
bagi 3.1 billion bukanlah nilai terlalu banyak
buat persara yang masih hidup dan bernafas
kekecewaan dua tahun lalu belum terpadam
jikalau mati, pasti mata tidak rapat terpejam.

sewaktu pembentangan semua cukup mengharap,
setelah dua tahun bonus kita terganggu gugat
malah ramai pula anak dan isteri menuntut janji
si bapa mengharap tunaikan janji bonus kali ini
si bapa yang mengeluh tidak dapat ditepati
kini janji si bapa cuma tinggal janji, kata anak
ibu dan bapa terkelu lidah tidak menetapi janji
ternyata semua janji bapa tidak lagi dapat ditunaikan
hanya sabarlah anak tunggu saja tahun hadapan.

Begitu kecewa rasa hati tiga tahun menunggu,
bagai tidak pernah dinilai perkhidmatan dulu
betapa gembira dengar menuju negara maju
dengan tiap pekerjaan berpendapatan tinggi
bersama perbentangan baget yang mesra rakyat
terasa di bandar dan di desa semuanya dapat
tetapi hanya satu saja bonus yang menjadi ralat....
semua penjawat awan jadi terkebil terkulat-kulat.

Oleh: Nurimanja,
Bila mendengar bonus
bajit 2011 melepas lagi. 2010.