Rabu, 6 Oktober 2010

JANGAN JADI BANGSA TIDAK MENGENANG BUDI




Inikah rupa generasi kini?
mengajar tidak mengenang budi
ingin mengajak para sahabat ikut gila
menolak dan mengutuk pemimpin negara.

Inikah pemimpin diharap?
mengutuk pemimpin seagama sendiri
mengajar bangsa tidak kenang berbudi
cuba menolak kebenaran yang dinekmati.

Inganlah pesanan rangtua?
jika kita menghina orang lebih tua
tunggu bila kita pula tua sepuluh orang
akan datang mengejek kita kemudian hari.

Oleh: Nurimanja,
buat renungan generasi muda.
jangan mudah lupa daratan Sept.2010.


50 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERITA BENAR DARI EN NURI WAKTU PETANG HUJAN RENYAI LINTAS KUBUR CINA DI KEM TENTERA SUNGAI ARA
___________________________________

siri 1.

RABU : Hari itu ada kokoriklum sebelah petang, mulaui jam 3.30 hingga 5.30 ptg. Waktu pulang aku bersama anakku Mohd Aniq duduk di hadapan. Semua murid -murid sudah lama pulang , cuma aku agak terlewat sadikit, kerana ingin
memerhatikan semua pintu dan tingkap surau tertup semua oleh murid-murid persatuan agama islam.

Aku dan Mohd Aniq yang kemudian meninggalkan perkarangan sekolah dengan kereta mazda jambu jet yang larinya tidak seberapa , Waktu itu hujan petang turun rengai-rengai, keinderaan juga kurang lalu lalang, keadaan juga agak muram suasa petang yang di selubungi hujan, matahari langsung tidak menampakkan sinarnya.

Sesampainya aku dekat kem tentera semboyan di Sungai Ara, aku kena melentasi tanah perkuburan orang Cina dan India. Kerana air menaiki ke atas jalan, aku terpaksa memperlahankan kereta. Betul-betul di tengah tanah perkuburan
itu. di seberang jalan kem semboyan tentera. jalan itu tetap sunyi. Sebab adanya tanah perkuburan. orang cina, ramai
yang takut mahu lalu di situ.

Malah ada seorang cikgu Tiou hamper pencen. walaupun saya tahu jalan itu dekat sikit berulang alik ke sekolah. Dia tidak pernah melalui jalan itu, setahun sekali pun susah, siapa pun tak mahu lalulah jalan , katanya padaku. Rupanya akulah orang yang lalu lalang setiap hari, patut sunyi saja.

Bersambung esok

Mat Glamor berkata...

BAYU MENGUTUK AKU

Langkah kaki tersusun rapi
Seluas lautan ku teroka
Cuba mencari tidak pasti
Dalam hati penuh luka
Lagi dan lagi aku mencari
Ke dalam hati terbitnya cinta
Terasa sakit tak terperi
Rupanya kecewa yang aku jumpa
Di tengah malam aku terjaga
Dilanda mimpi ngeri tak sudah
Baru sekarang aku menjumpa
Penawar hati yang luka parah
Cinta bersinar bagai mentari
Sampai degup jantung terhenti
Agung-Mu tetap ku sanjung tinggi
Lena semula senyum kembali
bayu laut itu tatkala matahari
baru berona jingga tenang dan damai
pada kau pada mereka
tapi pada aku bayu kata sesuatu
pemimpin tolol gemersik deru ombak
ibarat nyanyian syurga untuk kau
tertawakan aku yang berhabis daya
menidakkan anggapan mereka
burung camar yang berterbangan
di petala langit
bersorak atas bodohnya aku


Mat Glamor
Lubuk Antu
12malam

Nasruq Haqq berkata...

BERSILAT

Bertemu buku dengan ruas
Yang mana hebat yang mana pantas
Genggam sang sakti dihayun
Lekas sang helang menepis
Bunga membuka kelopak
Harum langkah bersilang mekar
Mata bermain pandang
Jejak selangkah keris dihunus
Badan tercalar darah meletus
Memanah jeling sang pendekar
Melangkah disanggah
Menghayun dikunci
Bertarung hingga ke pagi
Sampai menunggu siapa yang mati!
sayap putih kecil terlalu indah
hinggap di untaian keladi yang lesu
menyegarkan kembali helaian merah
tiadakata lemparan senyuman bisu
lepasnya sementara dari balang kaca
singgahan menghidupkan semula rasa
bersaranglah di daunan sayap
indah agar dapat ditakung
setiap titisan embun berkilau cerah
dilarik segala angin yang berlalu
dipejam jaga tiada hadirnya mimpi
hasrat melonjak bagai ditampi
disiram tandus tiada pernah subur
biar rapuh langkah takkan diundur


Nasruq Haqq
Kampar
sabtu

Qalam Mutiara berkata...

Pengucapan sajak Mat Glamor dalam Bayu Mengutuk Aku saya cuma dapat menangkap bagai satu kekecewaan dalam mencari sesuatu untuk dicintai, tapi Cuma kegagalan yang didapati atau diperolehi. Lalu mengubah angin, beraleh mencari cinta kepada yang maha agung dan maha esa. Barulah cinta yang sebenar terbalas. Terasa akan segala ketenangan, keyakinan, dan kenikmatan imanmu, rasa jiwa yang kosong kembali terisi sebenarnya.

Kalau dulu mungkin berhkayalan, terpengaruh dan terperdaya dari bujukan dari saseorang yang tertentu ,kini kembali menyesal setelah melihatdan menilai kebodohan diri sendiri selama ini. Semoga kebodohan tidak terus berpanjangan , amin

Qalam Mutiara berkata...

Sajak berbau perjuangan yang tidak akan henti begitulah masud sajak BERSILAT Oleh Nasruq Haqq. Sadikit masa dahulu ada satu silat yang dinamakan Nasruq Haqq.Di serawak pulah dipanggil silat kalimah. Dua persilaan ini pernah saya tontoni. Silat Kalimah musuh kena marah, bila dia terkam bagai ada kuasa menghalang, musuh itu secara tak sengaja tumbang dengan sendiri, kalau ada parang jatuh begitu saja , tidak sampai pada sasaran.. Nasruq Haqq pun lebih kurang sama saja.

Apa yang penting disini penulis ingin mengetengahkan ciri -ciri penghayatan dalam silat itu, hidup mesti berjuang, masalah kehidupan mesti di atasi, tepis mengelah, tumbuk, menyepak, dan tendang terajang, ataupun tunggu saja bagaimana cara untuk menipisnya. Ataupun cuba berfikiran tenang untuk cuba mengatasi masalah. Itulah ciri ilmu persilatan kita yang perlu diambil pengajarannya, tanpa menyerah sebelum kalah.

Malah cuba cekalkan hati dan kekentalan jiwa kita, dalam menghadapi kesukaran masalah kehidupan seharian ini.amin

Mozaire berkata...

cerita seram en nuri smua seram lebih dari yg lain! hehehe

Pak Kassim berkata...

eh! kenapa lain plak? ingatkan sambungan kisah pak malek...

Haji Khali berkata...

eh! kali ni cerita lebih suspen plak! sambung lagi...

Guest berkata...

en nuri byk jgk kisah2 seram aku setakat ni xpnh lagi mengalami kisah2 seram.. syukur la... hehe

Zain Issac berkata...

kat jirat cina??? tmpt situ mmg keras sikit...

Kevin Chong berkata...

eh! kat jirat cina? mmg slalunya kat jirat cina byk benda2 tu....

Penjejak Badai berkata...

siang2 pun sunyi jgk ke???? naik bulu roma aku plak...

Kota Gersang berkata...

selalunya siang2 mne ada hantu? misteri jgk...

Mei Ling berkata...

alamak! cerita pasal jirat cina ke???/ seramnyer...

Hantu Gigi berkata...

meremang bulu roma baca cerita en nuri kali ni sbb ada jirat cina...

PENYAIR AGUNG berkata...

EH! AKU DALAM CERITA NI SAPA? EN NURI ATAU ORANG LAIN???

Pak Awang berkata...

bca kisah en nuri ni sikit pun dah naik bulu roma...

Mat Noh berkata...

alamak! seram plak baca cerita en nuri dah la lps ni sy nk pegi gali kubur ni...

Angker 13 berkata...

sah! msti en nuri hantu cina lompat2 kat jirat cina tu...

Pengembara Masa berkata...

suspen ni en nuri jmpa hantu apa siang2 kt jirat cina tu????

Pak Bostamam berkata...

msti ada nyonya tua nk tumpang kereta en nuri bila en nuri lalu jirat cina tu... agak saja...

Kipas Mati berkata...

en nuri jmpa hantu apa plak kt jirat cina nanti? hantu tanglung ker?

Panglima Ketot berkata...

eh! kubur cina kem tentera sungai ara??? mcm pnh dgr jer en nuri...

Nabil Quldi berkata...

kem tentera kat jirat cina tu mmg keras sikit en nuri...

Seri Suri berkata...

msti en nuri bau kemenyan kat jirat cina tu...

Yusof Lim berkata...

eh! en nuri kenapa lalu kt situ jgk? berani en nuri...

Sulaiman Embong berkata...

eh! ni masih kisah pak malek atau kisah en nuri sndiri?

Nuri Jaguh berkata...

eh! ada hantu cina atau jepun kaco en nuri ke kat sana?

Rossa Long berkata...

jirat cina??? siang atau malam benda tu mmg aktif kt sana...

Richard Sirosa berkata...

berani btol en nuri sbb bkn calang2 org yg berani lalu kat jirat cina tu...

Nuri Ketitel berkata...

sy kalau mengali di kubur org mlyu boleh tahan lagi tp klu jirat cina mmg menyeramkan...

Ravi Ramachandran berkata...

jirat india xde ke dalam ini cerita en nuri? hehe

En David berkata...

jirat india atau jirat cina mmg menyeramkan en nuri....

Lim Ah Hock berkata...

haiya! kisah psal jirat cina plak ka? sudah naik bulu roma di tangan sy...

Tengku Anita berkata...

cerita pasal kubur2 ni yg lemah semangat nk baca ni...

Suara Rakyat berkata...

kenapa cerita pasal jirat cina ni bila baca rasa lain jer... seram plak...

Syeikh Al Habib berkata...

maaf en nuri ana x boleh baca kisah pasal jirat cina ni sbb bila ana baca sampai separuh secara tiba2 selurub badan ana sejuk walaupun skrg ni pkul 3ptg... jd ana batalkan nak baca kisah ni..

Bob Kuli berkata...

alamak! meremang bulu roma baca kisah seram en nuri dh la aku tinggal sorg dalam rumah ni bini aku keje....

Razak Abu berkata...

nampaknya sy xboleh baca cerita en nuri sbb sy tinggal umah atuk dekat2 je dgn jirat cina ni...

dam catur berkata...

en nuri jmpa hantu pontianak ke kat jirat cina tu?

Puteri Bunian berkata...

msti en nuri akan mengalami twlight zone bila lalu di jirat cina tu...

Putera Damien berkata...

kisah en nuri ni lagi seram dari pak malek bagi sy bila baca intro pun dah seram plak?

Bulan Terang berkata...

makin berdebar2 plak apa en nuri jmpa di jirat cina tu?

Jengking Perak berkata...

msti en nuri jmpa apek tua lintas jalan kat jirat cina tu...

Atuk berkata...

semalam ada hantu tumpang pak malek skrg ada hantu jgk ke tumpang en nuri?

Satria Juragan berkata...

seram plak cerita en nuri dah la aku tgh baca malam2 ni...

Badrolshah berkata...

cerita en nuri kalau buat filem ni sah! kalah cerita 2 alam tu... hehe sbb cerita en nuri mmg bila baca meremang bulu roma...

Man Pendek berkata...

mmg aku xleh tido malam nampaknya bila baca cerita en nuri ni...

Rosemary berkata...

mcm mana nk lelapkan mata bila baca cerita en nuri mula dah terbayang yg bukan2...

Ku Dania berkata...

menyesal baca kisah seram en nuri pada waktu malam skrg dh x boleh tido plak?