Jumaat, 17 Mei 2019

KUALA BESUT






KUALA  BESUT

Damaimu dulu masih terasa
Di kala menteri kian mengisut di hujung senja
Aku yang tersentak dari lamunan kemenanganmu dulu
Tetiba sayu kembali  bila wakilmu dijemput  panggilan Ilahi.

Kini kau terpaksa berhempas pulas
Untuk mengekalkan kedudukan yang nyata
Sekali lagi drama PRU13 kecil  berulang  kembali
Rasa  kecemasan telah terubat  bila kua masih kekal di situ.

Aku yang dulu termangu dan terharu
Dapat menangkap apa yang tersurat dan tersirat
Di dalam hati anak-anak  muda warga generasi barumu
Mereka Ingin dan dahagakan satu pembangunan  luar biasa.
Agar kemajuan yang dirancang kan  tidak terus tergedala semuanya.

Oleh: SUARA PULAU.
Malam hari lepas solat teraweh
Rabu 24hb  Julai, 2013 Gambar Cuma hiasan.

Tiada ulasan: