Rabu, 14 September 2011

TIKA LAMPU PADAM (SM)




Tika lampu kesamaran
bersama redupnya alam
kala sayunya rembulan
bersama segar angin malam
fikiran ligat berputar
terjah ke balik roda hidup
berterusan berputar
di landasan penuh liku
landasan hidup insani
jelas terbayang kisah harian
ada terselit rasa manis pahit
muhasabah seketika
adakah pahala tercatit
di penjuru buku kanan
atau juga ada dosa
di penjuru buku kiri
tolong maafkan aku
kerana aku mahu lena beradu…

 
Oleh: kembara Budiman
sajak kekesalan/30 Ogos 2011 3:13 AM



30 ulasan:

Qalam berkata...

SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011

Sdra. Kembara Budiman dengan sajak TIKA LAMPU PADAM.Ungapannya menarik dengan bicara tentan kehiupan yang sesekali terasa diri bagaikan terperankap dalam kecelaruan. Kini terasa jiwa inginkan pengampunan, kerana belum tentu yang ibadat yang kita lakukan ini adaJuga pahala yang tercalit dosa. Amat dikhuatiri tangan kanan atau kiri yang menerima buku catatan amalan dalam kehidupan di dunia ini , lalu dinilai kembali di akhirat nanti. Amin layak untuk kemenangan. Thahniah! (SM)

Tinta Azimad berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS ATAU OLEH:NURIMANJA.
___________________________________

Siri Ke duapuluh enam


PUTERA WURA SYAKIR bagaikan terkejut melihat suasana di kawasan gebangang terakhir itu, tetapi belum pun sempat dia bertanya akan hasrat hatinya untuk meneruskan Perjalanannya. tiba-tiba.

“Bersabar dahulu tuan hamba Putera Wira Syakir. Sila dahulu berehat di Istana Gerhayu di bawah awan untuk menghilangkan penat dan letih tuan hamba selama ini, sebelum diberi tugas dan membenarkan tuan hamba meneruskan perjalanan menuju puncak Gunung Mentera Alam itu.” Silakan tuan hamba melihat keadaan disini untuk membuat periapannya...

Kedua tuan puteri itu mengeringi Putera Wira Syakir ke pintu Istana Gerhayu di bawah awan . Maka diberilah layanan yang istimewa sebelum beradu diberi jamuan santapan yang berbagai , buah-buahan yang bermacam rasanya. Amat lazat dan menyelerakan.

Kemudian di iringi pula drngan nyanyian dan tarian dari dayang-gayang dari istana gerhayu di bawah awan itu.

Selepas persembahan itu Putra Wira Syakir amat rasa terhibur dan kini terasa mata pula berat untuk beradu, lalu dia meminta diri untuk masuk dibilik peraduan yang telah disediakan. Kerana perutnya yang sudah kenyang setelah bersiram dan menyantap makanan yang lama tidak ditemui sepanjang dalam perjalanannya mendaki Gunung Mentara alam ini.

Keesokkannya Putra Wira Syakir tersedar. didapati tubuhnya rasa segar dan mempunyai tenaganya semula. tidak seperti dia mula menjejakkan kakinya dalam keadaan leteh dan lesu. Kini dia telah bersedia untuk memikul tugas apa sahaja yang diberi oleh tuan Puteri Salju dan Puteri Bunian itu.

Seketika kemudian kedua orang puteri itu pun datang dengan bauan harum smerbaknya. sehingga masuk menyujuk lubang hidung Putra Wira Syakir. Sebelum tuan hamba berangkat sila dengar betul apakah tiga tugasan yang perlu tuan hamba lakukan.

“Tugas pertama tuan hamba akan masuk ke perkampuangan Sang kalkatu atau anai-anai. Tuan hamaba perlu bertemu dengan Pemaisuri mereka. Jika diarahkan untuk membuat kerja , tuan hamba tidak boleh membantah, terpaksa melasanakannya juga. jika tidak tuan hamba tidak boleh sampai ke punca dan tidak akan dapat kembali lagi ke bawah sana, untuk bertemu keluarga semula” Tegas ketua Puteri Bunian itu,

BERSAMBUNG

Jeffry berkata...

KEMALASAN SUBUH

Subuh itu sejuk dingin.
Di bibirku menguntum senyuman
subuh itu terlalu indah
hanyut dalam impian mimpi
harapan terputus di jalanan
Dalam gema doa bertali sejuk dingin
Celik ku payah†Bangkitku pulas
Lenaku enak Terbuai mimpi indah
Sayang kutinggalkan beradu mimpi
Ku cari tulus dalam diri
Disaat laungan sayup azan

Jeffry
disaat azan subuh badam terasa malas nak bangun

Haji Atang berkata...

BISIKAN SENYAP

Sejauh malam menjalani waktu, diiringi bintang sebagai umatnya
rembulan menjadi pelayan setianya
Semua berjalan meskipun
tersimpan sejuta misteri sunyi
sibuknya penghuni pekat kegelapan
Saat tikus kecil lari ketakutan
Burung hantu tua menangkap mangsa
Lalu terbang jauh ke ufuk kelam
Angin kering musik musik gemerisik
sudut pekarangan malam
menyimpan benang kusut keadaaan
Tapi semuanya dalam teratur
Bukanlah dalam jiwa terkurung sepi
Yakinlah pagi kelak datang
Bukan dalam coretan ini
Tapi sebuah kepastian mengakhiri
Kegelapan menuju terang kehidupan

Haji Atang
sajak kehidupan

Jengking perak berkata...

WAKTU BERJALAN

Waktu berjalan satu arah saja.
Tetapi ia bukan garis lurus.
Ia penuh yang mengejutkan,
gunung dan jurang mengecilkan hati,
Setiap kali lewati bahaya
puncak penderitaan menyakitkan hati
tiba didasar jurang berlimbah lelah
selalu dapati kedudukan tak berubah
ialah kedudukan kaum terhina.

jengking perak
sajak ni bukan sajak sy sajak pak lang dari seberang

Ustaz Nasarudin berkata...

AMANAT PM

amanat penting perdana menteri
apa agaknya mahudiberitahu dikongsi
mana mungkin kita tahu atau baca
segala tersirat di hati kalbu
apa yang penting cuma boleh terima
buruk baik tetap kita terima
jika baik bagi kita
alhamdulillah
jika buruk bagi kita
juga alhamdulillah
amanat penting perdana menteri
kita cuma bisa buat andaian
apakah ada lagi bonus tambahan
subsidi atau pelarasan gaji
apakah harga minyak turun
apakah berlaku rombakan kabinet
apakah pilihanraya besok hari
apakah cuti ditambah lagi
apakah, apakah dan apakah
itu tak mungkin kita tahu
tunggulah sahaja terima seadanya
amanat penting perdana menteri…

Ustaz Nasarudin
sajak politik

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sdra.Jeffry dengan sajak bertajuk: KEMALSAN DI WAKTU SUBUH. Pembicaraannya tema ketuhanan menceritakan tentang berat dan malasnya untuk bangun mengerjakan solat subuh, merupakan, satu masallah yang berat buat anak muda untuk mengerjakan solat subuh, sayangkan mimpi khayal dan sejuk subuh, betapa berat mata untuk bangun dan dibujuk iblis pula.sayang untuk tinggal tempat tidur, hanya orang yang cekal Imannya saja yang dapat melawan emuanya ini. Bila azan berkumandang. Layak dan diberi peluang sayembara seterusnya (SM)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Ada tiga buah sajak simbolik dan kabur penceritanya , tema tidak dinyatakan namun berbau sinis tajam agaknya. Dalam Ketiga sajak ini Brader Joe TERLIHAT TIDAK TERSENTUH bunyinya aja semacam teka teki pula? Seperti bebayang. Dan Haji Atang BISIKAN SENYAP bunyinya semacam ada satu gerak Senyap atau komplot bawah tanah. Ini tersa semacam pakatan gerak politik pembangkang yang cuba meresapkan Jarumnya dalam senap seperti apa yang beralaku 2008.Dan sajak terakhir dari Jengking Perak WAKTU BERJALAN penceritaannya. lebih mudah kami menangkapnya. Begitulah keadaan hidup kita dalam peredaran waktu yang terus berjalan, jika sesuatu tempat itu tidak juga ada perubahan, amatlah terinanya, jika orang lain sudah kedepan, maka jadilah mereka kaun yang terhina atau ketinggalan zaman.maka kaum itulah perlu berusaha untuk merumbak nasib mereka. Setelah dinilai jengking perak terpilih. Harap maaf dan usaha lagi (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Ada tiga buah sajak simbolik dan kabur penceritanya , tema tidak dinyatakan namun berbau sinis tajam agaknya. Dalam Ketiga sajak ini Brader Joe TERLIHAT TIDAK TERSENTUH bunyinya aja semacam teka teki pula? Seperti bebayang. Dan Haji Atang BISIKAN SENYAP bunyinya semacam ada satu gerak Senyap atau komplot bawah tanah. Ini tersa semacam pakatan gerak politik pembangkang yang cuba meresapkan Jarumnya dalam senap seperti apa yang beralaku 2008.Dan sajak terakhir dari Jengking Perak WAKTU BERJALAN penceritaannya. lebih mudah kami menangkapnya. Begitulah keadaan hidup kita dalam peredaran waktu yang terus berjalan, jika sesuatu tempat itu tidak juga ada perubahan, amatlah terinanya, jika orang lain sudah kedepan, maka jadilah mereka kaun yang terhina atau ketinggalan zaman.maka kaum itulah perlu berusaha untuk merumbak nasib mereka. Layak diberi peluang seterusnya (SM)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Daripada Ustaz Nasarudin dengan sajak penantiannya bertajuk AMANAT PM . walaupun tema politik namun pembicaraannyan tentang hal bajet belajawan atau untuk sepenggal lagi, kita kena nilai baik burukya atau terima saja rombakan kabinet, Pak menterimana gugur dan naik, atau pelepasan cukai atau sebaliknya dan harga barang setabil atau sebaliknya dan kedudukan arah hala tuju pentakbiran negara mengawal ekonomi dan rakyatnya. Hanya tunggu amanat yang diharapkan oleh rakyat semua . Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Kembara Budiman berkata...

x sia2 aku belanja ayah aku utk buat sajak terakhir ni mmg berbaloi dpt pergi london... hehehee

Petualang Tiga berkata...

boleh la ko pergi london dgn sajak ayah ko...

Kembara Budiman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Suara rakyat berkata...

sajak ni rupanya yg kembara bagithu kt aku sampai hbis rm500 dia belanja ayah dia suruh buat sajak kt dia utk msuk sayembara

Tengku anita berkata...

bapak kembara ni mmg org seni la pandai buat sajak

Gelora Maya berkata...

kembara budiman pakai sajak ayah dia patutlah puitis nk harap dia mane thu psl puitis dlm sajak ni dia menang pun atas tiket ayah dia jer

Geletek Malam berkata...

nampaknya dia perbetulkan semua kesalahan abang dia la

Harimau Berantai berkata...

harap2 dia berjaya la

Zainal arifin berkata...

syakir msti boleh brjaya pnya la

Raja Muda berkata...

hrp2 dia boleh perbetulakan semua salah abang dia

Sang Arjuna berkata...

dh sampai rupanya syakir atas puncak tu

Qalam Musoffa berkata...

eh! syakir di beri layanan istimewa ke? wah!

Nuri Jaguh berkata...

syakir dpt layanan istimewa abang dia dulu trus dpt tugasan

Tok Mahat berkata...

mcm mana la tugasan syakir nnt

Nahul Hidzar berkata...

jgn syakir buat karut mcm abg dia sudah

Badrolshah berkata...

hrp2 syakir dpt laksanakan tugas

Roslan Bidin berkata...

eh! tugasan yg sama jgk dia terima ke?

Ummu Akilah berkata...

semakin menarik cerita ni

COmel berkata...

sambung lagi cerita saykir ni

Tanpa Nama berkata...

seronok plak cerita ni