Isnin, 26 September 2011

JAUH DARI SUDUT HATI (SM)



sajak pilihan warga Cr.

Terasa jauh dari sudut hati
walaupun suratan terpilu
ia tetap jadi kekuatan
buat capai segala impian
jadi yang terbaik bagi diriku
baik juga bagi kelilingku
tidak aku dijadikan seorang saja
aku masih punya mereka
mereka yang senantiasa bersama
kala aku suka gembira
kala aku sedih menangis
pasti tangan mereka terhulur
pasti bahu mereka tersedia
jauh dari sudut hati
terima penuh kepasrahan
sujud penuh kesyukuran
merekalah sumber kekuatan
terima kasih sahabat dan tuhan


Oleh:Diana Sanubari
sajak kesyukuran/24 Ogos 2011 11:51 PM
sajak layak ke Korea



31 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011


Sdri, Diana Sanubari dengan sajaknya.JAUH DARI SUDUT HATI.Mungkin bagi mengenangkan Kisah ditempat belajar dan semangat dan kerjasama keluarga kawan-kawan dan pensyarah lantas menjadikan Anda layak untuk komvo bulan oktober ini. Berbeza dengan admin. banyak masa tolong kawan siapkan Kerja projek, kasian kawan dah dapat c+. ambil lagi sekali teman kawan dari beruas, ingat kalau tak lulus guna gread yang terbaik, walaupun dia tinggal satu subjet saja lagi. nasib x baik subjet yg satu itu lulus, tapi yang mengulang pula gagal D+, dulu C+ latas UUM kira keputusan yang terkini, sepatutnya bagi tahu “Adik jg ambil nanti D dikira gagal!” kini kena mengulang semula, tanpa tolak ansur. Tidak ada lulus bersyarat lagi .bukan lagi yang biasanya digunakan seperti pilihan keputusan terbaik.malah pensyarah pun pening dengan senat baru. apakah ini sabotas projek najib 10 ribu projek mini bantuan percuma? Dalam negeri pembangkang kini macam-macam boleh jadi .layak untuk sayembara setrusnya (SM)

Tinta Azimad berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA MULAI 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN CERITAKAN OLEH: NURIMANJA

Siri Ke Tiga puluh tiga (BM)

Apabiala Putra wira Syakir terkejut dari lenanya , dia dapati madu lebah telah pun penuh diisi disarangnya. Kelihatan beberapa ekor lebah telah berterbangan di sekelilinginya, terasa bagaikan menyambut satu kejayaan dan kemenang an.

Putra Wira Syakir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kaum sang lebah yang telah membantunya itu. Sang lebah menganguk-angukkan kepala dan mengepakkan sayanpnya dan berkata salah seekor daripadanya,

“Tuan hamba seorang yang sungguh baik hati dan ikhlas menolong kami dahulu, kini geliran kami pula untuk menolong orang seperti tuan hamba,”

“Terima kasih , terima kasih” Kata Putra wira syakir, dengan gembiranya

Bila matahari terbenam semua penghuni di perkampung itu pun menyambut dengan penuh rasa kegembiraan kerana Putra Wira Syakir berjaya mengumpulkan madu disarang lebah madu tualang. Malah pada malam itu diaadakan juga Majlis tari menari dan nyanyian , dipalukannya gendang dan kompang. Hingar bingarlah jadinya malm itu.

Putra wira Syakir diberi penghormatan sebagai seorang insan yang berjaya dalam menghadapi ujian yang sukar dilaksanakan oleh orang lain termasuk saudara sulungnya sendiri yang telah duisumpah menjadi batu.

Pada malam itu juga satu mesyuarat tergembar telah dilaksanakan. Malah beberapa orang puteri yang hadir termasuk Tuan Puteri Pemaisuri Kalkatu, Puteri Angsa berbulu Emas dan saudaranya. Pueri Bunian dan Salju. Diketuai oleh nenek kebayan sakti. yang menjelma menjadi harimau dan singa serta gajah tok mianya. Bersetuju membenarkan Putra Wira Syakir menuju ke puncak gunung mentra Alam itu..

Sebelum Putra wira syakir berangkat menuju puncak gunung metra alam, menemui saudara sulungnya yang telah menjadi batu untuk dipulihkan semula , jika dia berjaya, maka semua makhluk yang disumpah oleh nenek tua penjaga puncak alam itu akan kembali menjadi kepada sedia kala.

Sebelum Putra Wira Syakir berangkat , mereka telah memberi petua untuk mengatasi nenek kebayan tua yang banyak sakti itu. Dia ketua penjaga segala Nega kepala tujuh di puncak gunung Metra Aalam itu. Di atas kepalanya ada sebelah cucuk sanggul sakti jika sesiapa dapat merampasnya , kuasa nenek itu akan lemah.

BERSAMBUNG.

Bob KUli berkata...

Kelelawar

Silau oleh sinar lampu lalu lintas
Aku menunduk memandang sepatu
Aku bagai kelelawar
tidak gembira tidak sedih
hanya terapung dalam waktu.
aku melihat di setiap ujung jalan.
Sungguh tidak menyangka
Sekarang aku kembali berjalan.
Aku tak jadi cendikiawan
hanya menolak menjadi saksi.
Sikap jiwa dianggap maya
Hanya yang elok diajak bicara.
Kakiku melangkah melewati sampah

Bob Kuli
sajak kisah hidup

Nahul Hidzar berkata...

TERTANYA-TANYA

Bahagiaku bukan karena
nafas mengalir jantung berdetak.
Sedih karena fikiran
diliputi bayang-bayang.
Ada harapan adalah satu
penghayatan akan ketegangan.
Lalu muncullah sesuatu
dari perut matahari
Aku terkesima oleh kejadian
tak terduga.
Rahmatku turun bagai hujan
Membuatku segar,
Tapi juga menggigil bertanya-tanya.


Nahul Hidzar
sajak simbolik

Lukiee berkata...

KITA DIPIHAK MANA?

sekarang matahari semakin tinggi
bertahta juga di atas puncak kepala
di dalam udara panas kita bertanya
kita ini dididik tapi
untuk memihak yang mana ?
ilmu diajarkan disini
menjadi bebas ataukah penindasan
sebentarmatahari akan tenggelam
malam akan tiba
cicak mula akan berbunyi di tembok
rembulan berlayar
tetapi pertanyaan kita takkan reda

LUkiee
saak tentang persoalan

Ustaz Muda berkata...

JUMPA PAKCIK TUA

terjumpa pakcik tua
berteleku di surau tua
sengaja mula bicara
mahu maniskan suasana
cerita tukar cerita
kisahdiselam bersamahidup suka duka
putaran roda dunia
matanya mula berkaca
seakan meluahkan rasa
bicara hati hiba hilang saat suka
sudah hilang hilai tawa
semuanya lesap sekelip mata
bila anak dah dewasa mengejar dunia
lupakan si tua jadi sedemikian rupa
pakcik tua itu datang hajatnya cuma ingin melihat kelibat anaknya
ingin merenung wajah cucunya
sebelum dia menutup mata
mataku turut berkaca
terhenti semua bicara

Ustaz Muda
sajak ketika tejmpa org ua di smasjid termenung

Jeffry berkata...

HIDUP BERMASYARAKAT

jiran sepakat membawa berkat
senyum dihulur bertambah erat
namun ada yang masih terlupa
masih terpinggir sifat mesra
ada jiran sebelah rumah
tiada pernah bertegur sapa
walau diukir senyuman manis
salam dihulur penuh hajat
namun dibalas dengan cebikan
pintu rumah rapat terkunci
suka sekali duduk sendiri
jiran sepakat membawa berkat
harus kita semua ingat
apa dibeza taraf dan pangkat
kita semua hidup bermasyarakat
apa dipuja tingginya darjat
dalam kubur tiada dilihat
harus kita sama muafakat
tiada lagi beban berat
jiran sepakat membawa berkat
itu ajaran ibu ayah dahulu
jadi warisan sejak berzaman
usah kita cuba tinggalkan
harus sama kita kekalkan
moga hidup penuh keberkatan

Jeffry
ketika gotong royong di kmpung

Geletek Malam berkata...

BERKHIDMAT

hari semakin cepat berlalu
tanpa henti hanya takdir
membuat aku dapat berdiri kokoh.
Kadang terasa letih
berpijak menopang beban.
Namun satu keyakinan
membuat hati ini tetap tegar.
berkhidmat aku untuk negara

Geletek Malam
sajak kisah sendiri

Mr Tan berkata...

BOSANLAH

bosan hidup ni dari mana datangnya
ungkapan ini mungin dari sana
dari sudut jiwa kosong
jiwa punya sifar matlamat
tercari cari arah tuju
jelas penuh kesamaran
mengapa harus rasa bosan
bukankah hidup ini indah
wahai jiwa yang kosong
penuhkan segera jiwa itu
agar ia jadi kaya
nescaya tiada rasa bosan
kamu ada tugas hadir bukan percuma
lahir bukan sia-sia
tugas kamu pada dirimu
jadi makhluk di bumi
pasti banyak sekali tugas
buat mengemudi arah
tugas sebagai manusia pada tuhan
mana mungkin boleh lari
dari kewajipan penuh ini
jiwa kaya tiada sempat merasa bosan


Mr Tan
sajak nasihat

Raja MUda berkata...

SEBUAH SAMPAN KECIL

Sebuah sampan kecil berlabuh
di tepian laut biru
Dengan sehelai layar
menerjang ombak menderu
Berbekal dayung sebatang bambu
Kembali dari panjang perjalanan mencari tepian pasir kering berdebu
Sehelai layar bisa diperbaiki
Dayungan dapat berganti
Lubang kecil telah dipatri
tak akan lagi dibawa pergi
Biarlah di sini mengisi hari
Sehelai layar taklagi putih berseni
Hari-hari taklagi sepi dan sunyi
tak akan kubiarkan berganti kembali
Biarlah berlanjut tak berhenti
Sampan kecil memiliki arti

Raja Muda
sajak ni bukan saya puna atok saya punya dia nak masuk tp dia hantar melalui saya

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sdra Bob Kuli dengan sajak kehidupannya bertajuk; AKU BAGAIKAN KELAWAR MALAM. Pengucapanannya agak menarik membayangkan tugasnya sama seperti kelawar malam yang sering melihat gelagat atau drama manusia di setiap sudut , terpaksa menundukan kepala. Menolak apa yang mungkar dan meredhai apa yang makruf. Apa pun dalam perjalanan waktu demi untuk menyara hidup anak dan isteri tugas kecil ini terpaksa juga dipikul. Mungkin kerana si penulis bukan dari golongan cendekawan, tetapi itulah tugas yang selayak untuknya. Apa pun layak untuk dicalunkan seterusnya (SM)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011


Sdra Nahul Hidzar sama dengan sajak sdra Lukee kita dipihak mana? Cuma berbeza lukee ada berbau politik. Sajak Nahul Hidzar TERTANYA-TANYA pula pengucapnnya agak baik dan sikit kekaburan, tetapi masih boleh mengerti. Penceritaannya mungkin mengentuh dengan tugas seharian juga. Apakah kerja yang diperolehi ini sah atau halal. Hati semacam bertanya. Bukan kerana nafas dan kehidupan yang diberi tuhan. Kekayaan dan kemewahan mungkin rezeki ini diredai atau diberkati. Masih tertanya-tanya? Cuma andaian. Apa pun mesej baik tetapi ada sajak yang lebih mantap dan tinggi daya kreatifnya. Maaf, sajak anda terpaksa terkeluar dan berhenti di sini. usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011


Sdra Lukiee sajak sendiri atau pinjam dari sajak Lim Swee Ting seorang sastrawan negara dari kelantan. Kini Lukiee dengan sajaknya bertajuk: KITA DI PIHAK MANA? Ada tema berbau politik sikit. Pengucapannya juga menarik. Bila satu satu persoalan menjadi tanda tanya di hati. Siapakah kita jika diperhatikan bagai orang tidak mengenang budi? Setelah ilmu diajar pengetahuan diberi. Tetapi masih mahu jadi seorang yang memutar belitkan keadaan bila diangkat jadi ketua? Dimana kita? Sehingga usia hamper senja , rumah kata pergi , kubur kata mari. Masih juga ingin bermain sandiwara. Dima kita ? Pembela atau pengkhianat negara? Pertanyaan itu masih juga belum reda. Layak dicalunkan sayembara seterusnya (SM)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011.

Sdra Ustaz Muda dengan sajak tema penceritaanya; mengetengahakan sajak bertajuk: JUMPA ORANG TUA. (Pak chik) Sebaiknya; BERTEMU SEORANG TUA. Pengucapannya agak biasa dan semacam ada rasa tergesak-gesak.Suasana sudah hidup tetapi masih perlu ada penilitian dan keyakinan pada penceritaanya. Bentuk dan isinya nampak terlalu bersahaja. Dan longgar. Ada baiknya; Jika dimulakan: Sebagai contoh Seorang tua yang kutemui di kaki masjid. Termanggu mengenang sejarah lamanya. Sesekali air mata jatuh berlenangan. Dibawa arus putaran rota kehidupan.: Apa pun mesej baik tetapi ada sajak yang lebih mantap dan tinggi daya kreatifnya. Maaf, sajak anda terpaksa terkeluar dan berhenti di sini.namun, usaha lagi (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011


Sdra Jeffry dengan sajak bertajauk HIDUP BERMASYARAKAT. Pengucapannya agak biasa dan menyentuh tentang hidup bermnasyarakat. Berpegangan teguh dengan tali Allah dan tali kemanusiaan. Begitulah yang diajar oleh Islam. Tetapi hari ini agak berlainan pula nampaknya, manusia semankin maju , bertambah pula rengan tali persaudaraan , semasa jiran isalam, dan sebaliknya. Tidak lagi bunyi pantun dua kerat pisang sesikat gulai sebelangga , hidup mupakat kerja bersama. Sebab budaya curiga mencurigai telah menjalar di hati nasubari. Apa pun mesej baik tetapi ada sajak yang lebih mantap dan tinggi daya kreatifnya. Maaf, sajak anda terpaksa terkeluar dan berhenti di sini. usaha lagi (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sdra Geletek Malam rasa selalu nampak meronda dengan dua tiga orang rakan di bayan lepas.
Sempat juga cari ilham. Sajak Geletek Malam kali ini bertajuk: BERKHIDMAT. Kisah diri sendiri. Pengucapannya mudah dan biasa. Cerita tentang pekerjaan sebagai satu ibadat dengan penuh rasa ikhlas dan tanggung jawab.kepada masyarakat umum dan negara khususnya. Mungkin telah dijanjikan dan ditetapkan oleh Allah swt sebagai PDRM. Amin. Apa pun mesej baik tetapi ada sajak yang lebih mantap dan tinggi daya kreatifnya. Maaf, sajak anda terpaksa terkeluar dan berhenti di sini dahulu . usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Mr Tan dengan sajak bertajuk” BOSANLAH . Pengucapannya bagaikan mencarikan sesuatu? Mungkin tentang kehidupan atau jiwa yang kekosongan. Untuk mengisi hati atau jiwa yang kosong ini bukanlah perkara mudah. Tidak semestinya ada harta atau pangkat tinggi. Kerana nabi Adam yang tinggal dalam syurga juga tidak tenang. Lalu Allah jadikan Hawa untuknya. Tetapi bagtui kita yang sering bosan dan mencari sesuatu jika semuanya sudah cukup dan ada bagi sesaorang tetapi masih bosan .Ini ternyata jiwanya perlu diisi dengan keimanan (kepercayaan) dalam pemilihan agamanya Cuma terpulang kepada hak sesaorang itu. Demi mengisi kekosongan dan kebosanan.dirinya sendiri. Layak untuk seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011


Kini Raja Muda mengemukakan sajak barunya bertajuk SEBUAH PERAHU KECIL atau sampan kecil.daripada nenekndanya pula. Pengucapannya begitu tinggi jua daya kreatif dan puitisnya. Penceritaan mungkin tentang mengenang kembali kisah kehidupan yang lalu. Satu memori yang perlu difahami buat anak cucu yang ditinggalkan kini. Betapa perit getelnya seorang pelayar yang bergelut dengan ombak dan gelombang dilaut kehidupan.Dengan perahu bucur dan layar yang koyak. Sehingga berjaya sampai ke tepian pantai. Kini biarkanlah dia berlabuh sebagai sejarah yang tidak perlu sesiapa yang cuba untuk diputar belitkan. Untuk renungan anak gendarasi kini. Layak untuk sayembara setrusnya (SM)

Maisarah AN Nisa berkata...

wah! adaventur jk cerita ni

Mak MAh berkata...

nenek kebayan sakti pun ada

EN sanusi berkata...

nnek kebayan tu yg jaga naga tujuh tu ke

Raja MUda berkata...

byk plot la plak cerita ni tp menarik

Kembara Budiman berkata...

menarik jgk ada nnek tua lagi 1 ke?

Madah Pujangga berkata...

aik? kena ambik sanggul dia plak?

Salina berkata...

mcm mana dia nk ambik sanggul tu

Badrolshah berkata...

kalau ambik sanggul nenek tu jd lemah

Ummu AKilah berkata...

eh! makin seronok la plak

Abang berkata...

wah! dia nak ke puncak gunung ke?

Saizul Maizav berkata...

ada tugaan ke 4 ke

Nuri Jaguh berkata...

ada lagi nenek tua atas gunung?

Tinda berkata...

Sebab Putra Wira Syakir nak naik ke punca gunung metra alam kena baca
mentrala...