Rabu, 27 Disember 2017

REZEKI APAKAH INI?



dimana silapku.jpg

 REZEKI APAKAH INI? 

Kami selalu kekurangan wang
Untuk beli itu dan ini
Kekadang boleh merisaukan juga
Apa pun sabar dianggap sebagai takdir Allah.

Tetapi lewat kebelakangan ini
Cerita agak aneh dan menghairankan
Tetiba ada wang kertas Rm50
Di dalam tangkungan air peti ais

Selang beberapa hari
Kami jumpa lagi bawah peti air RM50
Kemudian jumpa lagi wang berlipat RM100,
Memang waktu sesak pun itulah rezeki

Dan begitulah seterusnya
Ada wang kertas RM10, RM5 dan RM1
Kekadang wang seling pun terdapat juga
Kami tidak tahu datangnya dari mana
Kini telah pun RM1,325.00 Lebih kurang ?

Oleh: Nuri manja,
Catatan jam 615 pagi
Tanggal 26 Oktober 2017.

Tiada ulasan: