Rabu, 27 Disember 2017

RAHSIA LANGIT WAKTU MALAM


alam berubah.jpg

RAHSIA LANGIT WAKTU MALAM

Kini ternyata Lampu neoun di jalanan
Telah pun merampas keindahan
Pada waktu malam yang kita lupakan,

Tetapi kita tidak mengetahui
Melainkan orang yang beriman
Mengetahui rahsia  langit waktu malam.

Nabi yang melihat telah menangis
Bila merenung keindahan kejadian
Kerana Allah S.W.T telah pun sediakan.

Sebenarnya ada ayat mengatakan
Waktu kamu berdiri, duduk , berbaring,
Fikirkan lah kejadian langit dan bumi

Ada bersama kita makhluk yang lain
Kita tidak nampak kewujudan mereka
Carilah dalam surah universal al Fatihah.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 6.45 pagi

Tanggal 17hb Disember 2017.

Tiada ulasan: