Khamis, 28 Disember 2017

DOSA ITU RASA RESAH DI HATI


zombi.jpg

DOSA ITU RASA RESAH DI HATI

Apabila hati kita resah
Beerti Allah masih sayang kepada kita
Perlulah kembali mencari di mana kesalahannya

Jangan biarkan hati kita
 Terus mati ditawan sebelum kita mati
Malah menjadi seronok  bersubahat lakukan dosa.

Manusioa ini dua unsur
Jasad ini daripada tanah dipermukaan
Jasad kita juga boleh lapar dan sakit berpanjangan.

Roh ini  kejadian bersih
Bila lapar dan sakitnya perlu dekat Allah
Jadi bila kita lapar dan sakit kembalilah kepada Allah

Hati kita sering  dipujuk
Dua kompululan hawa nafsu dan iman takwa
Kerana hati ini  sering dipujuk berperang untuk ditawan.

Apa pun doa itu ujianNya
Allah menguji memanggil kita dekat padaNya
Sepatutnya kita beriman dan bertaubat kepada Allah SWT.

Oleh: Pena Utara,
Jam 7,15 pagi
Sabtu 10hb Februari 2017.

Tiada ulasan: