Rabu, 6 Disember 2017

LEWAT SENJA BEGINI


senja jatuh.jpg

 LEWAT SENJA BEGINI   

Seorang pengambara
Sering melewati baki hari hari
Dalam meniti usia di hujung senja
Sesekali aku melihat dia di tepi tiang masjid
Khusuk dia membaca kalamullah , berzikir dan beritikap.

Keenderaan buruknya
Kuda tungkangan dia saban hari
Minumnya perlu berbayar di setesyen
Hari jumaat dia begitu awal dari rerakannya
Tetapi tempat iktikapnya masih di tetap tepi tiang masjid.

Setiap waktu aku melihat
Dia begitu khusuk bermunajat
Seketika dia mengeliat kiri dan kanan
Kemudian dia melepaskan satu tumbukan angin
Begitulah rutennya jika terasa kaki dan tangannya lenguh.

Malunya aku kepada Khalid
Tidak dapat mengatasi kecekalan
Bila melihat seorang pengambara tua
Begitu gigih dan sabar mengerjakan ruten ibadat
Walaupun usia perjalanannya kini telah lewat di hujung senja

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5 05. pagi

Isnin Tanggal  30hb  April 2017.

Tiada ulasan: