Rabu, 5 Mei 2021

JIKA ADA KEMAMPUAN HULURKANLA










JIKA ADA KEMAMPUAN HULURKANLAH 

Jika kita ada kemapuan
Untuk menderma dan bersedekah
Kita hulurkanlah sekadar yang mampu
dengan seikhlasan hati murni
Kerana tangan atas yang memberi
lebih mulia dan disenangi
Dari tangan bawah yang meminta
Dengan penuh mengharap belas kasihan,
Seorang yang dermawan
Pasti banyak dapat pahala Allah SWT
Dan dikenangai dan dihormati
Berbeza dengan orang yang meminta
Sering di caci dan dinesta
Jadilah seorang pemberi
Dari jadi seorang yang peminta.
Semoga Allah memelihara kita semua.
 

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan pagi jam 7.00 minit
Tarikh 5hb Mei, 2021


Tiada ulasan: