Selasa, 25 Mei 2021

.LAMBAKKAN RUMAH DI MALAYSIA




.LAMBAKKAN RUMAH DI MALAYSIA 
 
Siapa yang tidak mahu rumah ?
Tetapi kalau kita tak ada duit bagaimana mahu beli ?
Bila rumah yang dijual luar pasaran terlalu mahal dan tinggi harga?
Siapa yang tidak mahu rumah ?
Tetapi bagaimana ada kerja tetiba diberhentikan ?
Dengan apa mereka perlu membayar malah yang ada akan terjual ?
Siapa yang tidak mahu rumah ?
Tetapi kalau harga yang ditawar tidak berpatutan ?
Siapa pun tidak akan mampu dan terdaya membelinya rumah itu ?
Siapa yang tidak mahu rumah ?
Tetapi harga rumah mampu milik selama ini ditukar ?
Menjadi rumah kos rendah dan sederhana menjadi kos tinggi pula ?
Siapa yang tidak mahu rumah ?
Tetapi soal nak berutang dan pinjam Ah Long tak tahan ?
Memang rumah akan tergadai utang kian melambong tak berbayar ?
 

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam6. 00. Pagi
Tarikh 24hb September 2019



Tiada ulasan: