JUAL AKHIRAT UNTUK
KEPENTINGAN DUNIA
-untuk renungan
penyokong ahli pas
Lihatlah hari ini
Dunia barat
mentertawakan
Pengaruh kebendaan
buat parti islam
berani mencabar telah
mengatasi segalanya.
susah menilai
keperibadian bergelar tokoh agama.
Ada surau untuk ibadat
diruntuhnya untuk
dijadikan
pusat tapak
perniagaan keuntungan
mungkin memberi
pulangan kesenangan berabad
beginilah nilai hati
budi manusia bila telah berkuasa.
Ada perbicaraan
jenayah
ternyata didapati sah
dan salah
masih juga ditangguh
bertahun lamanya
malah diputar belikkan
segala fakta untuk selamat
terasa di permainan
peradaban undang-undang ditetapkan.
Ada kelakuan
kemaksiatan
terlalu kotor onak dan
mungkar
tapi hak kebebasan
di lepas dibebaskan
kerana Islam bukan
menentukan hak kebebasan.
Buat undang syariah
hanya untuk penganutnya sahaja
Zina dan hubungan sejenis
telah menjadi perkara
terlalu biasa
malah ada perhimpunan
haram dihalalkan
kisah petualang negara
digelar hero negara pula
tetapi untuk betul
akidah umat Islam diketepikan saja..
Oleh: Suara Pulau,
Teratak bernaung di
hujung pulau.
Catatan dikirimkan
pagi hari 15hb November 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan