Memaparkan catatan dengan label satu cabaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label satu cabaran. Papar semua catatan

Isnin, 30 Mei 2011

TABAH



sajak pilihan warga Cr.

Semalam aku masih berlari riang
hari ini aku ditimpa seribu beban
kiri kanan depan dan belakang
hilang kekuatan....

tiada lagi masa untuk kembali
saat yang penuh kegembiraan
hari yang penuh senyuman
waktu kecil...

 
Oleh: Kevin Chong
Percubaan sajak pertama
setelah memeluk islam./2010 Julai 4 05:19






Ahad, 17 April 2011

PENJENAYAH CINTA



sajak pilihan ahli Cr.

 
Terlanjur jatuh cinta
Apa kata kita
ceraikan pasangan kita
Kemudian lari
ke tempat mereka
tak boleh cari
tak boleh jejaki
tak boleh maki
menangis dan meratapi
menuduh tidak mengenang budi
pentingkan diri kurang simpati
tiada hati perut
kejam tidak berperi
samakan dengan apa yang jijik
apa yang keji

Oleh: Salina
teluk bahang/2010 Jun 9 16:03
Diterbitkan semula tarikh:18hb. April, 2011.





Ahad, 13 Februari 2011

PENDAKI



sajak pilihan ahli Cr.


Jalan yang selama ini kau tempuh
Semakin sulit dan kian sukar
Meracun di setiap hentakan
Namun komitmen selalu jadi kental
bergetar keras,mencabik sukma
setiap kali kau hendak mundur

Kegetiran yang kini kau rasakan
Adalah cermin dari tangisan alam
Yang kian terpuruk bersimbah nista
Mereka menjerit dan kau meronta
Mereka merintih dan kau terkapar

Masihkah ada harapan
Agar kalian dapat bernyanyi bersama
Tapi esok mentari masih bersinar
Harapmu jalan itu tak lagi gelap
Namun cahaya itu tidak cemas
Akan tuntutan sebuah hakikat kawan
Pengembaraanmu takkan ada akhir


OLEH: PAHLAWAN PEDANG KESATRIA
sewaktu mendaki di Gunung Kinabalu
12 tengah hari. rabu 17 Mac, 2010
diterbitkan semula 13/02/2011.