Sabtu, 4 September 2010

KENAPA NAMA INI KUPILIH



- citra rasa rengkas bukan puisi.
 
Tahun 1976,
Pada 10 akhir ramadhan
waktu syahor jam 4.30 pagi
di asrama almashoor Pulau Pinang,
semasa aku sedang makan syahor tiba-tiba
datang saekor burung  nuri hinggap di bahuku
lalu  menagkap membelainya begitu jenak dan manja .
 
Beberapa kali aku cuba melepaskannya,
dia datang kembali betambah mesra dan manja,
aku jadi terharu, tidak sampai hati melepaskannya
aku tidak tahu siapa yang punya , lalu aku memasukkannya
ke dalam beg  plastik, esok aku hantar ke rumah  bapa angkatku
di Perak Road, Beberapa minggu aku pergi bertanya, kata bapa angkatku
burung nuri itu telah terlepas terbang menghilangkan diri entah kemana…….
 
Aku pun terharu, saekor burung yang cantek berwarna warni,
disebut  orang si burung nuri,  kecewa tidak dapat memeliharanya,
kerana aku semasa itu maseh  seorang pelajar yang tinggal di asrama.
atas mengenangkan namanya, aku meletakan nama penaku  NURIMANJA,
(Nasri Mahmud) . sehingga kini mudah dikenali dan senang diingati oleh sahabat CR.
 
Oleh; Nurimanja,
Catatan 10.00 malam,
BBTK. Bayan Lepas, Penang.
1hb, Oktober, 2009.
 

50 ulasan:

nurimanja berkata...

TERKENANG KE MASA DULU, HATI MERASA RINDU : WAKTU AKU KECIL DAHULU
___________________________________

WAKTU aku kecil dahulu, mak suka taruh jambul di depan kepalaku, kerana panas barangkali,aku juga selalu sakit kepala, dan pening, bila kepala botak, aku cuma dapat tarik jambul saja.Bila ayah bawa tengok wang pacak cerita tamil di estate. jin kepala botak itu ada jambul. aku rasa seperti aku berlakun.

Aku juga suka membayangkan sesuatu yang indah. Bila balik tengok wayang itu.. Aku fikir aku
hero dalam filem itu. Bila aku lihat M.G.R dagu berlekok, aku pun cuba picit-picit dagu aku depan
cermin tak mahu berlekok pun. Orang kata lelaki dagu lekok ini, ramai perempuan minat.

Tetapi aku tak kusah , asalkan heronya seperti berlakun dengan aku sudah cukup. Aku rasa
naik kuda berlawan pedang gengan M.G.R. Aku tikam dia mati. Akulah dapat heroen itu. Angan-angan macam ini selalu bermain dalam kepala otak aku. waktu seorang diri. waktu bangun pagi.

Kadang aku mencangkung di tepi sungai dengan kain pelekat berselepang di dada berjam di
di situ, cuma nak basuh muka, tetapi tak juga basuh, bila mak memekek dua tiga kali barulah
aku basuh muka, buang tahi mata yang bertempek dekat mata.

Satu yang aku paling seronok mendengar cetera atau cerita kata aruah tuk embing. "Siapa nak
dengar cetera, mari sini, tolong gobek sireh aku ini, baru atuk cetera kisah Tuk nadok berkajang
kain"

Kadang-kadang cerita puteri buih, kata tuk Embing, Pulau Pinang dengan Pulau Jerejak itu berasal
dari dua ekor naga, Pulau Pinang naga jantan, Pulau Langkawi naga betina yang turun dari tanah
besar negara cina. Bila berlaku gerak gempa yang dahsat.

BERSAMBUNG DEKAT SAJAK KEDUA.

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA CRSIRI 26 ; OLEH NURIMANJA ;KISAH NABI ISHAK DENGAN TIGA ORANG PEROMPAK.(B)

___________________________________

Nabi Ishak telah dirompak dua ketul emasnya oleh tiga orang perompak, sewaktu mereka melarikan diri, mereka bercadang hendak memberi emas itu sama rata, Tetapi mereka ada bertiga. timbul rasa tamak.

Dua orang cuba mencari akal meminta seorang daripadanya pergi membli roti, sekembalinya dari kedai, mereka bercadang hendak membunuhnya, agar dua ketul emas itu boleh dibahagi sama rata.

Si bembeli si beli roti, dia bercadang hendak membunuh dua sahabatnya dengan meletakan racun pula ke dalam dua ketul roti yang dia beli kepada sahabatnya.Sewaktu dia pulang, kedua kawannya itu pun
segera membunuhnya. kemudian kedua mereka makan roti yang beracun itu, akhirnya keduanya pun matilah.

Kemudian nabi Issa pun mengambil semula dua ketul emasnya yang cuba hendah dirompak itu kembali.

Pengajaran;
Orang yang tamak selalu rugi, seperti bunyi pantun, dalam semak ada duri, Ayam putih buat sarang, orang tamak selalu rugi, seperti anjing dengan Bayang-banyang. kalau bukan rezeki kita barang dalam mulut pun boleh jatuh semula ke tanah.

Laila Mellisa berkata...

WUJUDNYA KAU DAN AKU

wujudnya aku mengisi juga menemani
wujudnya kau untuk melindungi
aku isi hidup kau
aku teman sepi engkau
agar kau tahu aku mahu kau lindung
agar kau tahu aku mahu sembunyi
di kala hujan luka cederakan aku
selama itu aku masih mahu engkau
masih menagih engkau
cuma aku perlu waktu
untuk memberi kesanggupan
untuk mencurah pengorbanan
sampai keyakinan itu datang
kau hanya perlu ku jemput
untuk pujakan aku buat selamanya
untuk sama2 warnakan kasih kita
namun cepat benar
kau robohkan tempat kita
apa salahku dalam mencari waktu?


laila mellisa
3pagi
2.9.2010

Qalam Mutiara berkata...

Sajak yang sadikit menyentuh jiwa-jiwa alam kerumajaan diantara penantian dan Penilaian mencurah dan menilai kasih di antara satu sama lain, tetapi panas yang disangkan hingga ke petang tapi rupanya hujan ditengah hari.Itulah antara sinosis Pengucapan sajak bertajuk wujudnya kau dan aku oleh Laila Mellisa, buat pertama kali menghantar sajak ke blog ini. Sebab itu berkata orang dahulu kala jika berkasih biar satu, jika bertunang jangan lama-lama. Dikuateri akan ada balamusibahnya. Jika sudah menjadi suami isteri biasanya akan datang cinta sejati. Kebanyakkan orang dahulu tidak pernah bercinta pilihan orang tua saja, bila berkhawin kekal pula. Amin

Nik Aziman berkata...

padan muka dorg! skrg samua xdpt! haha

Man Pendek berkata...

yup! org tamak mmg akan rugi! hehe

Danial berkata...

kesimpulan cerita ni nabi isa jgk yg untung! hehehe

Budak Rap berkata...

mmg klu dh tgk duit kwn pun tgk mcm musuh jer...

Tanpa Wajah berkata...

sian plak baca kisah nabi isa ni? padan muka 3org perompak tu!

Lelangit Biru berkata...

perompak yg rugi nabi isa yg untung! hehe

Harimau Berantai berkata...

eh! xkn mak en nuri tarah sampai botak?

Ustaz Sahzan berkata...

wah! kuat jgk imaginasi en nuri msa kcik2 dulu...

Karim Ghani berkata...

eh! dagu berlekuk ramai org minat ker?

Petualang Tiga berkata...

eh! en nuri berangan jd jin plak? hahaha

Cikgu Said berkata...

dulu bkn slalu dorg tayang cerita bobby ke?? kenapa MGR plak?

Seri Suri berkata...

MGR dagu berlekuk ke? xprasan plak slama ni? hehhe

Umar Haslam berkata...

eh! kenapa x cukur botak trus? kenapa simpan jgk jambul sikit? hehe

Seniman Jalanan berkata...

eh! kenapa potong rmabut smpai botak en nuri? xde la nmpk seni.. hehe

Saiful Bukhari berkata...

wah! dagu berlekuk ramai pmpuan minat ke? biar btol!

Harimau Berantai berkata...

sy pun dagu berlekuk jgk tp xde plak peminat?

Sulaiman Embong berkata...

wah! kecik2 lagi en nuri dh menunjukan imaginasi yg tinggi! patutlah en nuri boleh tulis mcm2 cerita..

Angker 13 berkata...

bercangkung tepi sungai pun boleh berimaginasi jgk? hehe

Sumpah Keramat berkata...

bahaya berkhayal tepi sungai takut terjatuh plak dlm sungai? hehe

Mat Noh berkata...

eh! yg cerita byk2 en nuri tulis ni kebanyakan cerita tok embing ke???

Saizul Maizav berkata...

eh! nnt en nuri tulislah cerita tok embing cerita dulu??

Mamu Kassim berkata...

eh! pulau pinang dgn pulau jerejak betina dgn jantan ker?

Panah Arjuna berkata...

puteri buih? eh! ceritalah sikit en nuri cerita tu...

Nabil Quldi berkata...

alamak seram plak baca penang dgn pulau jerejak kepala naga? betol ke?

Abul Hassan berkata...

eh! sy dok penang dh lama xpnh dgr plak cerita pasal kepala naga ni???

Saiful Amri berkata...

huh! klu gobek sirih bru dia cerita? susah gak tu...

Ustazah Janariah berkata...

byk jgk kisah2 tok embing cerita kt en nuri....

Ummu Akilah berkata...

cerita pasal penang kepala naga tu cerita dogeng ke btol pnya?

Sarah berkata...

en nuri! nnt cerita tok nadang berkajang kain! mcm best je...

Zuraifah berkata...

best jgk baca kisah2 tok embing tu dia byk pengalaman btol...

Atuk berkata...

wah! cerita kecik2 en nuri penuh dgn imaginasi rupanya... hehe

Panglima Ketot berkata...

rupanya asal usul nama en nuri dari mana burung nuri ke?

Cikgu Rahim berkata...

ingatkan dapat spontan nama nurimanja rupanya ada kisah tersendiri...

Malik Wariya berkata...

kisah nama en nuri ni bkn dh pnh siar ke?

Guru Yahya berkata...

burung tu ada lagi x en nuri?? pelik btol...

Nas Hayah berkata...

kenapa x bela burung tu burung ajaib tu...

Guest Guest berkata...

burung tu jelmaan wali agaknya? hehe

Jalil Janggut berkata...

eh! x sangka dgn kehadiran burung nuri en nuri dpt nama...

Ustaz Rahman berkata...

sblm ni en nuri gna nama ape?

Tetamu Malam berkata...

burung nuri? sajak lama nmpaknya sbb dh pnh baca tp xpa bgi peluang ahli baru baca....

Teratai Mekar berkata...

oh.. mcm tu ke kisah nama en nuri yg sebenar?

Hantu Gigi berkata...

selamat burung nuri yg datang klu burung hantu???? jd hantu manja la nampaknya... hehe

Badrolshah berkata...

eh! burung tu jinak plak? pelik btol...

Rembulan Senja berkata...

burung nuri selalunya susah nk jinak dgn manusia...

Puteri Aisyah berkata...

burung tu kaler ape? betina ke jantan?

Lebai Noh berkata...

burung tu mngkin dari kayangan agaknya?