Isnin, 20 September 2010

KENAPA PEMBUNUH BERLAKU?




Bila berlakunya pembunuhan
disebabkan tekanan rasa ketakutan
sebab rahsianya akan terbongkar
maka dilakukanlah pembunuhan
sebagai pemilihan jalan yang terakhir
untuk menutup segala  kesalahan
tetapi sebenarnya dia tersilap besar
bila pembunuhan telah pun berlaku
rahsia sebenarnya pasti terbongkar
menjadikan masyarakat umum mengetahui
begitulah cara syaitan mengoda manusia
menyesatkan anak cucu nabi Adam
melakukan dosa di muka bumi tuhan.

Oleh: Nurimanja,
16/9/2010 petang hari.
catatan dari akbar harian


45 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 4 BERTAJUK : TAHANA OLEH:NURIMANJA PULAU PINANG.
_____________________________________________________________________


Jiman terketar-ketar mengibarkannya. bau hapak bengik menghembur naik diterjah angin malam, lalu menyerbu masuk ke dalam lubang hidung budin. Dalam keadaan yang tidak terdaya untuk berdiri Jiman menyarung kain pelekat itu ke badanya. Pakaian yang telah basah itu dicampak ke tepi dinding dekat pintu.

Kemudian Jiman perlahan-lahan mengesotkan dirinya ke penjuru tiang pondok buruk itu. Di situ Jiman terus merebahkan tubuhnya. Sebiji guni buruk yang masih terdampar menjadi kain selimutnya selama ini.

“Kau dah makan Jiman?” tanya Budin sambil memerhati keadaan Jiman yang masih membisu itu. Budin terasa setiap kali pertanyaannya itu dibiar oleh Jiman hanyut dibawa angin malam.

Hujan di luar sudah pun beransur-ansur reda. Jiman menarik kain selimut guni buruk itu, kemudian menyelimuti seluruh tubuhnya. Dia memejamkan kedua matanya, seolah-ola ingin mencari kedamaian di bawah guni buruk itu.

Untuk menyenangkan hati temannya itu Budin terpaksa mendiamkan diri, dia tidak bertanya lagi, tidak bercakap banyak, dia biarkan Jiman bersendirian melayani perasaannya .

Budin Cuma menunggu. Jika ada sesuatu yang perlu ditolong, dia akan segera membantunya. Jika tiada, dia akan membiarkan Jiman bersendirian hingga ke pagi. Budin segera bangun menuju ke penjuru pondok itu, dia merebahkan diri di sebelah Jiman.

Malam semankin tua. Hujan malam di luar telah reda. Guruh, peter dan kilat, telah lama berhentiCuma kesunyian malam masih terjejas diganggu gugat oleh titisan air hujan yang jatuh dari bumbung pondok buruk itu.

Di sekitar kawasan sekeliling pondok itu pula, terdengar nyanyian suara-suara katak yang melagukan irama yang sama sejak zaman berzaman di tepi parit dan longkang yang penuh ditakungi air hujan itu.

Budin mengalihkan pandangannya . Dari cahaya lampu minyak tanah yang meliuk-lintuk itu, kelihatan sekujur tubuh Jiman yang masih kaki mematikan diri dibawah selimut guni buruk itu.

Timbul pula rasa belas kasihan Budin melihat keadaan Jiman malam itu. Hatinya mula menduga: Mungkin Jiman belum makan, sebab itu dia begitu leteh dan tidak bermaya.

Budin juga sedar sejak dua tiga hari kebelakangan ini Jiman cuma sekali dua dalam seminggu keluar menagih rezek, malah lewat sehari dua ini dia lebih banyak bermenung.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

ISSU SEMASA; KAWAL KEMARAHAN ANDA
______________________________________________________________________

Bagaimana Iblis dan syaitan Memujuk kita!

Dulu kita dengar anak potong kepala bapa. tikan atuk dan adik perempuan dia. sehingga mati.
Kini di Teranggu pula gaduh lagi abang tikam adik pi, ayah nak lerai, tikam ayah mati pi.
Apakah jadahnya kehidupan kita hari ini?.

Nak kata susah rumah canti nampak macam orang berada tanya keluarga tak ada sakit jiwa, Dimana silapnya kita...?Sebenarnya; jika seorang itu marah, darah kita akan naik mendadak dalam beberapa saad atau secen saja, jika dapat kawal selamat

Jika gagal iblis akan masuk melalu saluran darah, dia akan perentah hati kita, ambil pisau, parang, kapak, pistol ke, bunuh sajalah puas hati....iblis dan syaitan akan terus ketawa kerana perangkapnya mengena. Selepas itu, kita pun menyesal.menangis tak tentu arah, Syaitan atau iblis berkata: Siapa suruh dengar cakap aku, sekarang kau tanggung sendiri la.

Waktu kita marah darah kita naik dalam masa iti cuba berastakfar , kemudia dia turun balik. jika kita dapat kawal selamat, sebab itu nabi kata bila sedang marah berdiri cepat duduk , klau waktu duduk cepat berbaring, sebaiknya segera mengambil wuduk, marah itu api, bila kena air dia padam dan sejuk.

Roslan Mansor berkata...

APA KAU NAK BUAT?

Apa kau nak buat wahai sesumpah
Bila politik engkau sudah bocor
Semua sudah sedar dari tidur
Aku sudah nampak lantai
Tempat kau berdiri sudah retak
Engkau bila lagi nak bertolak
Bahaya kalau tunggu kelak
Baik kau pergi jauh
Semoga orang tak nampak kau
Sebab engkau bukan orang bermoral
Sanggup mengemis
Jahanam negara sendiri
Diketika semua menaikan negara
Cuma teknikal nyatanya tidak kemas
Menentang pula deria yang peka
Titik buta lantas iyu
Aku telan satu persatu
tTiada guna berlantang suara
Juga bermuram durja
Ia kenyataan dunia
Sentiasa berlegar


Roslan Mansur
permatang pauh
18.9.2010

Entitel berkata...

KOTAK KATIK

untuk kotak aku tak muat
masukkan aku dalam katik.
aku tak punya sifat anjal
untuk kecilkan diri aku
untuk masuk dalam kau punya kotak.
aku tak punya kuasa
kecilkan aku untuk masuk
dalam kau punya katik
kau pendek aku tinggi.
aku rasa tak perlu teman macam aku.
sebab kau mahu katik kau juga.
aku terlalu tinggi untuk kau katik.
untuk kau rendahkan aku.
untuk itu.aku harap
jangan kotakkan dan katikkan aku.
sebab aku tak punya dua itu jadi.
ya.aku menang.kau kalah.
aku mahu kotak dan katik kau pula.


Entitel
Kuala Pilah
1pagi

Qalam Mutiara berkata...

Sinopsis sajak ini memberi peringatan kepada sesaorang yang pernah bermain saniwaranya atau nyanyian puisi taridranya. Kini pentas tempat dia berlakon lantainya telah retak tunggu masa untuk jatuh, dan baju sesumpah yang dia pakai telah pun di ketahui umum malah dunia pun mengetahuinya.

Sajak bertajuk APA KAU NAK BUAT? Oleh Roslan Mansur dari pematang pauh pp.Pengucapannya menyentuh tentang sikap kelicikkan saorang tokoh yang digelar sesumpah watak utama dalam dramanya,dia memainkan peranannya dalam menjayakan wawasan hatinya dengan cara apa sekali pun bertajuk (pekena kawan rakan) termasuk anak dan isterinya, asalkan dendam kesumatnya tercapai.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak kedua ahli barudaripada Entitel Kuala Pilih Negeri Sembilan, bertajuk KOTAK KATIK Pengucapannya menyetuh tentang ketidak kepuasan hatinya bila sesaorang yang cuba menjadikannya barang mainan yang boleh dilipat dan dikepak sesuka hati untuk menjayakan satu wawasan yang ingin dicapai dengan rangkusnya..

Tetapi si penulis cepat sedar dan mempertikaikannya akan situasi tersebut, dan kini mulai cuba
menjauhkan diri daripada terus diperlakukan sesuka hatinya, Kini keadaan telah pun berubah orang yang telah pun atau cuba di kotak katikkan dulu mulai rasa sedar dan membuat persediaan untuk menyerang balik tindakkannya yang suka membuli sesiapa saja itu. Amin.

Taib berkata...

sian plak kat jiman ni sdih jgk cerita ni.....

Haji Atang berkata...

cerpen jiman ni kalau di siarkan semperna hari bapa best la...

Atan Yahoo berkata...

semua keja jiman buat sndiri? mana anak2 dia?

Jiman berkata...

harap2 bila sy tua x jdi macam jiman ni,....

Ai Kutubudin berkata...

selamat ada budin klu x sian jiman buat keja sorg2

Ali Conan berkata...

tido atas guni je? sian jiman ni..

Roy Rashid berkata...

jiman tinggal dgn budin saja ke? mana anak dagn isteri dia?

Saizul Maizav berkata...

xpatut btol anak dgn isteri dia buang dia mcm tu je sian jiman...

Jamburi Yusofo berkata...

apa punya anak la! sanggup dia tinggal jiman merempat...

Badrolshah berkata...

mcm dalam filem pun ada bila baca cerita jiman ni...

Ali Omar berkata...

budin masih gagah lagi? yg jiman dah x larat dah..

Geletek Malam berkata...

jiman ni umor 70an ke? budin ni msti dalam 40an ni...

Ustaz Sahzan berkata...

budin tegur dia buat xthu je jiman ni? dia dah mati ke?

Raja Muda berkata...

jiman ni keje kutip botol tepi jalan ke?

Madah Pujangga berkata...

dorg tinggal dkat mana ni? sian tido dalam guni jer...

Tanpa Wajah berkata...

kenapa agaknya jiman suka termenung ni???

Pejuang Islam berkata...

jiman asyik termenung je msti ingat anak dgn isteri dia ni...

Tetamu Malam berkata...

jiman dok khayal lagi ke? budin tanya dia buat xthu jer?

Ustazah Hamidah berkata...

harap2 adalah yg prihatin tentang nasib jiman ni...

Atuk berkata...

bila dh tua2 ni mmg asyik termenung saja...

Orang Lama berkata...

bila baca cerpen jiman ni terkenang masa saya di rumah org tua2 dulu...

Ezad Emir berkata...

sdih btol bila baca nsib yg menimpa jiman ni...

Brader Joe berkata...

harap anak2 jiman ambik dia balik la nnt...

Teratai Mekar berkata...

jiman xde sedara mara ke yg dtg melawat dia?

Bob Kuli berkata...

nampaknya aku kna belajar kawal kemarahan ni...

Brader Joe berkata...

lps ni aku kena ikut petua en nuri kawal kemarahan...

Mozaire berkata...

patutlah bila marah je kira nak bunuh je org ada dekat kita

Budak Rap berkata...

hmm.. aku ni panas baran jgk lps ni kena kawal sikit

Lelangit Biru berkata...

thnkz en nuri! byk jgk tips en nuri bagi utk kawal kemarahan ni...

Man Pendek berkata...

menarik info tentang kawal kemarahan ni..

Seri Suri berkata...

sajak psl pembunuhan plak? seram baca...

Mega Sutera berkata...

sajak pasal pembunuhan pun en nuri tulis jgk ke? hehhe

Danial berkata...

sajak pembunuhan ni msti utk arwah sosilawati ni...

Diana Sanubari berkata...

sdih btol kenapa skrg byk kes bunuh2 ni??

Supain Sipaun berkata...

smoga lps ni kes bunuh2 berkuranglah... amin...

Ungku Zubir berkata...

ngeri plak baca sajak pembunuhan ni...

Satria Juragan berkata...

takut bca pasal bunuh2 ni minta di jauhkan...

Ustaz Majusi berkata...

ape2pun al fatihah utk arwah sosilawati...

Guest berkata...

sajak bunuh? alamak! menyeramkanlah baca....