Selasa, 7 September 2010

MENUNGGU LAILATUL QADAR




Menunggu satu malam seribu bulan
bukanlah  semudah menunggunya
musim buah durian gugur di kebun,
kau duduk atau tidur saja di pondok
bunyi berdebuk, carilah di pohonnya.

Menunggu lailatul qadar ini penat
ramai yang gagal untuk menecarinya
ketabahan hati keimanan dan taqwa
jika kau gagal mengawal hawa nafsumu
maka ibadatmu tewas kecundang semua.

Sudahkah engkau menghitung usia?
berapa banyak engkau punggut durian
dan berapa kali kau temui lailatul qadar?
seribu biji durian yang kau punggut itu
tidak akan sama beribadatmu satu malam.

Oleh: Nurimanja,
Teluk Kumbar, 23 puasa.
malam yang hampa 2010.


50 ulasan:

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA CR. SIRI 28 BERUSAHA DAHULU BARU TAWAKAL
___________________________________

Pada satu hari ada seorang Akrabi penduduk di hulu kampung . Dia datang ke masjid nabi dengan menungangunta, tetapi dia enggan menambat untanya itu, dia biar bekeliaran. lalu nabi pun segera bertanya kepadanya

"Mana kamu letak unta itu?"
"Ana kasi dia lepas bebas berjalan-jalan."
"Anta tidak takut hilang?"
"Ana sudah bertawakkal kepada Allah."
"Anta boleh bertakkal, tetapi kena usaha dahulu,"
"Bukan bertawakkal itu serah pada Allah?"
"Anta kena tambat dulu, baru ada ikhtiar, selepas itu baru serah kepada Allah swt."
"Ohh itu macam ke? Sekarang ana sudah salah ertilah, usaha dulu, baru menyerah, ana faham,"
"Kalau sudah tambat, jika hilang jua, baru dikatakan taqdir, selepas kita berikhtiar, terimalah kerhdaan Allah."

Pengajaran:

Setiap orang mesti berusaha dahulu barulah bertawakkal kepada Allah. seperti sesuap nasi jika tidak berusaha suap ke mulut bolehkah kita makan?dan perut boleh kenyang jika tidak dikunyak sebelum ditelan.

Keredhaan menerima taqdir perlulah ada ikhtiar dan usaha terlebih dahulu sebelum terus bertawal atau menyerahkepada Allah swt.

Sebagai seorang Islam kena berusaha dan berikhtiar dahulu barulah disusuli dengan doa , jika gagal dan ditimpa juga musibah, barulah boleh dikatakan sudah ditakdirkan oleh Allah swt. amin.

Suara Pulau berkata...

BENARKAH DI PULAU PINANG HENDAK DIADAKAN PROJEK PERKAMPUNG ISLAM PERTAMA
BERSAMA MASJID DENGAN DANA 5 JUTA . (pasal minta derma ini. kena waspada sikit)


soalan saya?
1. Kenapa tidak buat bandar baru Islam diPulau Pinag seperti bandar baru Perda. lagi pun di pulau pinang ini berapa banyak kampung melayu air itam, masjid melayu
acheeh street. Melayu street atau lebuh melayu. semua dah lama wujud bukan baru.

2. Dulu masa saya sekolah ada depa minta derma nak buat Universiti Islam di seberang prai. abang saya pun pakat kutiplah derma, masa itu orang miskin pun susah, depa
bagilah seorang sikit satu kampung dapat RM 70.00 saja. Abang saya pos kepada hamba Allah yang datang dengan songkok tinggi kemas nampak macam boleh dipercayai.

3. Sampai hari ini . haram kejadah apa . mana ada Universiti Islam di seberang prai? Yang saya tahu cari dana nak dekat mengundi. yang mana pakai songkok putih semua orang kita. pakai songkok itam nak bagi silakan, tak bagi pejam mata.

4 Selalu dia orang buat operasi di bulan puasa. orang ramai pun hendak buat pahala beri sajalah berapa yang ada? Ada baru ini yang datang rumah pakai kemas perempuan jual tanah wafak 5 ringgit pula satu per empat persegi dari kedah. siapa nak derma khairat. silakan . Ada juga derma buat tahlil dan yasim, kalau benar baguslah. kalau tak ada lingkup.

5. Ada satu hari ada seorang hamba allah itu marah. Ada yayasan islam dari kedah agaknya. Saya ini orang pencen , kalau tiap bulan minta derma parah? Satu saya nak bagi tahu . saya kerja dengan kerajaan, pencen kerajaan bagi. kalau saya derma hampa buat untuk kempen
hentam kerajaan, aku tak redha, haram duit itu hampa guna. Sampai hari ini peminda derma itu tidak datang lagi.

AJK berkata...

KISAH PELIPORLARA DONGING RAKYAT : KENTUT BERIRAMA ? ceritan cara bebas Oleh: ANJ.

Setelah pentas diperbaiki semula . esok pertanding dimula semula. Hari penentuan. Ramailah hamba sahaya yangdatang untuk menyasikan siapakah yang layak menjadi suami kepada puteri kentut berirama, pertandingan akhir diarah berhenti kira jam lima petang. jika tiada seorang anak muda yang kentut berirama pertandingan ini di bawa
ke tahun hadapan.

Akhirnya sorang demi seorang turun dari pentas, semua kentut tidak menjadi, cuma tinggal seorang saja lagi, dan waktu juga telah pun menunjukkan hamper lima minit lima petang. Orang ramai bersorak menandakan tiada siapa pun yang boleh menandingi kentut berirama seperti tuan puteri itu.

BERSAMBUNG , (Rabu) siri 7

Guest Guest berkata...

KETIKA KITA BEBUKA BERSAMA

Bulan puasa tahun lalu
Aku tunggu kau datang
Tapi kau tidak muncul
Jadi ini aku tulis senarai panjang
Sebagai ganti juadah buka berdua.
Tidak banyak cuma mahu
Supaya kita dapat jumpa
Buka puasa sama sama atas meja
Semua ada karipap,ayam percik
Sirap bandung,murtabak daging
Bubur lambuk,puding jagung
Laksa dan ais kacang
Aku suap kau jamah.
Jadi gantinya tahun ini
Aku siap beli semua
Buat kita berbuka sama
Cuma tapinya kau tiada.


Guest Guest
7.9.2010
tanjung bidara

Tanpa Nama berkata...

ULASAN:

Sajak daripada Gust Gust bertajuk Ketika kita Berbuka Bersama. Sebagai sebuah saja memory lama. Mungkin mengenangkan kembali peristiwa bersama orang yang
pernah dikenali, disayangi, sahabat, keluarga, Sewaktu dijumput untuk berbuka puasa tetapi si dia tida kunjung tiba.Segala makan yang disediakan tidak pula dapat dijamah kerana si dia mungkin telah tiada dan kembali kepangkuan Ilhai. Kini hanya cuma tinggalkan memory sahaja. semoga dia damai dan dicucuri rahmat allah. amin

Panglima Ketot berkata...

eh! dgn megahnye dia kata tawakal je? adoi..

Penglipur Lara berkata...

huh! hilang pun xpe sbb tawakal?

Tengku Anita berkata...

btol tu klu dh tambah hilang jgk brulah tawakal...

Sulaiman Embong berkata...

blum berusaha dh menyerah? adoi..

Wasiril Azmi berkata...

btol kata nabi tu klu dh tambat hilang jgk brulah dikira takdir...

Putera Damien berkata...

best2 kisah nabi kali ni... sambung lagi en nuri...

Saizul Maizav berkata...

btol tu en nuri kdg2 bkn hak kita dh dekat depan mulut pun boleh terjatuh...

Olie Pajutdy berkata...

eh! dia x tambat unta dia? klu hilang tawakal je? boleh plak mcm tu?

Nas Hayah berkata...

ape la sahabat nabi tu kira nak tawakal je tanpa berusaha...

Puteri Bunian berkata...

semoga kita jauhi sifat mcm ni jgn asyik tawakal tanpa berusaha...

Brader Joe berkata...

menarik kisah ni! buat dulu klu dh xjd barulah tawakal...

Sarah berkata...

wah! sambung balik cerpen kentut! best! terima ksih en nuri...

Comel berkata...

eh! cerpen kentut ade balik? hehe

Petualang Tiga berkata...

sambung lagi nk thu ape jd kat dia pasal kentut ni...

Faezah Watie berkata...

eh! pendek sangat la cerpen kentut ni xpuas baca...

Tetamu Malam berkata...

wah! cerpen kentut ada balik! yg ni yg best ni...

Puteri Aisyah berkata...

eh! xde sapa ke yg menang kentut ni???

Mozaire berkata...

padan muka puteri tu! hahaha mne ada org kentut ade irama plak?

Kembara Budiman berkata...

nampaknya jd anak dara tua puteri tu nnt....

Faisal Syafie berkata...

ade ke lelaki yg kentut irama nnt? x sabar nk thu...

Ustaz Majusi berkata...

rasanya msti sampai hbis xde org boleh kentut irama? hehe

Yusof Lim berkata...

puteri tu x kawin rasanya? susah nk cari org kentut irama....

Mat Noh berkata...

tinggal sorg lagi? mngkin dia yg kentut ada irama?

Tanpa Wajah berkata...

boleh ke pemuda yg tinggal sorg kentut irama?

Badrolshah berkata...

rasanya org terakhir tu la yg dapat kentu irama...

Pengembara Masa berkata...

eh! panjang lagi ke kisah kentut ni??? sampai skrg xde lagi yg kentut irama...

Firasat Hikayat berkata...

harap ada org akan kentut berirama nnt....

Naga Samudera berkata...

eh! kenapa pendek je kisah kentut ni???

Supain Sipaun berkata...

wah! samakin lama semakin dramatik plak? xde sapa boleh kentut irama ker?

Jamburi Yusofo berkata...

mngkin pemuda yg terakhir tu kot yg dpt?

gelora maya berkata...

eh! puteri tu nk org kentut irama jgk ke? klu xde mcm mne?

Ustaz Zamree berkata...

malam lailatulqadar agaknya dah lepas la..

Atuk berkata...

susah nk cari malam lailatulqadar ni? hmm....

Ustaz Sahzan berkata...

hanya org tertentu sahaja yg merasai malam lailatulqadar ni...

Orang Lama berkata...

rasanya malam lailatulqadar dh lepas sbb sampai skrg pun x rasa ape2 lagi?

Harimau Berantai berkata...

moga2 kita semua dapat malam lailatulqadar nnt....

dam catur berkata...

rasanya malam awal2 dulu la malam lailatulqadar...

Yati Ishak berkata...

hari ni la last klu bukan malam ni nmpaknya terlepas la...

Dayang berkata...

harap2 malam ni lailatulqadar sbb dh la malam last ni...

Ezad Emir berkata...

hari ni malam last? klu bkn malam ni nampaknya samua terlepas la...

Syeikh Al Habib berkata...

rasanya malam ke 25 x salah ana malam tu pelik sedekit...

Haji Atang berkata...

rasanya semua malam sama je? susah nak tangkap la...

Jengking Perak berkata...

rasanya dah lepas malam lailatulqadasbb skrg dh malam 29 rasa mcm sama jer...

nurimanja berkata...

lailatul qadar bagi en nuri benar
pada 29 , banyak perbezaan. yang jelas x ada bunyi cicik atau haiwan
lain dari jam tiga setengah pagi sehingga ke syahor jam lima setengah
pagi. minta ajalah apa yang anda mahu
bukti haiwan semua terpukau dan terkejut kelu lidah untuk bersuara.

Qalam Mutiara berkata...

ramai kata raya jumaat helas orang berniaga, jika LQ kata sudah terlepas
ini jelas rasa malas hendak berjaga.

Orang beriman rasa sayang hendak lepas ramadan pergi, orang biasa
akan berkata cepaklah raya.

kami sependapat, andaian dua tahun tepat.