Jumaat, 10 September 2010

SATU SYAWAL KAU RATU AGONG


 
-buat sahabat CITRARASA


Satu Syawal
kau datang lagi
menjenguk kamar usiaku
dalam kemelut meniti hari
pasti akan aku meyambutmu
dalam dakapan kasih mesra
akan aku kucup jejari lembutmu
sebagai ratu agung yang kurindui.

Jika kau dedaun emas
yang gugur di pagi aidil fitri
akulah orang pertama memungutnya
akan aku ucapakan kalimah syahdu
untukmu syawal maafkan daku zahir batin
Allah Huakbar, Allah Huakbar,AllahHuakbar,
Allah Huakbar Walillah Ilham ..

Oleh; Nurimanja Pk
Telok Kumbar, Pulau Mutiara.
10hb, September, 2010

34 ulasan:

nurimanja berkata...

KISAH PARA AMBIA SIRI 30 SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK : NABI MEMBAWA TETAMU
___________________________________


Nabi Muhamad saw ada tetamu, para sahabat tidak sanggup menerima tetamu nabi itu, semuanya dalam kemiskinan, tetapi sorang sahabat sanggup menerimanya dan membawa tetamu nabi itu ke rumahnya untuk makan malam, terkejut isterinya kerana roti di rumahnya ada tiga keping sahaja, untuk anak, isteri dan suaminya.

Waktu dijamukan makan mereka makan dalam kegelapan agar tetamu tidak melihat tuan rumah makan atau tidak, tetapi nabi mengetahui hal keadaanya. Malam itu nabi dan tuan rumah berpuasa sepanjang malam ertinya tidur dengan perut kosong.
Esok nabi memuji sikap sahabatnya itu kerana sudi memuliakan akan tetamunya.

Pengajaran;

-Muliakan tetamu adalah wajib, ada pun orang menziarahi rumah kita perlu dilayan biasanya membawa berkat,Allah akan menganti rezekinya dengan berlipat ganda, tetapi kenalah iklas hati

-Orang yang mengiratkan talisilaturrahim di antara saudara sesama Islam adik beradik dan sahabat handai akan panjang umur, murah rekezi, dan para malaikat menadah tangan dan mendoakan akan kesejahteraanya kepada Allah SWT.

ANJ berkata...

KISAH PELIPORLARA DONGING RAKYAT : KENTUT BERIRAMA ? ceritan cara bebas Oleh: ANJ.
__________________________________--

Setelah orang ramai pun datang berkerumun melihat pertanding pungah buah tembikai ke atas darat dengan bilangan kentut yang lebih banyak dari buah tembikai satu sampan penuh. Setelah semuanya siap sedia. ramailah orang ditepi
tebing pangakalan sungai itu memerhati. lalu dilantik seorang tukang kira. setelah sama-sama setuju. acara dimulakan.

Sekali tukang angkat tembikai itu melemparkan sebiji buah tembikai, sekali anak muda itu lepaskan kentutnya. tetapi anehnya tidak pula busuk, dia cuma menekatkan perutnya dengan hujung jari, sebentar kemudian angin pun keluar dan kentutnya pun juga menjadi. Sehinggalah habis buah tembikai dalam sebuah sampan. Lalu dia bertanya ada lagi? orang ramai
berkata habis. Lalu dengan pantas dia menekan perutnya dengan hujung jari dan melepaskan angin kentut terakhir sebagai SATU kemenangan total baginya..

Raja Muda berkata...

PENGGUNA FACEBOOK TERLAMPAU

mengapa jadi begitu
mengapa kau palitkan lumpur
mengapa kau contengkan arang
mengapa kau titiskan nila
habis semua terpalit
habis semuanya hitam
habis rosak susu sebelanga
turutkan segala kehendak nafsu
lempiaskan sesuka hati
pada amanah yang kau pegang
pada amanah yang kau laung
nyah kau segera
kau tak layak berada di sini
daerah ini daerah suci
daerah warisan penggilap permata
kau lupakan sahaja
kau biarkan sahaja kami di sini
kau pengguna facebook terlampau...


Raja Muda
selangor
malam raya

Qalam Mutiara berkata...

Sajak dari kerabat rajak muda Selangor , terima kasih kerana sudi mengikuti blog CR Ini. Sajak PENGGUNA FACABOOK TERLAMPAU oleh Raja Muda Selangor.

Ini bagai satu penghormatan di pagi satu syawal buat kami sahabat CR di blog ini kerana bukan saja rakyat jelata memandang sinis dan jijik, malah kerabat diraja lebih serius lagi. Demi mengukuhkan instiusi beraja di Negara tercita dan berdaulat ini.

Kami mengokong saranan citarasa hatinurani Raja Muda Selangor. kerana lewat kebelakangan ini ramai rakyat menjadi resah dan gelisah, kerana ada beberapa orang baginda sultan sudah mulai murka dan bermuram durja di atas sikap keceluparan dan tindak tandus segelinter rakyat yang berani menguris hati baginda sultan.

Harap perkara ini perlu diberi perhatian serius, sebelum ia lebih banyak menjalar, eloklah dicantas terus jika mereka dapat berkuasa kita akan menjadi Negara timur Tengah.

ANJ berkata...

Khalid perlu jelaskan penjualan aset PKNS - Khir

SHAH ALAM 9 Sept. - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan penjelasan berhubung dakwaan penjualan bersyarat beberapa aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM1.8 bilion melalui amanah pelaburan hartanah (REIT). Beliau berkata, langkah tersebut dilihat mempunyai implikasi terhadap keyakinan serta kemampuan PKNS dalam menguruskan aset-aset miliknya.(Sedutan akhbar UM)



Pengerusi Felcra cabar Nik Aziz
Oleh AINSAFRE BIDIN
utusanperak@utusan.com.my

PASIR SALAK 9 Sept. - Pengerusi Felcra Bhd. (Felcra), Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya membuktikan bahawa tanah ladang kelapa sawit seluas 3,237.4 hektar yang diserahkan kepada kerajaan negeri telah dimanfaatkan untuk rakyat negeri itu.

Tajuddin berkata, tanah bernilai bernilai RM240 juta itu telah diserahkan oleh Felcra kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk kebajikan rakyat negeri itu pada awal tahun ini tetapi beliau difahamkan, tiada seorang individu pun dicalonkan sebagai peserta ladang berkenaan sehingga kini.
Tambah beliau,selain mengembalikan tanah tersebut, Felcra turut memenuhi tuntutan bayaran tambahan RM10 juta yang diminta oleh
kerajaan Kelantan.
"Adakah tanah itu dijadikan ladang rakyat oleh kerajaan Kelantan dan adakah rakyat mendapat hasil dari keuntungan ladang tersebut atau wang tersebut masuk ke tabung khas kerajaan negeri atau parti politik? (Sedutan akhbar UM)

Umar Haslam berkata...

selamat hari raya en nuri best sajak syawal ni...

Faisal Syafie berkata...

wah! syawal ratu agung plak ke? best2..

Wasiril Azmi berkata...

eh! sajak raya plak? menarik thnkz!

Olie Pajutdy berkata...

semalam sajak raya hari pun sama? hehe

Tanpa Wajah berkata...

sajak best tahniah en nuri! selamat beraya!

Ezad Emir berkata...

wah! bgus nabi sahabat nabi tu snggup terima tetamu...

Ali Conan berkata...

klu aku pun x snggup terima tetamu? sbb kluarga aku pun org miskin jer...

Seri Suri berkata...

ape2pun tetamu msti di muliakan...

Danial berkata...

bgus sahabat nabi tu apa nama dia?

Tetamu Malam berkata...

eh! cerdik dorg makan dalam gelap plak? hehe

Kota Gersang berkata...

wah! mmg baik nabi sggup berpuasa klu xde makanan...

Raja Muda berkata...

kita kena contohi sifat nabi ni...

Tengku Anita berkata...

susah nk cari org mcm nabi zaman skrg ni...

Bulan Terang berkata...

nabi bgus jgk terima tetamu klu isteri sy tetamu dtg je msti dia tarik muka! aduh..

Sipaun Supain berkata...

tetamu tu rahmat kena layan elok2...

Putera Damien berkata...

eh! sapa nama pemuda tu yg kentut menarik tu?

Saizul Maizav berkata...

dia pnya kentut irama bunyi mcm mne?

Ali Omar berkata...

kenapa kena kentut kt tembikai plak?

Badrolshah berkata...

hbis mcm tu je ke?? dia menang mcm tu?

Sudin Ramlee berkata...

eh! apa bunyi irama kentut pemuda tu????

Jalil Janggut berkata...

sapa pemenang kentut irama tu?

Ustaz Sahzan berkata...

kenapa kentut kt tembikai? kenapa x ambik durian jer? hahaha

Qalam Musofa berkata...

menang mcm tu je ke? pelik jgk cerita ni...

Pedang Kesatria berkata...

kentut dia x busuk ke? dia mkan apa plak?

Halilintar berkata...

laki tu dh menang ke? pening jgk cerita kentut ni.

Saiful Bukhari berkata...

eh! ape kena mengena kentut dgn tembikai plak?

Jamburi Yusofo berkata...

dh hbis ke cerpen kentut ni atau ade lagi sambungan dia?

Sufian Al Zahri berkata...

SENYUMANMU

Lapang raut itu ku tatap,
Tenang Wajah itu kulihat,
Serinya takkan pudar,
Cantiknya tak pernah hilang,
dimamah sakit yang kau tanggung,
Masa semakin cemburu akan kita..,
Jauh pergi tinggalkan kita,
Tanpa kita sendiri sedar dan rela..
Waktu semakin singkat bersama ..
Air mukamu tetap seperti dulu,
Indah dipandang tak timbul jemu..
Sebabnya hatimu sentiasa tersenyum,
Menerima redha ujianNYA terhadapMu
Hati tersenyum Cahayanya terbias..


Sufian Al Zahri
sajak kepada maisarah bila majlis perkahwinan nanti harap en nuri boleh mengulasnya

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak Bertajuk; SENYUMMU khas buat
Maisarah tunanganya yang merajuk hati agaknya.

Thaniah!! Khawin juga kau Sufia Al Zahri, jangan buat hal, kau mesti tidak boleh tidur agaknya, bila mata terbayang wajah senyuman sang puteri dibawah bayu yang pergi merajuk membawa diri, sebenarnya merajuk itu tandanya sayang.Kau jangan tak tahu, Sesekali kau mesti kena ingat tugas jangan pula dicampur adukkan dengan hal-hal peribadi. Biasanya beban keletihan
akan hilang bila melihat wajah yang dikasih. Cuma keadaan sahaja bangkali sesekali cuba mengusek jiwa. Namun jika taqder ditetap tuhan jodoh itu tidak kemana. Ikan di laut, asam di darat di dalam periuk bertemu jua. Angaplah apa yang berlaku cuma satu ujian tuhan dan asam garam dalam kehidupan menjalani hidup berkasih sayang. Amin. Allah gemar melihat manusia itu berkasih sayang di antara satu sama lain dalam alam kerumajaan berumah tangga ini. Amin.