Khamis, 30 September 2010

SAEKOR PENYOKONG SESUMPAH




Kini saekor sesumpah,
terpaksa berhenti bermadah
kerana dirinya dalam perhatian
untuk dikumpul segala maklumat
jika ternyata membuat fitnah tohmah
akan disumbat kembali ke dalam sangkar.

waktu di pulau jerjak,
ada penerangan bukit aman
tunggu masa ketika menangkap
jika ternya bukti kukuh dan saheh.
tetiba ada suara penyokong sesumpah
memekek kuat dari belakang. Pembohong!

Lalu semua bola mata,
beralih ke arah belakang
sejak peristiwa pekek bohong itu,
kita lihat sesumpah kurang bermadah
kerjanya diarah pada orang kepercayaan
malah cuba menolak semua pencalunannya.

Oleh: Suara Pulau,
Pulau Jerjak, Pulau Pinang.
tiga empat bulan yang lalu 2010.



50 ulasan:

Nuri Ketitel berkata...

KAKI

berjalan berjalan dan berjalan lagi
luka sedikit jemari kaki
sepatu koyak terkena duri
tersepak batu di kanan dan kiri
mahu duduk tak diberi kerusi
mahu baring bantal tak sudi
apa lagi hanya mampu berdiri
biar kebas jemari kaki
kejang nanti entah-entah mati
kakiku bagai mengalah
entah mengapa terasa payah
untuk berdiri atau belari
semua rasa macam kaku
kakiku kenapa jadi bagini?
Aku mahu pergi kesana
Tak mahu duduku sini saja
Kerana di sana ada perlbagai
Di sini hanya ada batuan kecil
Tolong kaki tolong berdiri
Dan berjalan sambil belari!


Nuri Ketitel
Kuala Kurau
11malam

Mat Noh berkata...

AKU BUNUH ORANG MATI!

aku menjadi pembunuh
membunuh kepada yang mati
aku pastikan betul dia dah mati
jadi aku masih menikam bertubi-tubi
tapi bila dia sudah hancur ku bunuh
baru ku sedar dari tidur
terus aku menangis merintih
bersama jantung degup laju
aku terus mencapai handfon
cabutkan wayar telefon rumah
kerana tak mahu bicara dengan siapa
lalu aku pun tuliskan surat
supaya aku ingat akan mati
selepas itu aku sujud
Menyatukan dahi ini pada asalnya
berbisik rayu seluruh rasa cemar
sejak kelmarin mimpiku kelabu debu
Pekat pahit aku bangkit.
Aku fikir segalanya benar.
Lebih pahit bila igau itu aneh
aku lihat jam dan dia cemuh aku
terima kasih jam aku akan kembali ke pangkal jalan walau aku
sendiri tak tahu di mana pangkalnya


Mat Noh
sewaktu terlelap di anjung rumah setelah selesai mengali kubur

nurimanja berkata...

KISAH KAUM RAKYAT SATU MALAYSIA DALAM DUA SITUASI BERLAINAN DINATARA TEGAS DAN KELUHURAN.

Siri ke 3.

Kalau adap berziarah atuk nenek. yang tua sekali nenek haji hamid , anak dia berbelas. cucunya tentulah
berpuluh. Dia duduk atas kerusi, semua anak cuku datang seorang-seorang cium tangan dan kepala lutut.

Kalau ustaz atau guru, terbalik yang tua ini pula cium tapak tangan tuk guru atau ustaz, kononnya untuk ambil berkat. lelaki perempuan habis satu rumah bersalam. Inilah punca cepat dapat jodoh agaknya.

Satu lagi belakang atuk nenek guru kena minta tabik/maaf kalau hendak lalu, "Nyabitmap guru" takut kena tulah.

kalau dia orang pelawa kita minum atau makan, kena hormat, kalau kita kenyang, kena ambil sebiji dua nasi masukkan ke dalam mulut. takut nanti mati kempunan. begitu juga minuman, ambil syarat pegang cawan air yang basah itu,sapu tepi
bibir sudah memadai. tanda hormat kawan. jangan tak sentuh, jauh hati mereka. Inilah kena jaga.

Satu lagi yang pelek mereka suka kalau kita datang ke rumah mereka. bawalah kawan ramai mana pun, mereka akan layan seperti biasa. termasuk cina atau iban siapa saja adalah perkara biasa bagi mereka.

sambungan esok.

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 14 BERTAJUK : TAHANA OLEH: NURIMANJA PULAU PINANG.
_______________________________________________________________________



BUDIN tidak berputus asa. Dia terus saja mencari. Budin meluru pula ke jalan raya selepas setiap lorong tidak ditemui. Kini Budin berlari di persimpangan jalan raya di antara pekan kota lama dan pekan kota baru.

Dari kejauhan Budin nampak orang ramai sedang berkerumun di pinggir jalan. Kemudian Budin nampak pula beberapa orang polis lalu lintas sedang sibuk mengarah kienderaan
yang sedang lalu lintas di situ. Agar memperlehankan kereta.

Budin segera menerpa . Dengan perasaan cemas dan terharu dia berlari ketempat orang ramai berkumpul itu. Setibanya Budin di situ dadanya kian kencang berdebar-debar. Nafasnya kian turun naik menghembur . perasaan ingin tahu kian memberontak-rontak.

Dengan perasaan cemas dan bimbing budin merempuh masuk ke dalam kumpulan orangramai yang sedang berkerumun itu. Budin nampak seorang lelaki tua terbujur kaku.
Budin segera menarik nafas dan pelahan merapati tubuh itu.

Apa bial Budin ternampak saja kain pelekat buruk dabn lusuh itu menutupi tubuh yang terbujur itu, andaian Budin semakin tepat. Belum pun sempat dia hendak menyelak kain penutup muka itu. Dua orang angota polis menahannya.

“Encik! Dia kawan saya . Tolong buka kain penutup muka mayat itu encik. Saya ingin melihatnya. Adakah dia kawan saya. Kerana kain pelekat ituu…” Dua orang polis itu
Melepaskan Budin . Dia meluru ke tempat batang tubuh yang terbujur kaku itu.

Setelah dibukanya. “ Jimannnn!” Pekek Budin, sekuat hatinya. Dua orang polis yang mengawal keadaan mayat itu berpandangan sesama sendiri. Budin bagai bagai hilang akan. Dia cuba hendak memeluk Jiman. Tetapi dia telah dihalang oleh kedua orang angota polis yang mengawal di situ.

Budin cuma dapat melihat dan memerhatinya dari jauh tubuh Jiman yang terbujur kaku itu. Jiman mati dalam keadaan ngeri. Seluruh tubuhnya berlumuran darah yang mengalir merah membasahi kain pelekat buruk dan lusuhnya itu.

Kaki kiri Jiman kelihatan terkulai patah dan tangan kanannya hancur, tengkoknya juga patah dan terkulai, matanya terpejam rapat. Kelihatan darah beku terhenti keluar dari mata dan telinganya. Sebenarnya nadi Jiman tidak bergerak lagi telah lama terhenti. Kini Budin pun mengerti. Jiman sahabatnya telah pergi tidak akan kembali lagi.

S E L E S A I. Oleh: Nurimanja Pulau Pinang. Selesai taip semula di blog cr. 30/09/2010.

nurimanja berkata...

Nampaknya Nuri Ketitel dengan Mat Noh sahabat ke? Satu kawasan dekat saja, kuala kurau, perak. Tempat saya waktu kecil bermain atau menunggu bas untuk pergi ke tanjung piandang belajar sekolah agama di sahamsul maarif al wataniah. (saya tidak setuju seorang wakil pas kata BN menutup semua sekolah agama rakyat ini satu fitnah besar di akhirat engkau jawab) Sekolah itu masih ada, malah BN kerajaan negeri dan Pusat beri bantuan, malah setengahnya di angkat tarap seperti al mashoor pulau pinang. Kenapa orang pas suka berbohong? Ini yang saya sedeh cuma pakai songkok puteh? Kalu kita tanya balik. Dia akan cari jalan buat daleh. Itu buat hati kita pedeh. Depa tak putar mesti belit. (maaf ini Cuma intro saja)

Maaf sajak Nuri ketitel bertajuk KAKI . pengucapannya barangkali ada berkaitan dengan kepayahan untuk berjalan. Kerana kaki adalah segala buat kita selain anggota yang lain, tersangat pentinglah kaki, jika ianya tidak terdaya sebahagian dari kekuatan kita bagai terhalang dan bergerakan kita juga pasti terbatas. Adakah sdra OKU. Kalau benar angaplah ini satu ujian Allah ke atas hambanya yang beriman. Perlulah memandang ke bawah ada orang yang lebih malang lagi dari anda. Agar anda dapat satu kekuatan kembali bila mengenangkankan keadaan diri. Amin. Usaha lagi! Syabas!!

nurimanja berkata...

Sajak Mat Noh bertajuk Aku Bunuh Orang Mati. Penceritaan dalam ingauan terlelap. Begitulah Tugas murni hidup seorang yang boleh dikatakan sukarela pengali kubur di masjid Sungai Dungun berdekatan dengan kampong saya Tanjung Nipis masuk kedalam sikit tepi sungai Kurau

Engkau sepatutnya cerita dekat pak lang awng atau pak uda haji hamid. Barangkali ada orang mati yang belum mati. Macam abang jail tuk ketua kampong nibung hangus. Ramai orang cina dengan india , Ini tuk ketua tara mati serupa orang tidur.
Badan dia panas , ada peluh, serupa orang sedabg tidur, hamper berminggu dia tidak sedar diri. Mayat dia pun mereka pakai serban macam panglima perang. Tapi doctor sah kata meninggal. Kebumi sajalah. Begitu jugalah agaknya sdra mat noh kebumikan orang belum mati, mat noh terpaksa bunuh dia dalam mimpi igauan yang terlelap seketika. Semoga tak ada apa-apa. Cuma satu fastasi. Amin.

Geletek Siang berkata...

mcm mana jiman mati??? kena bunuh ker?

Kopi Susu berkata...

kenapa jiman boleh mati plak??? misteri...

Bumi Hijau berkata...

sian jiman mati pun terseksa...

Danial berkata...

eh! jiman kena bunuh ke kena langgar?

Harimau Berantai berkata...

jiman mati sampai mcm tu sekali! ngeri btol..

Halilintar berkata...

jiman kan miskin sapa akan tuntut mayat dia nanti?

Mozaire berkata...

tragis btol dgn kematian jiman ni...

Adi Cana berkata...

sdih btol baca cerita jiman dari hidup sampai mati terseksa dia....

Raja Muda berkata...

eh! jiman ni nanti nak dikebumi di mana ni? sbb dia kan xde waris?

Malik Wariya berkata...

sdih baca cerita jiman ni...

Saizul Maizav berkata...

smoga kita x jd mcm jiman ni..... amin...

Kota Gersang berkata...

ngeri btol dgn kematian jiman ni msti kes langgar lari...

dam catur berkata...

sapa yg langgar jiman smpai mati ni?

Tetamu Malam berkata...

sian budin xde kwan la dia lepas ni...

Putera Damien berkata...

mcm mana jiman boleh mati? episod terlangkau ker?

Guest berkata...

jiman ni kena bunuh dgn mat rempit ker?

Seri Suri berkata...

huh! teruk jgk dia mati jiman ni...

Pak Bostamam berkata...

al fatihah buat jiman kalau ni cerita btol..

Ezad Emir berkata...

insaf btol baca cerita jiman ni...

Jiman berkata...

harap2 aku xjd mcm jiman jgk... amin...

Jengking Perak berkata...

nyambit maap? pelik btol ayat dorg ni...

Supain Sipaun berkata...

eh! menarik jgk kisah ni... tahniah!

Kembara Budiman berkata...

apa bnda kena tulah tu en nuri???

Badrolshah berkata...

wah! semua org hormat kat haji hamid ke?

Penglipur Lara berkata...

sapa haji hamid tu en nuri???

Pengembara Masa berkata...

cerita haji hamid ni kisah tentang apa plak ni?

Harimau Berantai berkata...

wah! bgus btol semua hormat kat haji hamid tu...

Jalil Janggut berkata...

mcm ni ke kehidupan org melanau en nuri?

Dayang berkata...

byk jgk pasal melanau en nuri thu sy dok sana lama jgk pun x mahir lagi.... hehe

Pusaka Rimba berkata...

info yg menarik utk di kongsi bersama...

Pusaka Rimba berkata...

info yg menarik utk di kongsi bersama...

Muhamad Badawee berkata...

sajak pasal binatang pun ada? hehe

Suara Rakyat berkata...

sajak sesumpah ni mcm pnh bca jer...

gelora maya berkata...

kenapa en nuri siar sajak suara pulau plak?

Golok Buta berkata...

eh! en nuri xde sajak ke? kenapa siar sajak suara pulau?

Ustaz Sahzan berkata...

bunyi sajak ni mcm simbolik jgk...

Pak Ngah But berkata...

ada mksud mendalam sajak sesumpah ni..

Muhamad Rabbi berkata...

sajak sesumpah ni pasal apa xphm la...

Salleh Muhamadon berkata...

sajak sesumpah ni ditujukan kpd siapa plak ni????

Hafiz Zikrillah berkata...

wlpn xphm sajak sesumpah ni tp ada sinis jgk... hehe

nurimanja49@gmail.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurimanja49@gmail.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurimanja49@gmail.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurimanja49@gmail.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.