Jumaat, 17 September 2010

SAJAK SEORANG AHLI SOFI



Ibrahim Idham,
ketika hujan turun
orang lain semuanya
melarikan diri takut basah
dia cuma tersenyum dan ketawa
bila ada orang bertanya kenapa?
Engkau silap bukankah hujun itu rahmat
mengapa mesti lari dari rahmat Allah swt.

Ibrahim Idham,
ketika jatuh tangga
kenapa kau ketawa? Bilamana
kau sampai kebawah kau menangis pula?
Engkau silap, Sewaktu aku jatuh ingatanku
kepada Allah swt saja, aku pun turut ketawa
bila aku sampai ke bawah sakit dan luka
aku menangis sebab tidak berlaku apa-apa
aku takut bila sihat aku lupa kepada Allah swt.

Oleh: Nurimanja,
catatan Penceramah bebas.
sajak legenda tanggal 23/8/2009.

27 ulasan:

nurimanja berkata...

INFO AGAMA MENCARI PAHALA MUDAH Oleh : NURIMANJA(B)
______________________________________________________________________

- Bangun pagi lihat muka ibu bapa
- Lihat gambar kaabah
- Baca al Quran
- Senyum
- Buang sampah

Oleh sebab itu, beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibu bapa di dunia ini. tetapi banyak pula yang malang,kerana menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua, bukan pahala seksa.jangan mencerca dan menceritakan keburukkan ibu bapa kita kepada orang lain, memalukan saja. Dibilik tidur atau ruang tamu eloklah gantung gambar kaabah, sejuk hati melihatnya,
amin, dari gantung gambar separuh bogel. Banyaklah baca al Quran, jangan bila nak mati ldah keluar separuhdada, sebab tak pernah menyebut kalimah Allah. Senyumlah kepada siapa saja , jiran, dan sahabatuntuk menyenangkan hati mereka nampak ceria, Buaglah sampah jumpa dimana sahaja, agar satu kebersihan dapat terjaga. Kebersihan tu satu daripada Iman. Amin.

Ustaz Deris berkata...

KAU DI KABUS TEBAL

Mencari jujur dalam nada,
Menikmati mesra dalam bicara,
Menuntut teguh pada cara,
Mengharap istiqamah dan percaya.
Kau tadi aku lihat
berbeza hampir aku tidak meneka
itu kauya itu kau di depan mata.
Aku mahu lihat kau begitu
pagi-pagi kabus tebal
jalan seorang diri
ketika itu dalam samar kau ada
sekejap hilang lagi
khayalan saja rindu?


Ustaz Deris
Sajak lagenda thn 90an
tanjung bidara

Nabil Quldi berkata...

KETAWA

Aku tertawa kelucuan
Bila terkenang kembali
Waktu aku hendak pulang sekolah
Tapi kena bawa buku ustaz
Tapi aku tak kisah
Itu amanah yang aku kena tanggung
Tapi kadang aku dikenakan rakan
Mereka tertawa kelucuan kasihan aku
Selalu kena tolong ustaz
Tapi aku tak malu kerana itu
Akan membuatkan mereka sangka Mereka dah kalahkan aku
Jadi aku ketawa bila mereka mengata
Hilang perasaan kegusaran
Kerana aku suka tolong ustaz
Jadi senyum bila mereka mengejek
Senyum itu tetap penghias bibir
Terima kasih ustaz mengajar aku Jadi tabah kerana hidup
Bukan sekadar cinta
Hidup untuk berjaya
Hidup untuk berbakti
Jadi aku pun ketawa lagi


Nabil Quldi
kenangan di sekola rendah

Qalam Mutiara berkata...

Sajak keriman ustaz Deris bertajuk KAU DI KABUS TEBAL. Penceritaannya tentang kewajaran sesaorang yang
ingin penulis mendapatkan kepastian, sama ada benar atau sebaliknya. Agar tidak berlakunya kekaburan yang sering membuat minta jadi keliru dan berkecamuk dengan apa yang di dapati dari sesaorang yang di katakan
Ada aura atau ketokohan. Namun lewak kebelakangan ini sikap yang tidak sepatutnya Ditunjuk , banyak pula pecangahannya dengan apa yang tidak sepatutnya diajar oleh
Pegangan seorang terhadap agamanya. Cuma andaian saja, mungkin ada maksud lain yang boleh diandaikan juga. Tetapi pada dasarnya kecelaruan minda yang melanda.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak bertajuk: KETAWA daripada Nabil Quldi pengucapannya memori sewaktu di sekolah rendah yang sesekali melucukan dalam idupnya menjadi sebagai adam kepada seorang ustaz yang disayanginya.

Nabil Quldi ini dulu ketua kelas mungkin dia budak rajin lalu dilantek menjadi ketua.Selalunya bila jadi ketua kelas banyak kerja guru dia kena bantu, kekadang ada juga Budak lain yang buat kerja membantu nabil ka.au sebuk. Tapi dia memang rajin tidak Pernah membantah, okey sesaja.

Kini bila dia terkenang dia pun ketawa, walaupun ada kawan-kawan yang mengejeknya tapi dia berasa senang dengan membantu ustaznya, kini dia masih teringat akan kata dan nasihat yang kini sebagai panduan hidup di dunia ini. Amin

Roslan Bidin berkata...

mmg pelik btol orgnya ibrahim idham ni....

Wasiril Azmi berkata...

ibahim idham ni wali allah ke?

Firasat Hikayat berkata...

ibraim idham mmg pelik xph aku jmpa org mcm ni..

Tengku Anita berkata...

klu org biasa hujan blum turun semua dah lari... hee

Jaringan Gua berkata...

ibraim idham ni sapa? dia sahabat nabi ker?

Ibrahim Lee berkata...

mcm nama saya plak ibrim jgk? tp sy ibrahim lee

Olie Pajutdy berkata...

ibrahim idham ni xpnh dgr pun cerita pasal dia sebelum ni??? dia ni sapa?

Bumi Hijau berkata...

eh! ibrahim idham ni apa mukjizat dia?

Kevin Chong berkata...

ibrahim idham? dia ni nabi ke?

Pangeran Indera berkata...

pelik btol ibraim idham gelak masa jtuh plak?

Mentari Senja berkata...

ibrahim idham ni sapa sebanarnya? jelmaan malaikat ke?

gelora maya berkata...

ibrahim idham? mcm pnh dgr cerita ni masa aku skola pondok dulu...

Golok Buta berkata...

aneh sapa ibrahim idham ni? sbb baru pertama kali dgr pasal dia?

Firdaus Hassan berkata...

kalau zaman skrg? susah nk cari org mcm ibrahim idham ni...

Ambuyak berkata...

ibrahim idaham ni wali allah ke sahabat nabi?

Nik Aziman berkata...

smoga kita dapat mencontohi sifat ibrahim idham jgk...

Nasra Damus berkata...

byk pahala ibrahim idham ni asyik ingat Allah je dia ni...

Razak Abu berkata...

ibrahim idham mmg misteri orgnya....

Puteri Bunian berkata...

susah nak cari org mcm ibrahim idham skrg ni...

Syafiq Amirul berkata...

senang je nak dapat pahala yer...

Si Kecil berkata...

byk info boleh dapat bila berkunjung blog en nuri ni...

Meor Zaki berkata...

Tahniah en nuri kerana byk memberikan info yg menarik utk dikongsi bersama...