Sabtu, 18 September 2010

JANGAN DURHAKA KEPADA GURU




Anak-anak didikku!
jika kamu menuntut ilmu
jauhkan melaku pendurhakaan
kepada ibubapa dan guru kamu
kerana doa mereka membawa berkat.
 
Jika kamu mendurhaka!
kepada kedua ibubapa kamu
syurga bukan lagi calun untukmu
jika durhaka kepada guru kamu
apa yang diajar oleh guru
semuanya akan hilang dan lupa
sepanjang hidup kamu nanti
susah sengsara dan papa kedana
apa yang paling ditakuti sekali
jika matimu tidak  dalam beriman.
 
Ingatlah anak-anak didikku!
orang tua-tua perlulah dihormati
orang muda pula perlulah dikasihi
semoga Allah merahmatkan kamu
baik di dunia atau pun di akhirat nanti.
 
Oleh: Nurimanja,
Kem motovasi SKSS K. Kurau Perak.
catatan 10hb September 2009.
 

45 ulasan:

Geletek Pagi berkata...

JANGAN JADI MUFLIS DI AKHIRAT

Penyakit saman menyaman ini, kita patut sedarlah. di dunia ini
kalau kita menang begembiralah, tetapi kalau tak setimpal dengan
kesalahan seorang itu, di akhirat kita kena bicara sekali lagi
sebagai seorang Islam dihadapan mahkamah agong Allah.

Kalau kalah di akhirat, wang tak penting lagi disana, mereka mahu
pahala kita sebagai ganti. akhir sekali kita jadi muflis diakirat.
bila pahala habis, timbangan jadi berat pada dosa ... akhirnya
kita di humban ke neraka. Nauzubillahiminzalik.

Nama Yang Menang
kalau berani
bubur!bubur!
dewan negeri..

Nama yang kalah
kalau kalah
terima! Terima!
taqdir Allah..

Baik! Baik!
kerja sama
gaduh! gaduh!
buat apa?

Rakyat! Rakyat!
mahu pesan
muak! Muak!
sudah bosan..

Tunggu! Tunggu!
rakyat tentukan
Pengundi! Pengundi!
akan memutuskan

Geletek! Geletek!
kalau tak geli
zikir! zikir!
ingatlah mati..

Lihat zikir U Tube Berita Harian .Orang Perak x ada zikir barat.
cuma ditambah 5 rangkap lagi ... bagi dia geli siki..ha ha ha ..

nurimanja berkata...

INFO AGAMA EMBUN JANTAN MERBAHAYA
___________________________________

Apa itu embun jantan? Ramai orang tidak tahu atau sengaja tidak mahu
ambil tahu, embun jantan turun atas pada pukul 12 tengah malam. dia ini seperti kabus halus dengan kata lain seperti berasap, sejuk dan tajam menyucuk di bubum kepala, kerap kena akan dijankiti selsema.

Embun ini kalau dia jatuh di atas kepala meresap masuk ke dalam bubum, terutama anak muda atau gadis, paling mujarap untuk dia tidak boleh lagi duduk di rumah, dia akan gelisah hendak keluar dan akan melepak dimana sahaja, asalkan kena embun jatan itu.

Oleh sebab itulah Islam mengalakan perempuan bertudung bila keluar malam,apatah lagi mendedah urat itu, haram bukan kepada mohramnya, Kalau siapa takut air tembaga yang panas mengelegak dicurah dari atas bubun kepalanya dan mengalir keluar melalui tapak kaki di akhirat nanti, elok pakailah tudung.

Saudagar Emas berkata...

APA YANG AKU LIHAT?

Kadangkala aku kecewa,
Melihat manusia yang sekarang
berbicara lantang tanpa malu,
Dan kadangkala juga,
Aku cemburu melihat manusia
Yang kadang berkeliaran bebas,
Tanpa setitis pun rasa mahu hancur.
Semusim aku lewati,
Semusim juga aku lalui,
Lantas akhirnya,
Aku tertawa lihat perihal diri,
Yang tak mampu berdiri,
Bagai insan paranormal,
Yang tak mengerti erti hidup lagi.

Saudagar Emas
labuan
sabtu

PENYAIR AGUNG berkata...

AKU TAK PERCAYAKAN MEREKA

Satu pagi ada orang datang
Ada 3 orang membawa hajat
Katanya untuk banci pilihanraya
Katanya melayu sikit pengundi
Bagaimana hendak menang
Mereka ceritakan kepada aku.
Mereka cuba menarik simpati aku.
Mereka canangkan itu.
Mereka hebahkan ini.
Mereka ajak aku masuk ke sana
Mereka bagaikan taksub
Menyuruh aku ke sana
Mereka bagaikan petir menggila.
Cerah kilat memancar bercahaya.
Guruh pula berdentam-dentum.
Tapi aku hairan walau bagai rebut
Tapi sampai sekarang hujan turun.
Seumpama itulah bisikan liar.
Keluar dari mulut mereka.
Tapi jangan harap aku akan percaya
Kerana aku tahu dari blog en nuri
Segala tembelang mereka
Jadi sampaikan salam kepada beliau
Kerana aku tahu sampai bila-bilapun
Di sana hujan tidak turun



PANYAIR AGUNG
APABILA ADA ORANG DEPA DATANG MINTA SIMPATI

Qalam Mutiara berkata...

APA YANG AKU LIHAT? Dari Saudagar Emas. Penceritaannya tentan alam gelagat manusia yang tidak punya malu atau peradapan manusia yang bertamadun lagidengan cara pergaulan bebas , bercakap sesuka hati, langsung tidak rasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan, seolah-olah kehidupan ini tiada mati, tiada perundangan , raja memerentah, agama atau ketuhanan. Lalu mereka berani lakukan sesuka hati seperti orang gila yang tidak siuman lagi. Begitulah pengucapan dari Saudagar Emas daripada apa yang dilahatnya kehidupan manusia dini hari. Mungkin juga ahli politik gelagat anakmuda atau penagih dadah yang tak siumanan lagi, Cuma andaian Terima kasih.

Qalam Mutiara berkata...

AKU TAK PERCYA MEREKA Sinopsis dari penyair Agong, Pengucapan yang tegas, inilah cerita yang kita dengar putar belit sentiasa berjalan untuk meraih rasa sempati, tapi sayang masih ramai yang tidak sedar malah terus bersubahat dengan tektik kotor memperdaya pengundi baru . jadi tidak hairan jika memang pun tidak lama, mereka akan berundur. Kenapa dia tidak bertanding pemilihan pencalunan ?ini pun tektik juga mencari sempati bercadang ingin jadi PM. Untuk menghendarkan Dari kecelaruan minda, tanamlah cogangkata ataupun katakunci DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN. Terima kasih Panyair Agong.

Nuri Jaguh berkata...

btol apa yang dikatakan dalam sajak en nuri.. sedih sbb murid suda kurang ajar

Pak Ngah But berkata...

bdk2 zaman skrg bukan boleh ditegur nnt dorg melawan...

Busur Berduri berkata...

aku pnh jgk menegur bdk2 ponteng ni dorg ugut nak belasah aku plak! kurang ajr!

Atuk berkata...

bdk2 zaman skrg mana ada sama dgn zaman dulu...

Petualang Tiga berkata...

budak2 zaman skrg mmg teruk! xthu nk salahkan sapa?

Ustaz Mjusi berkata...

bdk2 zaman skrg kena tgur elok2 klu kasar teguran kita kasarlah tindakan mereka...

Puteri Bunian berkata...

supaya sajak en nuri ni dpt memberi kesedaran kpd bdk2 zaman skrg...

Diana Sanubari berkata...

bdk2 zaman skrg terok2 btol! tu lah org kata dunia akhir zaman....

Mega Sutera berkata...

menarik sajak en nuri ni sbb ramai skrg bdk2 menderhaka!

Panglima Ketot berkata...

harap2 aku xde derhaka dgn cikgu mana2... hehehe

Razak Abu berkata...

bdk2 zaman skrg ni xthulah dorg pengaruh sapa?

Comel berkata...

tahniah en nuri! sajak yg menarik!

Haris berkata...

harap2 sajak ni dpt jd panduan utk murid akan dtg,,,,

Jimba berkata...

sajak yg lain dari yg lain syabas!

Ibrahim Lee berkata...

jauh bezanya murid dulu dgn skrg! dorg pengaruh arus budaya ni...

dam catur berkata...

bdk2 zaman skrg byk terpegaruh dgn media masa sbb tu truk sgt dorg ni!

Mr Casanova berkata...

eh! embun jantan ke betina xde ke? hehehe

Budak Rap berkata...

embun pun ada jantina ke? wah!

Firdaus Hassan berkata...

mana en nuri tu pasal embun jantan ni?

Bulan Terang berkata...

embun jantan plak? byk info en nuri ada....

Karim Ghani berkata...

oih... patutla... ramai bdk2 ska kluar malam sbb embun jantan la...

Sudin Ramlee berkata...

ni bru sy thu pasal embun jantan klu x dulu xthu sgt....

Seri Suri berkata...

alamak! kena nasihat adik aku ni nnt takut terkena embun jantan plak?

Jamburi Yusofo berkata...

bhaya jgk embun jantan ni klu kena asyik nk kluar jer?

Penyajak istana berkata...

embun jantan ni datang dari mana? langit ker?

Golok Buta berkata...

ada penawar x bagi org dah kena embun jantan ni????

Guest berkata...

harap2 aku xkena embun jantan walaupun aku slalu kluar malam

Mentari Senja berkata...

embun jantan ni mmg dia suka masuk dalam kepala org ke?

Nurul Husna berkata...

ni bru pertama kali dgr pasal embun jantan ni...

Mona berkata...

bahaya klu org x ska pakai tudung kena embun ni....

Puteri Asiyah berkata...

embun jantan ni dia pilih org ke? atau dia jatuh je kat sapa2????

Sarah berkata...

lps ni kena mula pakai tudunglah nampaknya....

Nahul Hidzar berkata...

eh! cerita geletek pagi ni mcm dah baca jer.....

Hantu Gigi berkata...

hebat jgk geletek pagi buat pantun? hahahahaha

Pak Awang berkata...

setahu aku pendek je dikir barat dia geletek pagi sambung lagi ker???

Bumi Hijau berkata...

hahahaha kretif la gelelek pagi ni siap sambung lagi! hahahahhaa

Jengking Perak berkata...

mara penyokong pembangkang kalau baca cerita geletek pagi ni??? haahhahaa

gelora maya berkata...

cerita pasal geletek pagi ni kenapa aku rasa mcm penh baca jer...

Bintang Kejora berkata...

eh! aku tgk video tu pendek je sekali geletek pagi panjang plak? haahahaa