Khamis, 23 September 2010

KHABAR FASIK



Bila kamu dengar
jangan terus terima
bulat-bulat masuk kepala,
satu berita tidak syaheh
dan belum tentu akan benar
jika tiada mempunyai faktanya.

Sebelum kita berucap,
pujilah Allah terlebih dulu
dan disusuli pula kepada nabi,
barulah kata kemudian daripa ini.

Itulah sebaik adap,
bila kita hendak berucap
kerana ilham daripada Allah
semuanya benar dan syaheh belaka.

Mengapa kita mengaku?
semua ucapan dari dirisendiri
mempunyai pendapat hebat,
sebenarnya satu sifat keriakkan
yang diilhamkan oleh si iblis
agar kamu melupai akan segala.


Oleh: Nurimanja,
kira jam lapan malam
bertarikh 21 september 2010.
allah tidak akan redha orang fasik dan munafik






50 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 7 BERTAJUK : TAHANA OLEH:NURIMANJA PULAU PINANG.
_____________________________________________________________________

Isteri Jiman telah lama berhenti kerja sejak dia menjadi isteri jiman untuk memberi tumpuan sepenuh masa sebagai suri rumah sepenuh masa. Diketika itu jugalah isteri Jiman mengambil aleh semua kuasa dalam rumah itu menjadikan ibu Jiman jauh hati.

Ibunya sendiri telah pun meninggalkan rumahnya, akibat satu pertengkaran dengan isterinya, Jiman sendiri telah menyebelahi isteri tersayangnya itu. Ibunya benar-benar rasa kecewa, dengan lenangan air mata dia rela pergi meninggalkan anak Jiman yang diangap sebagai buah hati pengarang jantungnya selama ini.

Ibunya pergi meninggalkan pekan kota lama dengan hati yang pedeh , sedeh dan pilu membawa sekeping hati yang luka parah, remuk redam angkara Jiman yang lebih banyak membela dan menyebelahi isterinya dari menjaga hati ibunya sendiri.

Kerana tidak tertahan menanggung segala beban derita tahana yang Jiman dan isterinya lakukan , Ibunya membawa diri pulang ke desa terpencil di tanah seberang. Tempat asal usul datuk neneknya tinggal dahulu.

Tidak lama beberapa tahun kemudian Jiman mendengar berita dari rakan ibunya yang sama bekerja sebagai tukang sapu di majlis penbandaran kota lama. Ibunya telah pun meninggal dunia akibat makan hati dan sedeh dengan tahana yang dilakukan Jiman dan isterin ke atas diriya.

Disinilah Jiman mulai sedar dan rasa bersalah terhadap ibunya, dia mula menghitung akan dosa-dosanya selama ini ke atas ibunya. Malah musibah demi musibah telah mulai dirasainya datang sileh berganti

Selepas sebulan Jiman menerima pula berita yang mengemparkan dia diberhentikan kerja 24 jam kerana melakukan pecah amanah melibatkan wang syarikat yang tidak dapat dilansaikan.

Sebahagian daripada harta bendanya terpaksa dilelong untuk dia membayar kembali wang syarikat sebanyak ratusan ribu ringgit yang telah digunakan itu, untuk mengelak dirinya daripada merengkok di dalam penjara.

Dengan nama yang tercemar, Jiman kecewa untuk memohon mendapat sebarang pekerjaan baru. Akhirnya segala harta bendanya habis di jual untuk menampung sara hidup sehariannya.

Malah rumah dan kereta besarnya juga telah ditarik balik oleh syarikat dan tuan-tuan punya yang telah mengeluarkan arahan sama ada ingin pulangkan semula ataupun disaman untuk dibicarakan
dimahkamah.

Jiman dan isterinya terpaksa akur dengan kehendak majikannya dan terpaksa mengosongkan rumahnya dan berpindah ke rumah murah kecil yang disewanya di pinggir bandar kota lama itu.

BERSAMBUNG.

ANJ berkata...

KISAH ATUK EN NURI DULU KALA ZAMAN SEBELUM PERANG DAN MERDEKA. CUMA DENGAR CERITA SAJA

Anak dia cuma seorang perempuan saja, iaitu ibu kepada en nuri, kini telah pun kembali kepakuan illahi .
Amat cukup jauh berbeza di antara ibu en nuri dengan atuknya seorang yang sangat pandai mengoda lelaki.
ustaz dan tuk khadi luruh serba sama sekali, serah segala apa yang ada , asal dapat khawin dengan janda muda
Yah yang cantek lawa. tidak dapat tengok orang tenguk bumbung rumah pun tidak mengapa, cukup lega.

kini, walaupun hartanya banyak , tanah rumah , dusun dan kebun, en nuri tidak pernah ambil satu sen hasilnya,
kini mungkin puluhan ribu nilainya, namun ada nama waris ibu en nuri, tapi keluarga tidak mahu ambil perduli.
walaupun en nuri cucu pewarisnya, tetapi semuanya habis dikerjakan oleh adik abang dan anak-anak saudara
atuk Yah semuanya. Sebenarnya mereka tahu, hukum hakamnya, tetapi mereka saja buat tak tahu, alasan mereka,
kami yang jaga aruah Hajah Yah mak menakan kami dahulu.

Cerita ini tidak sepatutnya untuk diceritakan, tetapi ada hikmat dan pengajarannya. untuk panduan buat mereka yang masih hidup dan menyedut udara di bumi tuhan ini. Kesumbongan dan keangkuhan akan musnah dan semuanya tidak abadi, cuma amal ibadat yang kita lakukan kekal bersama kita untuk kembali mengadap ke pangkuan Ilahi , Amin.

SEKIAN.

Pak Bostamam berkata...

IRAMA DESA

aku rindu pada decitan kedidi
kokokan si jantan
siulan murai dan teriakan cengkerik
itulah irama damai desaku
cerah tanah aku berlari-lari
di padang embun rumput kemuncup
semalu mengekekhilai tawa cerita

terik mentari bahang hangat terasa
dingin air mengalir jernih
anak seluan culas berenang
di situlah tempat aku bermain
segaris senja melarik redup
membingit sepi getah dan guli
tin dan bola bermain
tak henti bagaikan sebati

malam memeluk siang
aku dipeluk gundah
waktu bagai terhenti berlari
saat aku menanti pagi
meronta sendiri
ingin bermain lagi


Pak Bostamam
kedah
10malam

Datok Borhan berkata...

MASJID NABAWI

Seketika di Masjid Nabawi,
Angin menyapa hembusan dingin
Tenang rasanya membaca doa
Dibawah kubah yang begitu indah
Dihiasi lampu-lampu cukup menawan
Cukup menenangkan jiwa penghuninya

Seketika di Masjid Nabawi,
Entah kenapa kedengaran
Ada sedikit keriuhan di luar sana
Ku tinjau lewat pintu 29
Satu keajaiban telah berlaku
Hujan batu menuruni Kota Madinah
Jatuh bagai guli-guli putih kecil
Menutupi marmar jalanraya sekitar.

Seketika di Masjid Nabawi,
Aku insan kerdil
Pertama kali melihat keajaiban
Bagaikan rahmat penguat semangat
Bagaikan nikmat peneguh ibadat
Maha suci Allah seru sekelian alam


Datok Borhan
2ptg

Qalam Mutiara berkata...

Menyedut kembali ingatan lama yang pernah bermain didenyut hati tentang citralama IRAMA DESA tajuk sajak Pak Bostamam dari kedah. Sinopsis menarik pengucapan orang lama yangberpengalaman.boleh mencabar kewibawaan anak muda yang ingin berjinak dengan dunia kepuisian. Syabas! Pak Bostaman memberi satu dorongan buat ahli sahabat CR di blog ini.Amin.

Sesiapa pun antara kita bila berada dilengkaran senja, sesekali memori lama sering tersingkap kembali, mimpi waktu kecil masih berulang , tempat jatuh lagi dikenang apa tah lagi tempat bermain.keindahan kota tidak sama berbeza dengan keindahan sebuah desa yang wujud dengan cara semula jadinya. Kicauan beburung dan ungas lain mendendangkan sebuah irama menghidupkan sebuah desa. Begitulah Pak Bostamam bagai mahu mengkhabarkan tentang ketenangan irama desa yang pernah dialaminya sewaktu kecil dahulu. Terima kasih.

Qalam Mutiara berkata...

Datok Barhan cuba menyingkap kembali cerita beliau sewaktu berada di masjid nabawi di madinah,untuk kita kongsi bersama, agar kerinduan kepada junjungan kita nabi Muhamad saw tidak pernah luput dalam ingatan. Amin.

Bukan semua orang yang terpilih dan dapat menjadi tetamu Allah boleht melawat baidullah al haram, kemudian menziarahi pula makam rasul, mengunjungi masjid nabi. Adalah satu cerita yang menarik, sering menghidupkan kembali ingatan. Allah huakbar! Di sinilah nilai iman akan diuji, jika ada rasa kekerdilan diri, ini sudah jelas menunjukkan ada kezuhudan di hati dan mengakui ke agongan Allah swt. Amin…

Ungku Zubir berkata...

tu la dia buat mak dia merana sgt!

Olie Pajutdy berkata...

ni la namanya pembalasan! skrg padan muka jiman!

Atan Yahoo berkata...

dulu dia buat kat mak dia skrg dia plak yg kena...

Nuri Jaguh berkata...

tu la jiman buat kat mak dia lagi tuhan nak balas sekejab je

Tetamu Malam berkata...

msti doa mak dia jiman jd mcm ni...

Hantu Katek berkata...

cerita en nuri ni kalau buat drama msti best ni...

Ali Conan berkata...

menarik cerita jiman ni pnuh pengajaran...

Brader Joe berkata...

mmg pengajaran cerita ni kalau buat jahat mmg di balas jahat la...

Lelangit Biru berkata...

padan muka jiman! menderhaka kat mak dia lagi...

Wasiril Azmi berkata...

mmg bahana doa ibu ni jiman jd mcm ni

Saizul Maizav berkata...

patutlah tjuk dia tahana rupanya jiman yg buat tahana...

Seri Suri berkata...

sian mak dia sampai mati dia xjmpa minta maaf...

Taib berkata...

bini dia apa jd plak? mati ke bercerai?

Abul Hassan berkata...

msti lps dia papa kedana bini dia plak tinggalkan dia ni...

Madah Pujangga berkata...

patutlah dia marah bila budin sebut pasal kota lama...

Jiman berkata...

aduh! harap2 sy x jd mcm jiman dalam cerita ni...

Qatary berkata...

tu la bahaya doa ibu kan jiman dah merana ni...

Petualang Tiga berkata...

bini dia plak apa jd? bunuh diri ke?

Julia berkata...

apalah jd kat bini dia plak? x sabar nk thu?

Tengku Anita berkata...

mak dia dah meninggal? bapak dia mana plak?

Mozaire berkata...

wah! msti nenek en nuri ni ada ilmu penunduk lelaki ni... hehhehe

Panah Arjuna berkata...

eh! byk lagi tergoda dgn dia! hebat!

Haji Khali berkata...

mana ANJ thu pasal nenek en nuri ni?

Pak Ngah But berkata...

eh! dia ada anak 1 je walaupun kwin sampai 3?

Ustaz Sahzan berkata...

cerita nenek en nuri ni tahun bila ni? 50an ke?

Abu Hanifah berkata...

nama nenek en nuri ni nama apa?

Mat Noh berkata...

tamak jgk sedara mara en nuri mcm cerita 3 abdul plak?

Bob Kuli berkata...

en nuri teraniaya kenapa x tuntut balik? mcm x adil jer...

Puteri Bunian berkata...

nenek en nuri ni meninggal masa umor brapa?

Sudin Ramlee berkata...

kenapa en nuri xdapat apa plak? x adil ni..

Malik Wariya berkata...

eh! mana boleh x adil ni! en nuri xdpt apa!

Angker 13 berkata...

nenek en nuri ni org kaya ker?

Emmy Olia berkata...

eh! nenek en nuri ni jutawan kat kmpung ker?

Orang Lama berkata...

cerita pasal nenek en nuri ni ANJ dapat dari en nuri ke atau nenek en nuri sendiri?

Bos Kacak berkata...

sajak agak kurang paham sikit la...

Pak Cik berkata...

menarik jgk sajak ketuhanan ni...

Nur Baiyah berkata...

menarik jgk sajak fasik ni....

Asrafal berkata...

sajak cerita xde dah ke? best sajak2 berunsur cerita...

Guest berkata...

sajak mcm pnh baca je sajak lama ke ni?

Capricorn berkata...

alamak! en nuri skrg byk letak sajak2 lama plak?

Qalam Mutiara berkata...

dua buah sajak yang dikirimkan ke blog CR ini agak hebat dari orang
lama yang berpengalaman. semoga kita semua dapat mengambil contoh dan tauladan.

ANJ berkata...

Biasanya setiap sabtu dan ahad kami letak sajak lagenda yang pernah di terbitkan kemudian terdelik, hampir
260 ke 270 hilang, kami cari kembali.
untuk tatapan ahli baru.

setidaknya sajak wargakerja blog CR
yang masih belum diterbitkan. siapa
agaknya ya! Tunggu saja mungkin kerabat terdekat en nuri.

Guest door berkata...

Adakah anda telah menemui TAHANA
dalam cerpen ini?

Siapa yang buat tahana dan siapa pula yang kena tahana?

Bagaimana kesudahannya ikutilah
siri seterusnya.

Geletek pagi berkata...

sebenarnya en nuri terlalu sedih bila mengenagkan kisah atuknya ini.
bagai kurang pendidikan agama pula.

Mana tak nya? waktu ibu en nuri
tapak kaki besar dua jari, atuknya
masukkan ibu en nuri dalam lesung
tumbuk padi. tinggal nak hayung
anak lesung saja lagi, ada orang
tolong sabar, kalau tak en nuri
pun x boleh tengok bulan dan juga matahari.