Ahad, 12 September 2010

PERJALANAN DAN PENANTIAN




-buat anak muda punya biasa-

Perjalanan dan penantian
Masih menjadi tekateki
Dan pertanyaan.

Penantianku,
adalah satu penyiksaan
dan kegelisahan

Perjalanan,
Masih lagi jauhkah
Dan masih terus betanya,

Penantian.
Mestikah selamananya aku begini
Dan masih terus bertanya.

Perjalanan dan penantian,
Keduanya kegelisahan dan penyiksaan
Yang sering menjadi tekateki,dalam diri
Dan masih menjadi petanyaan dan kegelisahan.

 Oleh; Mawar Putih,
Hujung Pulau Sepi,
Gertak Sanggul, Pulau Muiara.
Awal tahun 2008.

32 ulasan:

nurimanja berkata...

KISAH MESTRI siri3. BERTAJUK MATI TIGA KALI OLEH: NURIMANJA

Walaupun empat anaknya yang bawah daripada yang sulung telah meninggal dunia, hanya tinggal cucu saja lagi menjaga nya bila anaknya yang sulung selalu sakit kencing manis dan darah tinggi. Sewaktu itu cucunya anak daripada anaknya yang sulung mengelolakan mayat tuk ayah dengan menjemput AJk kampung dan masjid.

Setelah orang ramai pun datang menziarahinya,setelah dimandikan dan dikapan sebelum mereka sembanyangkan mayat itu mereka bercadang untuk di bawa ke masjid. Dalam perjalanan mayat tuk ayah di dalam keranda itu diusung oleh orang ramai dan cucunya, mereka terasa bagai ada benda yang sedang bergerak-gerak di dalam keranda, tetapi tidak pula dihiraukan juga oleh mengusung mayat.

Dua tiga orang cucunya yang masih cerita atuk ayah mereka managis sedih akan kematiannya. Tiba-tiba belum pun sampai ke masjid untuk di sembayangkan, papan penutup keranda telah terbang, orang ramai pun terkejut ,semuanya bertempiran lari, mereka menyangkakan hati mayat tuk ayah bangun dari kerada , ada pula mengatakan tuk ayah ada ilmu hitam dan berbagai lagi.Nasib baiklah mengusung kerana itu meletaknya keranda itu ke atas
tanah di tepi parit, sebab takut melarikan diri. kalau dihumbannya dalam parit seksa tuk ayah.

nurimanja berkata...

PEMINTA SEDEKAH DENGAN DUA ORANG USTAZ MUDA ( SIRI 1 )


Dua orang ustaz muda minum di kedai kopi , mereka baru saja lepas mendengar ceramah kuliah
subuh daripada ustaz saizul miva tentang keikhlasan hati, apa saja yang dibuat kerana Allah swt.
Bagaimana seorang habib menderma kerana Allah swt, tiap kali dia diminta oleh peminta sedekah
dia akan memberinya; kerana dia teringat sifat nabi yang tidak pernah menghampakan.

Pada satu hari datang seorang perempuan jalang minta sedekah kepadanya diberi, esok datng
pula peminta sedekah orang kaya berlagak miskin diberinya juga, lusa datang pula seorang lagi
peminta sedekah terkenal kaki penipu dan pencuri, diberinya juga, sambil berdoa kepada mereka
bertiga. dengan hati yang ikhlas, ketiga-tiga hambalah ini diberi taufik dan hidayah oleh Allah dan
mereka menjadi baik dan kembali kejalan yang diredhai Allah swt.

BERSAMBUNG.

Eddy Capil berkata...

KENAPA BEGITU

aku punya mata untuk melihat
aku yakin akal dberi untuk berfikir
bisa mentafsir memandang orang
kadang aku yakin yang aku benar..
aku memikir guru itu bukan dewa
selalu benar murid itu bukan kerbau
mahukan saja dan ditarik hidungnya
tapi aku sedar ykita tak mengaut
semuanya menjaring di sungai
ada sesuatu yang perlu kita gali..
aku juga mengerti kita punya cara
gaya beza dan itulah kita tercipta
sama antara kita yang nyata..
bukan berpecah belah..


Eddy Capil
Sarikei
11mlm

Atikah Johan berkata...

BENCI SITUASI INI

Bencinya aku pada situasi,
Menghakis diri sedalam ini,
Semakin kucuba semakin kecewa,
Terlerai tujuan semakin merempan,
Ternyata aku gagal atasi diri,
Cukuplah sudah biarku tenang,
Cukuplah sudah beriku aman,
Aku makin lemah dalam jiwa lesu,
Mungkin lebih bicara buatku layu,
Biarkan saja masa terus berlalu.


Atikah Johan
Mentakab
12malam

Qalam Mutiara berkata...

Sebenarnya en nuri biasa tinggal di Sarikei hamper lima tahun , tidak hairanlah en nuri boleh juga cakap melayu melanau dan sadikit melayu serawak dan iban. Itu tak penting baginya, yang menarik kita dapat menoroka setiap budaya dan adapt resam sesuatu kaum di negara ini untuk menghidupkan budaya 1 Malaysia.

Sajak bertajuk KENAPA BEGITU? Sepatutnya ada tanda tanya. Sajak berbentu persoalan oleh sdra Eddy Capil; Sajak membicarakan tentang hati dan kemanusian yang kekadang ada kerangusan yang amat ketara dan berbeza. Tetapi pada am nya kita sama. Seperti anak nelayan yang menjaring ikan di sungai, tidak semestinya kita mengaut semua, tiap orang ada cara dan citarasa yang berbeza. Soalnya kita sesama mencari rezeki tuhan di muka bumi ini, mengapa mesti mahu berpecah belah? Terokai
Dan galilah apa saja yang anda mahu. Tetapi perlulah mengikut peraturan dan undang-undang yang ada, kerana kita mahukan keamanan. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Saya diminta en nuri mengulas cuma dari segi maksud isi yang tersurat dan tersirat atau lebih tepat penceritaan yang ingin disampaikan oleh penulis dari rasa denyutnadi apa yang dirasa dan diamati diilhamkan olehpancaindera si penulis. Setelah dirakam lalu jadilah sebuah puisi ciptaanya tersendiri. ( Pengulas sekadar boleh buat andaian sahaja.Tidak semestinya benar dan tepat) sajak yang baik meningbulkan berbagai rasa andaian yang berbeza buat pembaca. amin

Sajak bertajuk: BENCI SITUASI INI oleh Atikah Johan menyentuh tentang apa yang sedang di alaminya, mungkin keadaan dini hari. Di sini sebagai andaian sahaja mungkin kerana situasi kecewa dan benci apabila diri terlibat dengan keadaan itu, akhirnya bila keadaan itu tidak menyenangkan lalu dibiarkan saja situasi itu berlalu, penulis ingin kembali kepada keadaan asal atau biasa , tenang, aman, kerana letih melayan situasi begini. Biarkan keadaan atau situasi itu berlalu. Semoga ada mendapat kembali situasi seperti biasa . Amin.

Mawar Harum berkata...

kenapa sajak mawar putih pun en nuri letak jgk?

Kembara Budiman berkata...

sajak ni ke yg mawar putih cipta utk kita tu?

Geletek Malam berkata...

eh! mawar putih pun perkerja en nuri ker?

Guest berkata...

eh! en nuri tersilap ke sampai sajak mawar putih pun en nuri siar jgk...

Ali Conan berkata...

3 kali mati cerita benar ke ni?

Ezad Emir berkata...

cucu pun mati dia masih hidup lagi!

Panglima Ketot berkata...

kenapa dia x mati2 lagi?? pelik

Jalil Rafzee berkata...

liat nyawa dia ni... aneh btol..

Danial berkata...

rasanya dia makan herba byk kot sbb tu susah nk mati...

Olie Pajutdy berkata...

ni msti kes kat indon sbb org indon byk ilmu...

Sarah berkata...

agaknya yang mati 3 kali tu hantu raya dia kot?

Nas Hayah berkata...

dia mmg pengamal ilmu hitam ni...

Wasiril Azmi berkata...

dia pakai susuk kot? sbb tu susan nak mati...

Sudin Ramlee berkata...

eh! masih hidup sampai 3 keturunan! wow!

Brader Joe berkata...

aneh btol dia ni... dia makan apa sampai umor panjang sgt ni,...

Halilintar berkata...

cucu dia pun mati dia hidup lagi! hebat!

Ibrahim Lee berkata...

eh! bgus ustaz tu sedekah x mengira perwatakan dorg...

Ali Omar berkata...

prg mcm nilah bgus sedekah tanpa mengira pangkat dan darjat....

Qalam Musofa berkata...

malu plak kt ustaz tu klu aku berkira jgk nk sedekah2 ni..

Supain Sipaun berkata...

eh! pemurah btol hati ustaz tu....

Ustaz Majusi berkata...

kalau bab sedekah ni aku x bagi sgt x berani sbb skrg byk menipu...

Ustaz Sahzan berkata...

bgus ustaz saizul ni sedekah dgn niat dorg supaya insaf...

Lelangit Biru berkata...

dia sedekah berapa ringgit kt peminta sedekah tu...

Angker 13 berkata...

ape2pun kita kena contohi sifat ustaz saizul ni..

Ambuyak berkata...

cerita yg bermanfaat utk kita semua kisah ustaz ni...

Man Pendek berkata...

duit byk jgk duit ustaz tu sampai 3 kali sedekah..