Memaparkan catatan dengan label satu kedhaifan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label satu kedhaifan. Papar semua catatan

Rabu, 1 September 2010

KITA YANG TUA INI



Aku pun mengerti,
bila sudah tua begini
keletihan acap kali terjadi
bukan kira puasa atau tidak
sebenarnya begitulah bila sudah tua.
Dalam bulan puasa,
keletehan bagai bergayut
dimana-mana sahaja aku berada
sepanjang hari dan waktu aku diburu
kedhaifan yang telah longgar segalanya.
Aku yang sudah tua,
berdiri pun bagai anak kecil
cari penahan dinding atau kerusi
untuk bangun setiap kali untuk berdiri
bukan kerana puasa ataupun  tidak puasa
sememangannya begitulah keadaanya aku rasa.

Oleh: Nurimanja,
Jalan ke Getak Sangul,
Pulau Pinang, 29h Ogos 2010.