Khamis, 1 Disember 2011

ANAK KECIL BERMBUT PAJANG





Di blok 1 aku lihat
ada anak kecil berambut panjang
persis bagaikan geladangan terbuang
tidur sebarangan di bangku panjang
di  bawah pokok di pingger jalanan
biasa terbiar keseorangan anak siapa ini gerangan?
Ini pasti akibat kerisis rumah tangga
setelah ibu gila meroyan abang kakak ke rumah kebajikan
bila ayah pergi bekerja ibu pula di hospital gila
anak kecil berambut panjang
pastinya terbiar tidak dapat penjagaan…

 
Oleh; Nurimanja,
Penghuni Bandar Baru Telok Kembar, 
Taikh; 21hb. November, 2011.



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

HALIMUNAN (1)

Walaupun aku selalu disini
tapi hanya dipayungi pelangi kelam
beriringan sisa deras hujan semalam
terasa jiwa raga tidak cukup menampung
dan jantung pun enggan berdegup
kerana telingaku ini telah lama tuli
hati juga telah lama membengkak
namun aku terpaksa mengukir senyum
seolah semua tidak ada apa-apa
kini tubuhku bagai terbelit akar di hutan
susah dan payah untuk melontarkan suara
cuma sedikit pintaku kepada kalian
agar bila kalian melihat kehadiranku
jangan anggapku sekadar halimunan jadian.

Oleh: Ustaz Rahman
sajak kekecewaan/1 Disember 2011 4:52 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN KE AHKIR PEMENANG BULANAN 2011


Sdra Ustaz Rahman dengan sajak bersirinya tema kekecewaan , kali ini bertajuk: HALIMUNAN.
Pengucapannya menarik setelah diberi sedikit pembetulan, apa pun isinya tidak lari. Penceritaannya bagaikan diperkecilkan oleh situasi penghuni disekelilinginya, rasa kekecewaan ini di lontarkan bila orang sebelah akan mengunakan pengaruh dan kuncu-kuncunya menguasai AJK surau dan masjid anda pastinya terpinger. Dibelit keresahan tomah dan cerca, mana hati tidak membengkak, senyum diukir sekadar menyapa. Tetapi di hati mereka ada agenda ingin berkuasa. Dimanakah ketelusan rumah ibadat jika dijadikan gelangang politik. Kehadiran kita pro pemerentah akan diangap bagaikan halianan jadian di malam hari. Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan anda layak tempat yang pertama (1)

Tinta Azimad berkata...

LANTAI MASIH BASAH ( 2)

ini baru saja terjadi
tapak sepatu masih menempel
pekat di lantai yang basah
konon ini sepatu tak bertuan
sepasang kaki menari nari
memecah sunyi dilantai yang basah
terpeleset tersandung terpelanting
tak bertuan langkah sepasang sandal
berbahan kenyal berwarna pelangi
kali ini selip di lantai basah
kita akui sapuan kain melenyapkan
bersihkan segala yang menempel
di lantai yang masih basah

Oleh: Mr Tan
sajak simbolik sy pun tak pasti psl apa?/1 Disember 2011 4:54 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN KE AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Mr Tan masih dengan Pak Kiyai Abdul Prayogo yang menyubang sajaknya sehing kepusingan akhir. Kali ini bertajuk LANTAI MASIH BASAH. Pengucapannya menarik ketelitian menyusun dan mengolah ungapan.Tema cerita simbolik tidak dinyatakan sadikit penerangan. Penceritaanyamungkin ada kaitan dengan kerja rutin hariannya. Apa yang menjadi tanda tanya tapak sepatu siapa yang baru masuk mengotori rumah ibadat yang nampak lantainya masih basah ? Simbolik pada penceritaanya , begitulah bagi sebuah negara jika ada tokoh yang cuba memasukkan soal agama dalam soal kepentingan politik dirinya lalu dihalalkan cara.Tetapi setakat ini masih boleh dimaafkan, walau pun sudah ada orang yang mencerca bangsa dan agamanya sendiri. Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan anda layak diberi tempat yang ke dua (2)

Tinta Azimad berkata...

SINAR KELAM ( 3)

Aku bagai sinar melimpah
jadi pujaan tapi
tak seindah dongengan
tak elok paras tidak sempurna
tapi sempurnanya mentari
gigitannya hangat
terik bahangnya membakar
sinarku lembut tanpa rasa
hadir ia sekadar menyapa
di sini terkadang penuh purnama
terkadang separuh cuma
tak seperti mentari bulat membara
bintang salam persaudaraan
hanya menumpang di sini
sama berbakti sama menghiasi
di ruang langit kelam yang terbuka ini

Oleh: Ravi Ramachandran
sajak Simbolik percubaan sebab selama ni tak pernah lagi buat sajak politik saja nek mencuba harap2 qalam dpt paham/1 Disember 2011 4:36 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ravi Ramachandran dengan tema politik buat percubaan pertama kalinya walaupun sibuk dengan kerja dikuil. Kali ini bertajuk: SINAR KELAM. Pengucapannya agak biasa saja Cuma mesejnya yang menarik, Penceritaan simbolik pada politik tanah air . pada penulis dia telah pun melihat di antara mentari, bulan penuh dan setengah serta roket. Semuanya bagaikan penghias di ruang langit, tetapi tidak sehebat mentari yang berkuasa memenuhi citarasa bersama kehadiran bintang –bintang yang datang memberi salam walaupun di dalam sinar yang kelam . Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan anda cuma layak diberi tempat yang ke tiga (3)

Tinta Azimad berkata...

API MATAHARI (4)

hidup ini umpama nyalaan api
kita terbakar dalam menyepi
tanpa sayup jeritan matahari
semuanya buntu mati dengan sendiri
bukan kerana lemah dan buta mata
cuma terleka buat seketika
cubalah menonggak ke langit!
tapi kenyataannya sama saja.
tatkala dunia berwarna warni!
aku bingkas bangun melihat
tidak mahu bermimpi lagi,
sepi itu buat aku mati!
setiap kali setiap detik
dunia bagai berpusing pelik
tapi manusia sama sahaja,
hanya beza akal dan jiwa

Oleh: Penyair Agung
sajak tentang kehidupan manusia dan akal/1 Disember 2011 4:31 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Penyair Agung tema kehidupan alam jagat manusia kali ini bertajuk: API MATAHARI.
Pengucapan bersahaja.ayat dan penyusunannya perlu diperbetulkan lagi agar lebih matap dan berkesan uangapannya.Ini mungkin pengolahan dalam kekalutan tidak diperam dahulu sebelum dihidangkan. seperti tapai yang belum masak.Penceritaannya masih sajak siri bersambung, cuma bukan peribadi, tetapi ada berbau politik juga. .Sememangnya selama ini kita diam, senyum dan bisu, bukan buta, cuma membuta, tidak ambil pusing. Tetapi pihak sebelah yang lebih bersuara mempergunakan keadaayang dibebaskan.Hari ini sepatutnyalah kita menyerang biar sampai ke tulang hitam, kewrana keadaan telah berbeza diantara akal dan jiwa rangmuda. Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan anda cuma layak diberi tempat yang ke empat (4)

Tinta Azimad berkata...

ATAS KUASA (5)

Berusaha dekat sampai pada alunan
selalu beri kesegaran segalanya
terasa merengkuh berkuasa diatas
Bahkan setelah ia mengetahui erti kebebasan
terlalu menyedihkan sendirinya
menyakitkan pada amarahnya
Kenyataan terkadang sangatlah jelas
bagai mencari dalam kegelapan
ada dua keberadaan hijau dan biru
cerita mereka selalu mengisi dunia
kisah mereka tak ada lembaran baru
hanya mengulang kejadian sama
janji semata perpaduan membunuh
jiwa seakan jadi sebuah kebebasan
utarakan perasaan jatuhkan air mata
cuba berdalih alasan jadi perisai
Kebohongan menyelamatkan kadang menghancurkan?
Tak sanggup menilai segala sesuatu
Ketika segalanya menjadi sulit
mereka hanya diam terpaku

Oleh: Raja Muda
sajak dari baginda dan nenenda kata mereka berdua sajak tentang politik semasa kata mereka menang atau tak tak kisah tp mereka merasa berbangga qalam ulas sajak2 baginda selama ni buat mereka terharu.../1 Disember 2011 4:41 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN KE AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Raja Muda bersama dengan baginda dan nenendanya kali ini sajaknya yang bertajuk ATAS KUASA. Pengucapannya agak lompat ungapannya. Walau pun skop penceritaanya Nampak luas,tetapi telah dikelirukan oleh untaian kata yang menjela, jika dapat di pendek dan dipadatkan
pastinya menjadi puisi yang mengancam Jika kena dengan daya olahannya. Apa pun mungkin kesuntukan masa, sebuah puii yang baik bias diimpan dan diba berulang kali dan dicari dimana kelemahannya, seperti apai yang diperam masak pati manis dan enak rasanya.. Apa pun keseluran puisi kali ini ternyata mesejnya berbau politik . Raja muda dan keluarganya juga merasai tempiasnya gendang perang politik tanah air yang kian tenat dan mengelirukan. Apa pun sebagai penaung tuanku hanya boleh memerhati luar gelagat manusia yang kebanyakannya mabuk kuasa di atas kuasa. Tetapi kita perlu awasi agar jangan mereka sampai melanggar gelanggang institusi di raja Negara ini. Amin. Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan raja muda cuma layak diberi tempat yang ke lima (5)

Tinta Azimad berkata...

KEHILANGAN WAJAH (6)

saat mula bicara jiwa di atas para
berpentas nyata berkocak lara
bersoal mudah menjawab lama.
kemana saja ia berkelana nanti?
pulanglah sebelum kering pena ini.
tinggalkan kelu pada lisan.
pulanglah jika ingin menyapa dunia
Tapi jangan terus bermain,
kerana kami disini makin kehilangan wajah

Oleh: Pak kassim
sajak buat pemimpin yg leka bermain kata tanpa mengendahkan rakyat yg makin sengsara/1 Disember 2011 4:29 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Pak Kassim sajak buat pemimpin kali ini bertajuk KEHILANGAN WAJAH. Pengucapannya agak tergesak-gesak, jika diberi sadikit lagi perhatian dan penekanan pada pemilihan ungapan yang tetap dan mantap pasti lebih berkesan pada mesej yang hendak disampaikan.Penceritaannya menarik, berbau politik tentang YB –YB yang pandai bermain kata di atas pentas, tetapi bila sudah menang wajahnya pun tidak Nampak, janji tinggal janji sahaja, tunggu 5 tahun lagi Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan anda cuma layak diberi tempat yang ke enam (6)

Tinta Azimad berkata...

LANGIT LARA (7)

tahun-tahun mengering
kian detik terasa samar
daun enggan menguning
menatap semakin duka ini
jelas tanpa ruang
maha dalam sekilas sesak
bertabur mimpi-mimpi malam
terkadang gagah berpangku tangan
pandangan jauh meniti dunia
bukan itu harapan raut wajah
titik biru semua telah hilang
mencari atap tuhan antara butir air
tumpukan pecahan karya
disini kuat kumpulkan

Oleh: Syeikh AL Habib
sajak tentang pengertian kehidupan/1 Disember 2011 4:24 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Ustaz Syeikh Al Habib tentan pengertian hidup dalam dunia penuh dengan pancaraoba ini. Kali ini bertajuk: LANGIT LARA. Pengucapannya baik, bersimbolikkan pada alam semula jadi, tetapi ungapannya agak mengelirukan. Seperti burung yang lama terbang untuk turun kebumi, akhirnya tidak punya apa-apa hajatnya. Penceritaanya samar, namun skopnya nampak luas tetapi terbantut pada akhirnya.seperti mesej yang tidak sampai pada sasaran .kami cuba perbetul tetapi masih gagal menangkap pengertian hidup yang bagaimana? Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan anda cuma layak diberi tempat yang ketujuh (7)

Tinta Azimad berkata...

MENERBANG PERGI (8)

ketika sajak ku hilang terawang
kata-kata ku jauh menerbang
apalagi puisiku mengembang
saat bait ku dirampas tuhan
huruf-hurufku kian tertahan
walau tiap huruf kata-kataku
tak mampu terlintas
tiap bait sajak-sajakku
tak pernah jelas
tiap ritma puisi-puisiku
tak sempat berbalas
semua terkurung tak terketuk
lama sudah didalam hampa
kian hilang menerbang pergi

Oleh: Saizul Maizav
sajak bila perasan bercelaru sajak buat sendiri pak sedara masuk hospital sakit jantung mngkin sbb terlalu pikir nk buat sajak jd tak dapat nk minta tolong dia/1 Disember 2011 4:33 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Saizul Maizav bagaikan anak ayam kehilang induk , sajaknya kali ini ciptaanya sendiri bertajuk: MENERBANG PERGI. Pengucapannya cemas dan bercelaru. Ternyata kehilangan ilham.Tema kehilangan ilham. Penceritaanya juga terlalu biasa. Lalu dibayangkan apa saja yang telah hilang dan tidak menjadi , kerana diamuk rasa cemas dengan situasi bapak saudaranya yang di kasihi sedang terlantar di rumah sakit akibat serangan jantung.Apa pun kita doakan semoga sempat sembuh! Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan anda cuma layak diberi tempat yang ke lapan (8)

Tinta Azimad berkata...

1 ustaz rahman@ 1
2 Pak Kassim@6

KUM 2

1 penyair agung@5
2 syeikh al habib@7

KUM3

1 saizul maizav@8
2 Raja Muda@5

KUM 4

2 ravi ramachandran@3
4 mr tan@2


KEPUTUSAN AKHIR HARI INI>

Oleh Qalam Mutiara @ Nurimanja

nurimanja49@gmail.com berkata...

1 ustaz rahman@ 1
2 Pak Kassim@6

KUM 2

1 penyair agung@4
2 syeikh al habib@7

KUM3

1 saizul maizav@8
2 Raja Muda@5

KUM 4

2 ravi ramachandran@3
4 mr tan@2


KEPUTUSAN AKHIR HARI INI>

Oleh Qalam Mutiara @ Nurimanja

2 Disember 2011 8:44 PG

Jalal Rafzee berkata...

separuh akhir...

1 ustaz rahman
2 Pak Kassim
3 Raja Muda
4 saizul maizav
5 penyair agung
6 syeikh al habib
7 ravi ramachandran
8 mr tan

Akhir

1 ustaz rahman
2 mr tan
3 ravi ramachandran
4 penyair agung
5 Raja Muda
6 Pak Kassim
7 syeikh al habib
8 saizul maizav

ni kedudukan utk separuh akhir dgn akhir

Putera Damien berkata...

menarik jgk cadangan tinta tu

Dam Catur berkata...

kenapa da byk wanita dan lelaki bru la ramai ahli

Tuan Haji berkata...

menarik cadangan tu nnt sy suarakan kpd PM kita insyaallah

Ambuyak berkata...

yela bru perasan wanita dgn pemuda umno je yg ada setakat ni

Tok Mahat berkata...

btol tu patutnya tubuh la byk sikit bru byk cabang dia

Saizul Maizav berkata...

aik! en nuri dok teluk kumbar ke dulu??? skrg dok mana KL ke?

Emily Osman berkata...

anak org ke anak hantu en nuri nmpk tu?

Ustaz Muda berkata...

anak org bunian agaknya

Simsalabin berkata...

selalunya bdk2 mcm ni yg selalu kena culik

Salam berkata...

teruk btol la mak bapak bdk tu

Jalil Janggut berkata...

blok 1?? bdk kecik tu ayah dia bawak van putih tu ke????

Srikandi Juwita berkata...

anak yatim agaknya selalu anak2 yatim mmg terbiar sikit

Saizul Maizav berkata...

anak sapa la jelmaan anak jin kot sorg tido tgh jalan mcm tu

Bos Kacak berkata...

besar nnt xthu la jdi apa bdk tu

Tan Sri Yunus berkata...

bdk tu nama apa en nuri x tanya ke?

Salina berkata...

entah2 mak dia pun xthu anak dia melilau mcm tu

Badrolshah berkata...

hrp2 besar nnt bdk tu jd manusia yg berguna

Abang berkata...

anak cina ke malyu ke india en nuri?

Ustaz Zulkarnain berkata...

anak2 jalanan kt teluk kumbar mmg ramai... hehe