Isnin, 26 Disember 2011

18.HAL KECIL SAJA






sayembara puisi Cr, ke final


Hal kecil saja sudah mahu bergaduh
rasa sudah besar genggam penumbuk lalu bertumbuk rasa jaguh hebat
terus bersilat hal kecil saja
sudah mahu kecoh canang satu negara mula canang seluruh kampung
tak peduli kata orang ikut kepala otak sendiri
tak peduli nasihat orang
sudah naik lemak naik kepala rasa diri betul semua orang salah
suka bikin masalah bikin onar terus lancarkan perang
mahu tentang habis habisan
meti termakan hasutan syaitan yang cucuk dalam diam
hal kecil saja ayuh kita berdamai kita sepakat berfikir untuk negara
bukan manghancurkan negara sendiri
jadi sesumpah jangan kerana hal kecil di besar-besarkan  



Oleh: Sohibul Wakdiamin
sajak sinis/25 November 2011 2:11 PTG




30 ulasan:

Pena Utara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011


Sdra Sohibul Wakiamin mesej baik, kali ini dengan sajak tema politiknya yang mengacam bertajuk HAL KECIL SAJA. Tetapi sayang pengucapannya agak mengkucar kacirkan pada ungapan bahasanya dengan bahasa pasar. Penceritaannya sama dengan ustaz muda terlalu emonsiol sinis atau sindiranan tajam. Begitulah darah anak muda yang terpaksa tegas untuk menegakkan yang hak dan menolak yang batal atau salah di sisi syariat allah swt. Apa pun dari daya kreatif dan puitisnya telah lari dan diabaikan. Apa pun anda layak juga ke dubai dulu ke londan. Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

Nurimanja berkata...

CERPEN: KEMBALINYA SEORANG MUALAF
siri5

SETIBANYA mereka ke jalan masuk rumah Mahmood , kelihatan nyonya Chu Thou membimbit dua tin roti kering bersama seorang anak lelakinya yang membawa Satu bungkusan kertas yang besar, di dalamnya mengandungi gula kopi, tea, susu dan sebagainya.

Mereka semua melipatkan kaki seluar hingga ke atas lutut. Ada yang mengunakan payong , baju hujan, dan kasut sarung getah yang setinggi betis, kaki mereka menjadi tebal Kerana disalut selut dan lumpur dari jalan yang becak

Selepas mereka menyasikan mayat Mahmood , dan membuat sadikit penyiasatan. Kelihatan OCPD seta pegawai agama, dan Tok Ketua Kampong Hulu dan Umai bercakap-bercakap seperti membincangkan sesuatu.

Setelah mereka beridar dari situ, kelihatan Tok Ketua mengarah anak buahnya ada yang membuat keranda, angkut air untuk mandi mayat, tebang batang pisang, dan ada juga yang pergi mengali kubr.

Beberapa orang kawan baik Umai, pemuda India dari estate kelihatan datang menyertai hari kesedihan buat Umai dan keluarga kakak iparnya. Mereka juga memberi pertolongan apa yang patut bersama bercampur gaul pula dengan pemuda kampong hulu.

Berbagai bahasa kedengaran dari segenap penjuru, diikuti pula dengan suara tangis Fatimah bersama dua orang anaknya. Ini mjadikan suasana menjadi reyuh rendan dan membelah bunyi hujan turun renyai.- renyai hari itu.

Walaupun hujan masih belum reda, namun semangat muhibbah dan hormat menhormati, kerjasama rasa perpaduan kaum tetap wujud. Malah tiap titik air hujan yang tempias ditubuh mereka , bagai air mata Fatimah dan anak-anaknya yang hilang tempat pergantungan.

bersambung esok!

Nabil Quldi berkata...

HENING MATANYA

Hening tergeletak matanya
seekor burung di ranting berembun
Pada tepi kolam rumput gemerisik, nafas berat menanggung sunyi.
Pada dahan lembab
lahir sesuatu yang asing,
terbuang dan terabai
Aku berhembus ke segala arah
bisa kujelajahi terusir dari musim
salju dingin karena kabut menjelang
seluruh keputih melapisi bumi,
Kaburlah waktu indah begitu hening.

Nabil Quldi
sajak tentang keindahan flora dan fauna

Brader Joe berkata...

APAKAH AKAN BERAKHIR

Apa ini akan berakhir?
kerama tak semua abadi
Matahari mengintip derunya
di lubang hidung waktu,
mula tumpah cahaya ke segala arah.
Ku terbangun dari tidur menggeliat bersadar mantap Terlalu banyak
berlalu tanpa sempat di fahami Seperti aku yang tampil
sebagai secuit teka-teki
di halaman pekarangan ilusi.
biarkan hari melaju dengan pertanyaan dan pengertian

Brader Joe
sajak simbolik

Raja Ahmadiah berkata...

DEMAM MALAM

tiap kali bila ku lalui disini
aku bagai di Afrika
ketika kereta di lumpur,
lalu turun dan menjejak kaki
pada hamparan indah
sembunyikan tatapan garang singa-singa di balik rerumputan
panas ghairahku terbakar merah sedang suara kera mengolokdi dahan
rasa dekat tiap kali memandang
bagai kehausan di padang pasir
sekaligus segala sederhana
membuatku demam malam demi malam

Raja Ahmadiah
sajak apabila teringat ketika berkhemah di hutan dan tersesat 3 hari

Paloi Atang berkata...

MENEPIS SUNYI

Pulang burung terbang ke sarang,
kerinduan di pantai ini
Langit tak bertepi sepi.
Panas di dada bukanlah bala
tapi matangnya terasa.
Jika aku jatuh tumbuhlah
sepanjang pantai beratap
hati seluas angkasa raya.
Berpayung awan kita berarak,
melukis dinding mimpi menepis sunyi

Paloi Atang
sajak fantasi

Qalam Mutiara berkata...

1.Nabil Quldi berkata...

HENING MATANYA (SM)

Hening tergeletak matanya
seekor burung di ranting berembun
Pada tepi kolam rumput gemerisik,
nafas berat menanggung sunyi.
Pada dahan lembab
lahir sesuatu yang asing,
terbuang dan terabai
Aku berhembus ke segala arah
bisa kujelajahi terusir dari musim
salju dingin karena kabut menjelang
seluruh keputih melapisi bumi,
Kaburlah waktu indah begitu hening.

Oleh: Nabil Quldi
sajak tentang keindahan alam flora dan fauna /26 Disember 2011 12:47 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Nabil Quldi dengan sajak ke suku akhirnya yang bertajuk HENING MATANYA Tema keindahan flora dan fauna. Tidak dinyatakan sajak sendiri atau orang lain yang punya? Pengucapannya menarik dan bersahaja ada sadikit simbolik . Mesejnya menyentuh tentang keindahan alam yang dialaminya selama ini. Apa pun sebagai mencintai keindahan alam ini. Jangan dipersiakan atau cuba dirosakannya Bukan mudah untuk mengekalkan keindahan semula jadi ini. Begitulah juga dengan keadaan isu semasa di tanah air kita. Hanya andain sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

2.Brader Joe berkata...

APAKAH AKAN BERAKHIR (SM)

Apakah akan berakhir?
kerana tidak semua abadi
Matahari mengintip derunya
di ruang hari waktu berlalu,
mula tumpah cahaya ke segenap arah.
aku terbangun dari tidur lena yang panjang
menggeliat memulih mencari kekuatan
kerana terlalu lama dibuai mimpi
kini terlalu banyak cerita berlaku
tanpa sempat aku fahami
Seperti aku yang tampil sejenak
bermain secuit mimpi berteka-teki
di halaman pekarangan cerita berilusi.
naum aku gagal menangkap maksudnya
lalu biarkanlah hari-hari bergerak pantas
dengan penuh pertanyaan tidak terjawab
dalam dunia pengertiannya yang tersendiri.

Oleh: Brader Joe
sajak simbolik/26 Disember 2011 12:50 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Brader Joe dengan sajak ke suku akhirnya yang bertajuk APAKAH AKAN BERAKHIR? Tema simbolik dilanda kemelut persoalan. Pengucapannya menarik dan bersahaja ada simbolik pada ungapannya.Sadikit pembetulan dilakukan tanpa menjejaskan maksud. Mesejnya menyentuh isu-isu semasa tentang keresahan yang dialaminya berbagai persoalan tidak terjawab. Umpama berada di alam mimpi dengan tidur lena yang lama? Apa pun si penulis membiarkan kemelut persoalan itu apakah akan berakhir ? atau biarkan ianya berlalu bersama hari dengan pengertiannya yang tersendiri. Hanya andain sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

3. Raja Ahmadiah berkata...

DEMAM MALAM (TK)

Tiap kali bila ku lalui disini
aku bagai di Afrika
ketika kereta di lumpur,
lalu turun dan menjejak kaki
pada hamparan indah
sembunyikan tatapan garang
singa-singa di balik rerumputan
panas ghairahku terbakar merah
sedang suara kera mengolok di dahan
rasa dekat tiap kali memandang
bagai kehausan di padang pasir
sekaligus segala sederhana
membuatku demam malam demi malam

Oleh: Raja Ahmadiah
sajak apabila teringat ketika berkhemah di hutan dan tersesat 3 hari/26 Disember 2011 12:55 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra. Raja Ahmadiah dengan sajak suku akhirnya yang bertajuk: DEMAN MALAM. Tema berkhemah bermalam di hutan. Pengucapannya agak biasa dan bersahaja gambarannya. Apa pun mesej yang hendak disampaikan tentang rasa keresahan takut dan bimbang sehingga diserang deman setiap malam bila dikelilingan suara- suara bintang yang ngri dan mengerunkan. Seperti ingin menerkam mangsanya. Rakaman peristiwa yang lalu. agaknya.. Cuma andaian.. Harap maaf kerana 2 sajak lebih mencabar daya kreatif dan puitisnya nya . cuma disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan kesuku akhir ini, usaha lagi.(TK)

Qalam Mutiara berkata...

4. Paloi Atang berkata...

MENEPIS SUNYI (TK)

Pulang burung terbang ke sarang,
kerinduan di pantai ini
Langit tak bertepi sepi.
Panas di dada bukanlah bala
tapi matangnya terasa.
Jika aku jatuh tumbuhlah
sepanjang pantai beratap
hati seluas angkasa raya.
Berpayung awan kita berarak,
melukis dinding mimpi menepis sunyi

Oleh: Paloi Atang
sajak fantasi/26 Disember 2011 12:57 PTG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra. Paloi Atang dengan sajak suku akhirnya yang bertajuk: MENEPIS SUNYI. Tema simbolik dalam fantasi tajuk menarik Pengucapannya, atau bentuk pengunaan ungapan masih perlu diperbaiki lagi, untuk menyakinkan gambarannya. Apa pun mesej yang hendak disampaikan. Terasa semacam jiwa2 juga, cuma digambarkan dalam fantasi atau khayalansi penulis untuk menghilangkan rasa sunyi. Cuma andaian.. Harap maaf kerana 2 sajak lebih mencabar daya kreatif dan puitisnya yang menyakinkan. cuma disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan kesuku akhir ini, usaha lagi.(TK)

Tanpa Nama berkata...

ghgfhgf

Tanpa Nama berkata...

dfhdhjerh

Tanpa Nama berkata...

ghgfdfh

Tanpa Nama berkata...

cvncnc

Tanpa Nama berkata...

dfhdgewtg

Zainal Arifin berkata...

nyonya pun ada dlm cerpen ni?

Abul Hassan berkata...

fatimah ni anak dia ke bini dia?

Saizul Maizav berkata...

mana bini mahmood tu?

Taib berkata...

cerpen ni buat filem baru 1 malaysia

Dam Catur berkata...

wa! hebat en nuri smua bangsa ada dlm cerpen ni

Warga Emas berkata...

semua keluarga mahmood ni islam ke?

Mat Noh berkata...

mcm mahmood boleh msuk islam

Qalam Musoffa berkata...

mahmood mmg asal org situ ke org luar

Salam berkata...

eh! mahmood ni mamak ke indian muslim

Lagenda Pulau berkata...

mcm mana mahmood boleh meningga;l

Anis Syahila berkata...

maaf sy lepas sajak mngkin lewat sikit sbb hntr adik daftar masuk darjah 1 sbb ayah dgn ibu sibuk sikit dia skolah petang skrg sy ada kt skolah lgi sy hntr ni melalui nset

Raja Ahmadiah berkata...

apa la kesudahan cerpen ni msti sedih lagi ni

Tok Mahat berkata...

dorg x kebumi lagi ke asyik berbual je x busuk ke mayat mahmodd tu

Suara Rakyar berkata...

ikut cara indian ke cra islam kebumi mahmood ni nnt

Sulaiman Embong berkata...

nama mahmood ni sebelum msuk islam apa