Sabtu, 10 Disember 2011

4.API MATAHARI





sayembara tempat ke empat

 
Hidup ini umpama nyalaan api
kita terbakar dalam menyepi tanpa sayup jeritan matahari
semuanya buntu mati dengan sendiri
bukan kerana lemah dan buta mata cuma terleka buat seketika
cubalah  menonggak ke langit!
tapi kenyataannya sama saja. tatkala dunia berwarna warni!
aku bingkas bangun melihat
tidak mahu bermimpi lagi, sepi itu buat aku mati!
setiap kali setiap detik
dunia bagai berpusing pelik tapi manusia sama sahaja,
hanya beza akal dan jiwa

 
Oleh: Penyair Agung
sajak tentang kehidupan manusia dan akal/1 Disember 2011 4:31 PTG





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI PUSIANGAN AHKIR PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Penyair Agung tema kehidupan alam jagat manusia kali ini bertajuk: API MATAHARI.
Pengucapan bersahaja.ayat dan penyusunannya perlu diperbetulkan lagi agar lebih matap dan berkesan uangapannya.Ini mungkin pengolahan dalam kekalutan tidak diperam dahulu sebelum dihidangkan. seperti tapai yang belum masak.Penceritaannya masih sajak siri bersambung, cuma bukan peribadi, tetapi ada berbau politik juga. .Sememangnya selama ini kita diam, senyum dan bisu, bukan buta, cuma membuta, tidak ambil pusing. Tetapi pihak sebelah yang lebih bersuara mempergunakan keadaayang dibebaskan.Hari ini sepatutnyalah kita menyerang biar sampai ke tulang hitam, kerana keadaan telah berbeza diantara akal dan jiwa rangmuda. Setelah dikaji dan dinilai semula , kedudukan anda cuma layak diberi tempat yang ke empat (4)

Tinta Azimad berkata...

1 Asyar Mujid berkata...
ANDAI CINTA (TK)

andai cinta itu makna
tak terpisah hati jiwa
raga sentuh hujung sukma
saat jiwa tak lagi berharta
andai kasih itu cinta
takkan ada kata mutiara
menggambar dunia dijajah kuasa
sanak saudara terbang kemana
digodam besi hitam menyala
muka terlanjur buruk rupa
terluka dalam besar terbuka
sudah lupa rasa tertawa
cinta kosong belaka
tiada dunia seakan tak punya muka
hari ini tiada makna untuk tercinta

oleh Asyar Mujid
sajak cinta9 Disember 2011 7:27 PTG

Tinta Azimad berkata...

2 Profesor Naquib berkata...
PERANTARAAN (SM)

malam meruntun aku ke dunia senja
melintasi dingin gelap
aku berbicara bersama kelip bintang
meringkas bulan sabit
tutur bahasa bersama mentari pagi
tapi semua dusta bila berkata-kata
aku coba membaca berpikir merenungi
tanpa sadar telahan ku melesat
berada dalam keraguan hitam
kau campakkan kemurnian
aku hanya diam seketika
terus menyemak catatan singkat
walau tak tersampai rasa keegoanya
apakah mampu hidup tanpa perantara?

oleh Profesor Naquib
sajak simbolik tentang keadaan semasa9 Disember 2011 7:31 PT

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011
Sdra. Jupri Helmi dengan sajaknya bertajuk:BIAR AKU KE SANA ; Tema jiwa2 nampaknya Pengucapannya semacam ingin berkorban kerana cinta, tapi ada ayat perktaan yang perelu diberi perhatian atau lebih menyakinkan.Apa pun penceritaannya dan mesej ada. Cuma perlu pilih bait dan ungapan yang logik dan mengelohnya dengan sempurna.Maaf! Cuma disini saja dahulu terpaksa pohon berhenti (TK)

Tinta Azimad berkata...

4 Ustaz Mahfuz berkata...
SATU PELURU (SM)

Tetaplah duduk di bangku itu
makan saja apa yang dihadapanmu
kakulah situ seolah selonggok batu
tidak ada seorang pun tahu
kau hanya boneka salju
usah tampakan kedinginan
biarkan waktu membantu membeku
jangan sampai mereka tahu
kau telah sampai akhirnya
nanti dengan lantang kita berseru
satu ibu satu peluru satu persatu

oleh Ustaz Mahfuz
sajak perjuangan9 Disember 2011 7:36 PTG

Tinta Azimad berkata...

5 Hambali Maliki berkata...
BERGERAK MUNDUR (SM)

bukan nyanyi bukan puisi
apalagi drama suara tanpa bunyi
bunyi pun tanpa suara
bergerak tetap ditempat
kulit mulai mengendur
penglihatan meranjak rabun
pendengaran sayup menjauh
tulang-tulang sendi pun rapuh
mengulang suatu yang mustahil
melanjutkan juga terasa beban
mundur meratap kedepan ditatap
muda telah terlewat
tua akan terus menerjang
mati jelas di genggam izrail
surga neraka semua gelap

oleh Hambali Maliki
sajak simbolik kehidupan9 Disember 2011 7:39 PTG

Tinta Azimad berkata...

6 Ustaz Deraman berkata...
PEMBURU (SM)

genderang perang bertalu
pemburu mula mahu memburu
tapi musuh tampak tersilap ia
tersedak liur kerongkong
desir merah mengalir kencang
bersatu kaki depan belakang
memacu gerak lompat,loncat,
karang tak pecah
maju ke depan toleh belakang,
genderang perang bertalu
pemburu kembali memburu mangsa

oleh Ustaz Deraman
sajak simbolik sinis9 Disember 2011 7:45 PTG

Tinta Azimad berkata...

7 Salikin Samsudin berkata...
TERPINGGIR (TK)

mengapa rasa terpinggir tersisih
rasa tiada siapa peduli mendekati
cuba pandang situasi keliling
apakah langsung tiada sesiapa
apakah semuanya hanya haiwan
mengapa harus rasa begitu
jika ditilik tiada langsung cacat
tiada terkurang sifatnya
di dunia serba kemodenan
bukan lagi kau ditakuk bawahan
kita bukan lagi di zaman silam
jangan peduli keluargamu siapa
hulurkan sahaja tangan
mereka pasti berjabat mesra
jangan bersembunyi langsung hilang
terlindung bayang gelap
jangan lupa walau
nampak segala tersurat
yang tersirat pasti dirungkai

oleh Salikin Samsudin
sajak buat rakan sy yg datang dari kampung baru berkeja tapi masih segan mahu bercmpur dgn kami di office9 Disember 2011 7:50 PTG

Tinta Azimad berkata...

8 Pagok Lana berkata...
BENDERA PUTIH (TK)

berkibarlah bendera putih
berkibar mengibar mengglepar
masa silam tak tergoda
kerana angin pemberontakan
terus berhembus terendus
tak kurang lagi kata- lemah
mengkumandanglah ucap kekalahan
menyerah terserah parah.

oleh Pagok Lana
sajak simbolik9 Disember 2011 7:53 PTG

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra. Asyar Mujid dengan sajaknya bertajuk: ANDAI CINTA; Tema jiwa2 nampaknya Pengucapannya semacm berfalasafah pula, tapi ada ayat perktaan yang sama hati atau kalbu dan jiwa atau sukma, kalau boleh elakan. Apa pun penceritaannya ada Cuma perlu pilih bait dan ungapan yang logik dan mengelohnya dengan sempurna.Maaf! Cuma disini saja dahulu terpaksa pohon berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Profesor Naquib lama tidak kelihatan , kali ini beliau muncul dengan sajaknya yang mengacam ungapannya bertajuk PERANTARAAN. Tema semacam ada keraguan dalam telahan. Pengucapannya luar biasa jika dicalunkan dalam sayembara bulan November dulu pasti menarik. Mungkin Jalal terlepas pandang.Penceritaannya bagai diserang penyakit telahan dan rasa keraguan dengan adanya orang perantaraan yang mungkin memutar belit keadaan menjadikan kecelaruan dengan apa yang telah dicatat dalam dairy seharian. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra. Jupri Helmi dengan sajaknya bertajuk:BIAR AKU KE SANA ; Tema jiwa2 nampaknya Pengucapannya semacam ingin berkorban kerana cinta, tapi ada ayat perktaan yang perelu diberi perhatian atau lebih menyakinkan.Apa pun penceritaannya dan mesej ada. Cuma perlu pilih bait dan ungapan yang logik dan mengelohnya dengan sempurna.Maaf! Cuma disini saja dahulu terpaksa pohon berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Ustaz Mahfuz lama juga tidak kelihatan , kali ini beliau tampel dengan sajaknya yang berbau sinis bertajuk SATU PELURU. Tema perjuangan yang perlu selesai. Pengucapannyaagak kabur dan mengelirukan, tetapi menarik.. Penceritaannya bagaikan ada sinis tajam yang hendak dilontarkan. Tetapi tidak ada sadikit penerangan Namun diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Hambali Maliki lama juga tidak kelihatan , kali ini beliau tampel dengan sajaknya yang berbau sinis bertajukBERGERAK MUNDUR. Tema kehidupan dini hari .Pengucapannya agak kabur dan mengelirukan, tetapi menarik.. Penceritaannya bagaikan ada sinis tajam yang hendak dilontarkan pada individu tertentu yang ingin terus berkuasa sehingga usia luput tarikh.. Apa pun anda diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra Ustaz Deraman lama juga tidak kelihatan , kali ini beliau tampel dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk PEMBURU . Tema mungkin PRU13 nampaknya. Pengucapannya agak kabur dan mengelirukan, tetapi menarik.. Penceritaannya ada berbau politik isu semasa bagaikan ada sinis tajam yang hendak dilontarkan. Tetapi tidak ada sadikit penerangan Namun diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra. Salikin Samsudin dengan sajaknya bertajuk:TERPINGIR; Tema nasihat atau teguran nampaknya Pengucapannya semacam berfalasafah pula, Apa pun penceritaannya ada mesej yang hendak disampaikan juga menarik kerana lima persaingan yang hebat ..Maaf! Cuma disini saja dahulu terpaksa mohon berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BUAT AHLI CITRA RASA DAN P.BLOG OLEH NURIMANJA 2011

Sdra. Pagok Lana dengan sajaknya bertajuk:BENDERA PUTIH; Tema nasihat atau teguran nampaknya Pengucapannya semacam dalam sinis simbolik., Apa pun penceritaannya ada mesej yang hendak disampaikan juga menarik kerana empat lagi persaingan yang hebat dan undi dalam KUM 4 nenentukan nasib anda..Maaf! Cuma disini saja dahulu terpaksa mohon berhenti (TK)

Geletek Petang berkata...

Cari jawapan yang tepat;

Kalau

-lelaki lawannya Perempuan

-Jejaka atau pria lawan wanita
en nuri kata pria betulkah?
-Jejaka lawanya perawan.
-Duka lawanya Janda

-Teruna lawanya dara
-Putera lawanya Puteri
-Pemuda lawanya pemudi

Adakah anda setuju Pria lawanya wanita

Kenapa mereka letak wanita lawannya Permuda? dalam UMNO?

Puteri pula x ada Putera?

Lelaki x ada perempuan main Veteran UMNO , lani jadi orang UMNO
bukan ahli UMNO mungkin ada bezanya pula? di antara ahli dengan orang.?

Olie Pajutdy berkata...

BUNUH DIRI

aku lelah letih ingin sendiri
aku benci muak ingin bersembunyi
aku jenuh bosan ingin menangis
aku ingin bunuh diri dengan perlahan tapi aku takut matiku tak diterima

Olie Pajutdy
sajak kekecewaan

Guest berkata...

BOSAN BERFIKIR

kumpul detik yang kukumpulkan menjadi waktu kutepis dari anganku
senyum kubingkai menjadi bahagia
menjadi untaian cinta
akan kuselingsingkan dari jiwaku
ku hela nafas menyatu menjadi hidup
tak pernah sesal mata ini memandang
telinga ini mendengarkan suaranya
tapi semua ini hanyalah sementara?
bosan aku memikirkannya

Guest
Sajak marah

Qalam Musoffa berkata...

KUPU-KUPU

Ketika kupu bukanlah kupu-kupu
Rumput kembali hijau
ketika air tercurah membasahi jiwa-jiwa yang kering kerontang,
Apa yang ku cari walhal
Pelangi tak pernah pudar
kita harus tetap tegakkan wajah,
karena matahari tak memilih
untuk menyapa sesiapa
menafikan semua yang telah dilalui,
sepasang kupu2 mematahkan sayapnya!

Qalam Musoffa
sajak simbolik

Dam Catur berkata...

BERIMBUN

masih berimbuncinta ditangkai sajak
meski lalui entah sepadan atau tak
sampai bila demikian
aku ingin menghirup wangi
seakan ke medan yang jauh
ingin bertaut ke selatan
tanpa layar lelah hati mati

Dam Catur
sajak sedih

Adi Cana berkata...

BOSAN

hari ini alam
terasa hampa tanpa bunyi
tak satu pun mengeluarkan suara
biasanya ada pekik di sini
riuh gelak tawa di pagi hari
kini semua sepi sunyi
seperti sudah tuli telinga ini
tetapi terpikir semua tidak mati
hanya tak tahu kemana semua pergi
apakah mereka habis modal dan isi
ataukah telah hilang di telan bumi
tapi itu bukan urusan ku lagi
biarkan lah mereka lari dari sini

Adi Cana
sajak politik di tempat saya

Ali COnan berkata...

SAJAK KHAYAL

tak pernah di undang kesini
tapi mengapa dia harus datang
selalu mengusik dengan bisikan
seakan ingin mengisi hari-hari
tapi tak tau apa yang diingini
singgah di tiap dingin malam
tapi tak pernah ingat
dia tetap termangu di sudut tembok
tapi tak tampak sesiapa disitu
selalu menatap bulat bulan
dia mencuba membuat
butiran tetes di mata
hilang lah ia selamanya

Ali COnan
sajak misteri

Usop Nayan berkata...

SAAT BAYANGAN ITU DATANG

saat bayangan itu datang
terasa aneh semakin mendekat
semakin terasa ia mendekap
tak tampak siapa dibalik jubah itu
terlihat hanya bayangan
ingin rasanya lari dari dekapnya
tapi lama terasa dingin disini
sosok itu mulai tersenyum
aku lah izrail sang utusan-Nya
aku lantas terkejut terjaga

Usop Nayan
sajak mengalami mimpi misteri sewatu koma 3 hari dihospital akibat kemalangan

Muhamad Badawee berkata...

GERHANA BULAN

fenomena alam yang cantik
pasti semua tak lepas peluang
mahu saksikan secara terus
kejadian besar kebesaran tuhan
sebenarnya sangat indah
dari kecil hinggalah besar kejadian
semuanya cantik dan indah
gerhana bulan di sebalik keindahan
ada suatu tanda besar amaran awal
buat semua manusia percaya atau tak
jika diselak kitab lama kata nabi
itu salah satu petanda
bahawa kiamat sudah hampir
hari pengakhiran bagi dunia ini
sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa
boleh melakukan apa sahaja
kepada muslim di luar sana
jangan terlupa solat sunat gerhana

Muhamad Badawee
sajak semperna gerhana

Nahul HIdzar berkata...

sajak penyair agung boleh tahan jgk

Nuri Jaguh berkata...

semua tema politik je nampaknya

Tanpa Nama berkata...

rthtrhj

Tanpa Nama berkata...

trhtrhtrjtrjtr