Selasa, 27 Disember 2011

19.SETITIK API




 
sayembara puisi Cr ke final

Setitik api dalam embun malam
Menetes jatuh pada kulit tangan
sejenak terasa sepi dan dingin,
kemudian terpikir embun malam ini.
menjelma sebagai api yang menyala
menjulang di langit amarah
membasahi kulit hinggap sejenak
berikan rasa dingin kemudian jatuh ke tanah.
Setitik embun telah jatuh ke tanah
membawa setitik api dari
tubuh yang menanggung amarah.
menumbuhkan sebagai sebuah kemaafan
di pagi yang akan segera tiba. 


Oleh: Mr David
sajak simbolik/24 November 2011 2:46 PTG




31 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

Sdra Mr David dengan sajak bertajuk: SETITIK API . Pengucapannya sekadar tema simbolik sahaja tidak dinyatakan sadikit penerangan kepada siapa? Pada alam benda atau kemanusiaan?Penceritaanya sebagai hujan dan kilat, bagaimana wap embun yang naik kelangit dan sampai tempat sejuk dia pun pecah menjadi kilat dan menjatuhkan titisan air, lalu menyuburkan bumi mencerahkan kehidupan harian makhluk di alam ini..cuma andain sahaja. Apa pun itu yang kami nampak maksunya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Nurimanja berkata...

CERPEN KEMBALINYA SEORANG MUALAF
Siri 6.

Wak Jawa dan isterinya tidak berhenti-henti menjerang air panas dalam tin minyak tanah di dalam bangsal kelapa kering, untuk membuat air tea, air kopi dan susu, sehingga hamper habis kayu api simpanan untuk musim hujan di rumah Mahmood.

Teko air tea dan kopi susu telah beberapa kali diedarkan brsama beberapa pinggan roti kering untuk jamuan kepada orang ramai yang tolong bantu bekrja hari itu.
“Mahu tolong Mahmood hari ini saja,” kata Wak Jawa kepada isterinya...

Setelah mayat Mahmood dimadikan dan dikafankan, kemudian dibawa ke masjid kampong hulu dan disolatkan .Kira-kira jam empat petang mayat Mahmood baru di bawa ke kubur untuk disemadikan selepas solat assar.

Umai dan Harban Sing serta pemuda-pemuda estate Cuma memerhati sahja apa yang telah dilakukan oleh Tok Iman dan Tok Bilal ke atas mayat Mahmood, tetapi mereka tidak di benarkan menyentuhnya.

Sehingga mayat Mahmood dimasukkan ke dalam keranda, Tok Ketua meminta orang ramai mengangankat keranda mayat Mahmood untuk diletakan di atas pengusung agar segera dibawa ke tanah perkuburan.

Umai dan Harban Sing dan dua tiga orang lagi kawannya di estate dengan segera mengankat bersama dengan pemuda-pemuda kampong hulu, bergilir-gelir dan sambung menyambung membawa jenazah Mahmood. “Inilah pertolongan terakhr.buat Mahmood,” bisik hati mereka.

Setelah sampai di tanah perkuburan bebeapa orang penggali kubur sudah sedia menanti dalam hujan renyai-renyai itu, klihatan mereka basah kuyup dan berglumang dengan selut bersama cagkul, timba dan penyuduk tanah.

Anjang Aki berkata...

CATATAN RENUNGAN

terlalu banyak kata bicara luka
kau lontarkan kepada mereka
tapi pernah kau fikir sejenak saja
jangan terlalu angkuh dan bodoh
sehingga menganggap tak ada
setitik pun dari debu berterbangan
tiada yang berguna lagi
sekarang usah merintih simpati
untuk sekadar mencari sokongan
cerita lapok sudah lama dikumandang
tapi yang dicari bukan penyelesaian
malah kami bagai dikambinghitamkan
harus kau sedar bahawa orang
yang bersalah adalah dirimu sendiri

Anjang Aki
sajak sinis

Datuk Hasbi berkata...

Necrology

lengkungan langit malam menjalar
disitu terlihat dedaunan berbisik
menutur pilu sedu pada akar-akar
dan rerumputan di bawah sana
jika memang tak ada
keadilan dalam hidup ini
maka bukanlah kebetulan bahawaku berlayar ketika di dasar lautan mereka mengukur jarak bintang
walau teka-teki tak terpecah
anak tangga dengan huruf tiap kali
kau bacakan dengan lantang
sekumpulan debu dan gas
bintang sekarat menjelang padam
meredup di deret berita kematian
lantas berjatuhan runtuh di bawah gaya gravitasi kita sendiri

Datuk Hasbi
sajak simbolik

Nabil Quldi berkata...

KEPAK TANPA SAYAP

kepak tanpa sayap perjalanan
baru saja dimulai bunga tertiarap tatkala angin datang membelai.
terdengar nyanyian tanpa suara.
di manakah bunyi nada-nada.
petunjuk terpampang di mega
tanda dikirim aroma dari jauh
kita akan pasti dimusnah
tapi tidak pada kepak tanpa sayap

Nabil Quldi
sajak simbolik

Profesor Lanang berkata...

HIDUP PANJANG

aku lihat dia duduk di bangku kayu
berkilauan tajam dan dalam.
Seperti melintas bersama mentari
menyusup di jendela perpustakaan
permohonan itu sendiri.
Memercik kita terangi hari.
Di atap perpustakaan itu,
dua ekor burung diam
menunggu malam datang
bersama jam di sudut jalan.
Hidup ini panjang kau tumbuhmenawan
Aku ceria melayang.

Profesor Lanang
sajak terkenang

Anis Syahila berkata...

KUM 1
1 anjang aki
2 datuk hasbi
3 profesor lanang
4 nabil quldi

KUM 2
1 brader joe
2 profesor naquib
3 ustaz mahfuz
4 Jalil Janggut

Qalam Mutiara berkata...

1. Anjang Aki berkata...

CATATAN RENUNGAN (SM)

terlalu banyak kata bicara luka
kau lontarkan kepada mereka
tapi pernah kau fikir sejenak saja
jangan terlalu angkuh dan bodoh
sehingga menganggap tak ada
setitik pun dari debu berterbangan
tiada yang berguna lagi
sekarang usah merintih simpati
untuk sekadar mencari sokongan
cerita lapok sudah lama dikumandang
tapi yang dicari bukan penyelesaian
malah kami bagai dikambinghitamkan
harus kau sedar bahawa orang
yang bersalah adalah dirimu sendiri

Oleh: Anjang Aki
sajak sinis/28 Disember 2011 4:17 PG

SAYEMBARA PUISI SEPARUH AKHIR CITRARASANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Sajak daripada Anjang Aki untuk separuh akhir ini bertajuk CATATAB RENUNGAN .Tema sinis simbolik ada berbau politik sama dengan Datuk Hasbi . Pengucapannya agak menarik tapi punya maksudnya yang tersendiri .Mesejnya menyentuh tentang isu semasa yang dialaminya yang dicatat dan direnunginya, terutama politik tanah air . Jika tersalah perhitongan akan akan menerima padah dengan gaya dan cara kita sendiri. Hanya andain sahaja. Harap maaf. Mungkin sajak Anjang Aki lebih nyata. Hanya andain sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya ke final atau akhir (SM)

Qalam Mutiara berkata...

2. Datuk Hasbi berkata...

Necrology

lengkungan langit malam menjalar
disitu terlihat dedaunan berbisik
menutur pilu sedu pada akar-akar
dan rerumputan di bawah sana
jika memang tidak ada
keadilan dalam hidup ini
maka bukanlah kebetulan
bahawaku berlayar ketika di dasar lautan
mereka mengukur jarak bintang
walau teka-teki tak terpecah
anak tangga dengan huruf tiap kali
kau bacakan dengan lantang
sekumpulan debu dan gas
bintang sekarat menjelang padam
meredup di deret berita kematian
lantas berjatuhan runtuh
di bawah gaya gravitasi kita sendiri

Oleh: Datuk Hasbi
sajak simbolik/28 Disember 2011 4:21 PG

SAYEMBARA PUISI SEPARUH AKHIR CITRARASANURI AHLI DAN P.BLOG 2011

Daripada Datuk Hasbi sajak separuh akhirnya yang bertajuk atau tidak bertajuk? Atau sajak tanpa kepala? .Tema urutan bersiri sajak yang simbolik ada berbau politik sama dengan Anjang Aki. Pengucapannya agak samar tapi punya maksud tersembunyi Mesejnya menyentuh tentang isu semasa yang dialaminya Apa pun ceritasemacam mencari keadilan. Jika tersalah perhitongan akan runtuhlah segala harapan dengan gaya dan cara kita sendiri. Hanya andain sahaja. Harap maaf. Mungkin beri peluang kepada Anjang Aki? cuma disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan separuh akhir ini, usaha lagi. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

3. Nabil Quldi berkata...
KEPAK TANPA SAYAP (SM)

kepak tanpa sayap
Perjalanan baru saja dimulai
bebunga jatuh tertiarap
tatkala angin datang membelai.
terdengar nyanyian tanpa suara.
di manakah bunyi nada dan iramanya
petunjuk terpampang di mega
tanda dikirim aroma dari jauh
kita akan pasti dimusnah
tapi tidak pada kepak tanpa sayap

Oleh: Nabil Quldi
sajak simbolik\28 Disember 2011 4:25 PG

SAYEMBARA PUISI SEPARUH AKHIR CITRARASANURI AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra Nabil Quldi dengan sajak separuh akhirnya yang bertajuk KEPAK TANPA SAYAP .Tema simbolik tapi tidak dinyatakan sadikit penerangan. sajak ini juga meragukan sendiri atau orang lain yang punya? Pengucapannya menarik dan bersahaja ada simbolik pada ungapannya. Mesejnya semacam berteka teki pula. Apa pun rasanya perjuangan yang belum selesai terutama pelajaran. Masa yang ada jangan dipersiakan atau cuba dirosakannya, walaupun ada berbagai cabaran dan dugaan, metlamat asal mesti diteruskan demi mencapai segulung cita.. Hanya andain sahaja. Layak untuk sayembara seterusnya ke final atau akhir (SM)

Qalam Mutiara berkata...

4. Profesor Lanang berkata...

HIDUP PANJANG (TK)

aku lihat dia duduk di bangku kayu
berkilauan tajam dan dalam.
Seperti melintas bersama mentari
menyusup di jendela perpustakaan
permohonan itu sendiri.
Memercik kita terangi hari.
Di atap perpustakaan itu,
dua ekor burung diam
menunggu malam datang
bersama jam di sudut jalan.
Hidup ini panjang
kau tumbuh menawan
Aku ceria melayang.

Oleh: Profesor Lanang
sajak terkenang/28 Disember 2011 4:29 PG

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN SUKU AKHIR CITRANURI AHLI DAN P.BLOG 2011

Daripada Profesor Lanang sajak separuh akhirnya yang bertajuk HIDUP PANJANG .Tema terkenang mungkin sajak catatan memori lama yang tersimpan agaknya . Pengucapannya berbau romentik .kisah orang muda punya biasa Mesejnya menyentuh tentang keindahan alam yang dialaminya zaman sebelum matang Apa pun cerita kini cuma tinggal kenangan di sudut hati. Hanya andain sahaja. Harap maaf. Mungkin beri peluang kepada orang muda ? cuma disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan separuh akhir ini, usaha lagi.(TK)

Geletek Petang berkata...

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menempelak Hasan dengan menggunakan kiasan taktik dalam permainan bola sepak apabila ada pemain yang tidak boleh bermain dalam pasukan dan tidak bersetuju dengan taktik 4-4-2.

“Jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur dan jika keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player.
“Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0,” katanya.

KOMENTAR:

Kini Pas merupakan pasukan bola sepak, permain yang bercangah dengan arahan dan tujuan mesi dan visi pasukan akan disingkir. Harap ahli Faham. Tapi ada juga yang berekata PAS tiru UMNO, kerana negara kebajikan sudah lama dilakukan dan diamalkan
oleh umno dan BN. Agak mustahil hendak menganti umno yang ternyata dan terbukti membantu rakyat

TAMBAHAN:

MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN seorang pak sebuk Mana negara tak berhutang dan meminjam untuk pembangunan negara. Kecuali kalau bankgrap atau tak boleh bayar atau negara jadi muflis bolehlah bising! rakyat semua nak cukup makan. malah
hari ini buydak sekolah pun dapat duit poket tak ada negara buat semacam ini. malah ada BR1M lagi mak bapak pula dapat. tak termasuk bantuan lain lagi nelayan dan pertani? tandanya maju ....Harap bersyukur apa yang ada. jangan duk buat bising membela nasib orang yang tak buat kerja cuma janji
nanti anda pun jadi mangsa dia juga.

Geletek Pagi

Ustaz Mahfuz berkata...

KERTAS HIJAU

kertas hijau ini telah ternoda
dahulunya hijaunya bersih
tapi sekarang ada setitis merah
tapi paling membinasakan kertas itu
bila ada tompakan besar warna biru
warna hijaunya tercemar
aku kesal kerana ia bukanhijau asli
aku ingin kertas hijau itu kembali
aku ingin membuat coretan
di tiap lembar kertas itu
tapi kertas itu telah bernoda
kerana itulah sekarang
ku mencuba ke kertas warna pelangi

Ustaz Mahfuz
sajak simbolik

Jalil Jaggut berkata...

JAWAB

Wahai penguasa
Bantahan terlontar sudah
Rintis hati ini menahan pedih
walau hidup di bumi ini
Aku terpaksa perit melalui kata
Bukankah kau tahu akan itu?
Tapi kau lakukan jua tanpa cela
jangan lagi ganiaya atau menghina
kalau berani hadir dihadapan
Berikan jawaban sekarang
jika kamu benar-benar jujur
jangan menipu kerana itu
akan buatkan kita akan berperang

Jalil Jaggut
sajak marah

Prof Naquib berkata...

ILUSI FATARMOGANA

haruskah kucari keaslian lukisan yang dilukis indah dikhabarkan
tapi terpaku di ruangan sepi ini
sedang mataku menilainya
tak ku jangka ku diperdaya
oleh pancaran berkilauan
menikam tajam hingga ke rongga
aku membeku selama berdetik-detik
perlihatantertebas oleh batas jarak
tak terlihat yang selalu kutiupkan
hembusan angin asing di belantara terlalu lama memikirkan
baru ku sedar lukisan itu
hanyalah ilusi fatamorgana

Prof Naquib
sajak sinis tajam

Brader Joe berkata...

BERSEMI

ia serupa langit yang memayungi
membelai halus menyulap hujan
merenda warna pada jendela
kamu mengaburkan pandangan
namun aroma berdiam di sini
menuai embun pada kuntum pagi
memercik benderang kejutan
selalu siapkan di balik hari
mendawai hujan di serambi mata
nyanyi ini pelangi janji
pada musim yang dinamakan bersemi

Brader Joe
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

1.Ustaz Mahfuz berkata...

KERTAS HIJAU (SM)

kertas hijau ini telah ternoda
dahulunya hijaunya bersih
tapi sekarang ada setitis merah
tapi paling membinasakan kertas itu
bila ada tompakan besar warna biru
warna hijaunya tercemar
aku kesal kerana ia bukan hijau asli
aku ingin kertas hijau itu kembali
aku ingin membuat coretan
di tiap lembar kertas itu
tapi kertas itu telah ternoda
kerana itulah sekarang aku mula berobah
aku mencuba ke kertas warna pelangi

Oleh; Ustaz Mahfuz
sajak simbolik/28 Disember 2011 2:52 PTG

SAYEMBARA PUISI SEPARUH AKHIR CITRARASANURI AHLI DAN P.BLOG 2011

Sajak Ustaz Mahfuz nampaknya penuh simbolik dan sinis untuk separuh akhir kali ini bertajuk:KERTAS HIJAU .Tema sinis tajam ada simbolik berbau politik. Pengucapannya agak menarik dan bersahaja, tapi punya maksudnya yang tersendiri .Mesejnya menyentuh tentang isu semasa terutama politik tanah air yang dirasakannya kurang senang. Seolah2 kita telah dipermainkan tiga kelompok ini, dahulu cakap kapir kini lain pula, yang haram pun kini halal pula. Begitulah jadinya bila warna telah bercampur. yang sedihnya siapa ikut pengaruh siapa? Hanya andain sahaja. Syabas! Layak untuk sayembara seterusnya ke final atau akhir (SM)

Qalam Mutiara berkata...

2. Jalil Jaggut berkata...

JAWAB (TK)

Wahai penguasa
Bantahan terlontar sudah
Rintis hati ini menahan pedih
walau hidup di bumi ini
Aku terpaksa perit melalui kata
Bukankah kau tahu akan itu?
Tapi kau lakukan jua tanpa cela
jangan lagi ganiaya atau menghina
kalau berani hadir dihadapan
Berikan jawaban sekarang
jika kamu benar-benar jujur
jangan menipu kerana itu
akan buatkan kita akan berperang

Oleh: Jalil Jaggut
sajak marah\28 Disember 2011 2:54 PTG

SAYEMBARA PUISI SEPARUH AKHIR CITRARASANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Sdra.Jalil Janggut dengan sajak amaran keras buat separuh akhirnya yang bertajuk. JAWAB Tema marah. Pengucapannya agak kasar sadikit bunyi ungapannya menyembabkan daya puitisnya telah hilang. Mesej sajak ini ada berbau politik kenegerian rasanya, Bila seorang pemimpin yang dihormati dulu, kini telah melakukan apa sahaja untuk menghalalkan cara untuk politik peribadinya.Kini rakyat telah sedar dan mungkin ada yang mencabar untuk memberi jawapannya segera agar tidak tertipu lagi. Harap maaf. cuma disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan separuh akhir ini, usaha lagi. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

3.Prof Naquib berkata...

ILUSI FATARMOGANA (SM)

haruskah kucari keaslian lukisan
yang dilukis indah dikhabarkan
tapi terpaku di ruangan sepi ini
sedang mataku menilainya
tak ku jangka ku diperdaya
oleh pancaran berkilauan
menikam tajam hingga ke rongga
aku membeku selama berdetik-detik
perlihatan tertebas oleh batas jarak
tak terlihat yang selalu kutiupkan
hembusan angin asing di belantara
terlalu lama memikirkan
baru ku sedar lukisan itu
hanyalah ilusi fatamorgana

Oleh Prof Naquib
sajak sinis tajam/28 Disember 2011 3:04 PTG


SAYEMBARA PUISI SEPARUH AKHIR CITRARASANURI AHLI DAN P.BLOG 2011
Sajak Profesor Naquib nampaknya penuh ilusi untuk separuh akhir kali ini bertajuk: ILUSI FATARMOGANA .Tema sinis tajam ada simbolik berbau politik. Pengucapannya agak menarik tapi punya maksudnya yang tersendiri .Mesejnya menyentuh tentang isu semasa yang dialaminya, terutama politik tanah air yang diibaratkan penuh ilusi. Seolah kita telah dipermainkan oleh kilauan yang cantek dan menarik sebenar tidak punya apa-apa sama seperti fatarmogana Hanya andain sahaja. Syabas! Layak untuk sayembara seterusnya ke final atau akhir (SM)

Qalam Mutiara berkata...

4.Brader Joe berkata...

BERSEMI (TK)

Ia serupa langit yang memayungi
membelai halus menyulap hujan
merenda warna pada jendela
kamu mengaburkan pandangan
namun aroma berdiam di sini
menuai embun pada kuntum pagi
memercik benderang kejutan
selalu siapkan di balik hari
mendawai hujan di serambi mata
nyanyi ini pelangi janji
pada musim yang dinamakan bersemi

Oleh Brader Joe
sajak simbolik/28 Disember 2011 3:11 PTG

SAYEMBARA PUISI SEPARUH AKHIR CITRARASANURI AHLI DAN P.BLOG 2011

Sdra. Brader Joe dengan sajak separuh akhirnya yang bertajuk.BERSEMI Tema simbolik tidal dinyatalan sadikit penerangan. Pengucapannya agak samar dan mengelirukan. Setelah beberapa kali dibaca masih gagal menangkap maksud bagaimana untuk menerangkan Mesejnya Apa pun sajak ini anda sendiri yang menulis , membaca dan menerang maksudnya. Kami gagal membuat sebarang andain. Harap maaf. cuma disini saja pernyertaan anda dalam sayembara pusingan separuh akhir ini, usaha lagi. (TK)

Ustaz Muda berkata...

apa tejadi kt mayat mahmood dia bangit semula x?

Karim Ghani berkata...

eh! cerita ni mcm pnh baca saja

Dam Catur berkata...

menarik kisah ni sedih pun ada

Zainal Arifin berkata...

sedih cerita kali ni

Tok Mahat berkata...

apa la nsib2 anak2 mahmood tu

OLie pajutdy berkata...

mahmood ada berapa org anak selain fatimah

Ali COnan berkata...

mahmood xde sedara mara ke

Ustaz Rahman berkata...

sedih btol cerita ni

Abul Hassan berkata...

sambung lagi en nuri

Atan Yahoo berkata...

dh msuk islam pun minum tuak jgk

Tan Sri Yunus berkata...

cerita ni berlaku thn bila ni?