Rabu, 6 Januari 2016

MASIH MAMPUKAH AKU MENULIS PUISI






2.MASIH MAMPUKAH AKU MENULIS PUISI

Aku kini berada
dilingkaran usia senja
lebih dari setengah abadat
hidup dalam kembara sepi
Terasa tidak terdaya lagi
Untuk mencatata puisi malam
Kerana selalu sahaja bergelut
Dengan berbagai penyakit
Kekadang sakit sendi dan tulang
Sakit kepala, resedung,
Silap urat , selsema, dan pintam
Untuk pulih semula  berhari  lamanya
Pada Tahun  2015 yang lalu
Aku mencatat 160 buah puisi
Tanpa aku disedari  dan menyngka
Kini aku belum lagi bermula
kerana kurang  sihat dan bersedia
sesekali ilham  pun datang
sepintas lalu aku tidak peduli
sehingga kini aku belum  mencatat
walaupun sebuah puisi yang  terkini ….                           

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7.40 ptg
Sabtu 2hb Januari  2016.

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

SAYEMBARA TAHUN 2016.





saizul maizav berkata...
1.BILA ANGIN PUTING BELIUNG (LS) 1

Tatkala awan kelabu songsang berarak
bakal menghamburkan jelaga dan keladak
bersama bayu melintang berhembus laju
tiada lagi sepoi-sepoi bahasa seperti dahulu
ke mana agaknya kita akan berginjak dan berlalu
sebelum halilintar ganas menuju
puting beliung menerjah bertalu?
Agaknya ke mana kita selepas itu
jika rumah sendiri telah terkunci
penghuni lain telah berkuasa didepan pintu
mereka tak diundang itu tidak pernah kita kenal
kita yang tiada apa-apa lagi
terpaksa berlalu dan pergi
sekadar memberontak dalam diri
lewat penyesalan bersilih ganti

Saizul Maizav
sajak sinis buat kerajaan di pulau pinang
hrp melayu tidak ditindas lagi
air itam 29disember 2015
ULASAN RENGKAS !
Kekuasaan sebenarnya terletak di tangan rakyat jika satu undi yang kita beri satu kekuatan yang mereka dapat, Terpulang kepada pengundi ? Siapa yang mereka lebih percaya dengan pemimpin yang mereka pilih sendiri . Orang luar atau tempatan ? Tetapi perlu di ingat Yb mana lebih banyak berbakti dan terbukti berkhidmat kepada rakyat jelata atau sekadar jual temberang sahaja ?
LAYAK SETERUSNYA!

nurimanja49@gmail.com berkata...

Naga Samudera berkata...
2.TEWAS (LP2)

Jangan salahkan ketewasan
kerana tiada apa-apa mampu kita lakukan
melainkan melihatnya dari sudut teladan.
Kesatkan air matamu putera wira padang
meskipun telah kau ketahui
dukaku melirih di hujung sanubari.
Pejamkan matamu senyumlah selalu
seimbangkan emosi kukuhkan jati diri
kita gali kembali muhasabah diri dengan berani
di situlah kita akan temui
tewas ini harganya kita tebus nanti
maruah bola sepak kita secara hakiki.
Bangkitlah berhemah usah tersadung
akhlak mulia juga pasti disanjung.

Naga Samudera
sajak utk bola sepak kedah yang tewas sbb sy sendiri
ada kat stadium sbb sy kerja kat stadium darulaman
ULASAN RENGKAS !
Soal permainan bola sepak ini kekadang kita tidak boleh menduga kerana bola itu bulat dan bila berdepan pasukkan yang lebih kuat dan pandai membaca pergerakan kita besar kemungkinan kita boleh tewas . Maaf Cuma mesej biasa . TK

MUNGKIN LAYAK PUSIANGAN 2

nurimanja49@gmail.com berkata...


seri suri berkata...
3.WARNA WARNI (TK)

Warna-warna kelam dihati ini
mula mengalir laju
berlumba mengisi sempadan diri
Bak air turun tatkala hujan,
yang terselit pelangi di celah sinaran.
jadi dimana lagi harusku berdiri,
Agar diri tidak lagi sunyi,
Dimana lagi harusku berlari,
Agar bahgia sering menemani,
Dimana lagi harusku mencari,
Agar kasih tenang di hati.

Seri Suri
sajak simbolik
perak 2015
ULASAN RENGKAS !
Kekadang kita hidup terlalu menyakinani sesuatu itu menarik dan kekal selamanya. Tanpa memikirkan tabiaat hati kekadang ianya selalu berubah-ubah .kekadang terlalu suka,ada kala ber duka pula. Kalau kita bertinda tanpa memikirkan hari kemudian kekecewaannya bukanlah sadikit.. Maaf thema simbolik soal peribadi. (TK)

MAAF TERTOLAK KELUAR

saizul maizav berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Hero Kampung berkata...

lepas jgk mozaire kali ni walaupun dpt peluang kedua... hehe apa2pun terima kasih qalam mcm biasa sy tiap kali lps pusingan pertama sy bernazar belanja family....

Naga Samudera berkata...

nasib baik sajak aku psl bola layak jgk... risau jgk kalau tersingkir awal

Ali Conan berkata...

mungkin tu apa layak ke x ni?? suspen jgk

Abang Japp berkata...

2 org saja ke tersingkir kali ni

Sarjan Husin berkata...

nampaknya hanya 2 tersingkir persaingan makin sengit la

Adiwira Angkasa berkata...

sedih la x dpt masuk

penyair agung berkata...

selamat maju jaya buat perserta

Pilot Hafizah berkata...

sapa plak yg menang sajak seyambara utk 2016 ni nnt

Ustaz Muda berkata...

nampaknya pmpuan yg tersingkir dulu

pak ya nyabo berkata...

semua suka hutang ikut tema biar papa asal bergaya

Nuri Jaguh berkata...

betol tu la budaya org kita x mampu tp nak jgk jd kena berhutang la

Kembara Budiman berkata...

baik hidup sederhana dari berhutang

Pak Kassim berkata...

x mampu jgn pandai2 nk jgk nnt kna berhutang parah oh

Hero Kampung berkata...

rumah kalau dh ditinggalkan jd rumah hantu

Mozaire berkata...

hantu raya apa ada dlm tu? hahahaa

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ali Conan berkata...

4.ROSAK PERSAHABATAN KERNA ( LP2)

persahabatan tak terungkapkan dengan perkataan,
tetapi bercambah di dalam kalbu
membesar menjadi rimbun, berbunga, berbuah
bukan untuk satu tetapi buat semua merasa
redup kesejahteraan meriah keamanan dan manis kehidupan.
seperti sejenis ikatan dengan tali pengorbanan
persahabatan rosak kerna pengkhianatan oleh dendam dari dalam.
yang tertanam di jantung yang mengalir bersama darah
tertancap di tulang-temulang bersemarak di perdu hati
jadi jangan cuba merosakan sesuatu persahabatan.

Ali Conan
sajak persahabatan
kuala lumpur 2015

ULASAN RENGKAS !

Persahabatan dalam hidup ini perlu diutamakan di mana sahaja kita berada atau pergi sekurang ada seorang yang boleh kita percayai tempat mengadu dan minta bantuan sekadar apa yang dia boleh bantu, maka begitu juga kita sedia membantu apa yang patut .

MUNGKIN LAYAK PUSIANGAN 2