Ahad, 13 Mei 2018

KITA JANGAN RASA BERBANGGA?





KITA JANGAN RASA BERBANGGA?

Hari ini dalam sejarah                                                                                                                                       
Kita orang melayu jangan rasa berbangga
Kerana telah jatuhnya UMNO sebuah parti keramat
Kepunyaan orang melayu sendiri yang telah banyak berbakti
Tetapi perlu ingat kitalah yang bersubahat membunuh tali  hanyatnya ?

Bukan DAP atau PKR?
Tetapi ketua dalam dan bekas UMNO itu
Merancang untuk membunuh dan memusnahkannya
Bukan DSN atau Matan Pak Lah yang bertugas melakukannya
Tetapi orang melayu yang bersekongkol dengan parti lain membunuhnya?

Janganlah kita hairan!
Wahai melayuku yang selalu lupa daratan
Kalau ada bangsa lain melihat dan mentertawakannya
Orang di luar negara pun  sudah tidak hairan dengan budaya kita
Kerana melayu mudah dijual dan dibeli dengan perasaan hasad dan dengki?

Lihatlah kota Melaka !
Begitu tersohor dikenali seantero dunia
Pun boleh jatuh di tangan penjajah luar di waktu itu?
Terkini berulang lagi kejatuhan sebuah parti peribumi melayu
Kerana kita memang  gemar mencipta dan meruntuhkan sejarah  sendiri?

Oleh: Nurimanaj,
Catatan jam 4.50 pagi
Ahad Tarikh; 13hb/Mei/2018.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

APA SAHAJA YANG BERLAKU ITU HARI INI
AKAN MENJADI SEJARAH MASA AKAN DATANG !

Apa kita berbangga diri ? Sebuat parti kermat orang melayu yang banyak berbakti lebih 61 atau 72 tahun kita tali hayatnya telah di cantas oleh bangsa dan orang melayu sendiri yang pernah duduk di dalam umno itu sendiri ?

Dimana hebatnya kita ?