Khamis, 17 Mei 2018

BERSEDEKAHLAH APA SAHAJA


najis.jpg



BERSEDEKAHLAH APA SAHAJA

Orang kaya mungkin
Mampu bersedekah apa sahaja
Kerana ada wang, harta dan benda
Maka banyaklah dapat pahala di dunia ini.

Tetapi orang miskin jangan susah
Mereka juga masih boleh bersedekah
Walalupun tiada wang, harta dan benda
Cuma dengan senyuman dikira bersedekah.

Jika tidak mampu juga bersedekah
Buang sampah sarap menghalang jalanan
Kalau mampu boleh dikira pahala bersedekah
Maka lakukanlah dengan niat seikhlas hatinurani.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan Jam 12 tengahari.
Tanggal 16/4/2015

Tiada ulasan: