Rabu, 23 Mei 2018

.SEORANG TUA YANG KUTEMUI






SEORANG TUA YANG KUTEMUI

Seorang tua yang kutemui
Janggut, misai dan rambut tidak terurus
Sering kali berada di tepian longgok kan sampah
Agak ganjil dan pelik juga aku rasa
Kerana saban hari kerjanya cuma
memunggah sampah sarap
di mana sahaja ada timbunan sampah

Dia akan membuka beg sampah
Bagaikan  mencari sesuatu di dalamnya
Apa sahaja yang ditemui akan dibuka
Walau pun ada secebis kertas kecil
dengan penuh minat dan teliti dia membaca
Akan dibuka di perbetul keromoknya
kemudian dia tersenyum dan ketawa sendirian ….



Oleh:  Geletek Pagi
6.30 ptg di tepi jendela kaca
3hb Mei. 2014. Gambar hiasan .

Tiada ulasan: