Ahad, 3 Jun 2018

LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BERSEDEKAH


tahui.jpg

LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BERSEDEKAH

Mereka orang yang beriman
Suka berbelanja dengan bersedekah
Mendapat tujuh ratus kali ganda ganjaran pahala .
Mereka gemar bersedekah sama dengan  70 kali  Cuma RM1.00
Tetapi perlu ikhlas bagi menderma harta yang Allah kurnia kan kepada kita.

Derma lah sebahagian harta
Kepada kaum keluarga kerabat handai
Lebih utama dan afdal kepada yang memerlukan,
Tetapi jika ada udang di sebalik batu atau minta pujian sahaja
Allah amat mengetahui  dalam  hati mereka kerana niat ikhlas yang sebenar.

Sedekah itu satu bantuan.
Ada harta derma lah jangan disimpan
Patutlah banyak berdesekah pada yang memerlukan
Kerana Allah S.W.T akan melipat gandakan lagi hartanya itu nanti
Lakukan lah sedekah sunat dan wajib dengan harta Allah pinjamkan kepada kita.

Oleh Pena Utara,
Catatan jam 7.45 pagi
Hari Khamis Tanggal 24hb Mei 2018.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

FADILAT HADIS RAMADAN

Orang yang memberi makan orang yang berpuasa pahalanya sama banyak dengan orang yang berpuasa pada hari itu.