Isnin, 18 Jun 2018

.RINDU DI HUJUNG SEPI.


bicara.jpg


RINDU DI HUJUNG SEPI

Bila
Aku berada di hujung sepi
Setelah orang yang direndu selama ini
Telah pun kembali ke pangkuan Ilahi..

Dulu
Aku selalu saja melupainya
Kerana masa sering saja menganggu
Menjadikan langkah-langkahku termangu.

Kini
Kerinduanku di hujung sepi
Tangisan dan air mata tidak berguna lagi
Segalanya telah ditelan rasa kekesalan di hati.

Oleh: Nuri manja,
17 Mac, 2014 pagi.



1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...


Kita selalu alfa , bia kita telalu banyak dibebani dengan tugas dan kehidupan didunia ini. masa hidup ini bila kita masih ada ibu dan ayah jgn lupa menziarahi mereka seminggu sekali atau sebulan sekali, jgn menunggu hari raya tiba baru pulang ke kampung mengziarahi mereka . Kalau mereka sudah tiada di dunia ini masa itu barulah kita rasa kesal tiada berkesudahan.