Ahad, 24 Jun 2018

BILA MELAYU PECAH LIMA





 BILA MELAYU PECAH LIMA          

Inilah politik kita
Apabila melayu pecah lima
Kabinet kerajaan pun berubah
Bukan melayu lebih ramai punya suara
Malah menguasai kerusi dalam parlimen Negara

Inilah suara PH!
Terlalu amat diharapkan di dewan
Setelah berjaya menjatuh Barisan Nasional
Kini melayu perlulah akur dengan keputusannya
Setiap yang kalah terpaksa kena  terimalah peraturannya
                                                                                       
Nasib kita kini
Terletak di tangan kita sendiri
Jikalau ada keikhlasan  maka lihatlah
Jikalau berlaku sebaliknya  yang mendukacitakan
Maka terimalah kerana kita yang pilih dan  kita yang  pangkah?

Oleh  Qalam Mutiara,
Jam 6.35 petang Ahad
Tanggal  24 hb Jun 2018.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ternyata perangkap samar yg dipasang musuh telah berjaya menjerat bangsa melayu yng angkuh dan lupa segala ? Kini bila msing-masing punya agenda tersendiri diserang mabuk kuasa . Melayu sanggup berpecah dari dua menjadi tiga , empat dan lima ? Kini terimalah akibatnya . Lupa pada pepatah orang tua-tua lama > Bersatu kita kukuh bercerai kita roboh. Kini perlulah kita muhasabah diri dan menilai diri kita sendiri?