Sabtu, 23 Jun 2018

BILA BALIK KAMPUNG HATI PUN SEDIH DAN SAYU



sinar kelam.jpg

BILA BALIK KAMPUNG HATI PUN SEDIH DAN SAYU
-Bagan Serai kerian Perak -

Sesekali bila balik kampung
Hati pun merasa sedih dan sayu
Melihat rumah tua di makan anai–anai
Tiang kian uzur dan condong dinding hampir reput ,
Anak tangga pun ada yang hilang, lantai ada yang patah
Tidak terjaga dan terbela bila semua penghuninya telah berhijrah.

Kitab lama buruk berabuk
Bukan dalam al mari tempatnya
Tetapi di atas alang berlubang dimakan gegat,
Di manakah ada keberkatannya bila disimpan tidak dibaca
Kerana anak cucu yang ada kini gagal metelaah kitab  kuning
Cuma masing-masing telah pandai melontar hukum dan fatwanya sendiri.

Oleh: Nuri manja,
Catatan terkini: kampung tersusun
Perak Darul Ridzuan tanggal 12 /04/2014.
                                                                                               

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sesekali bila lama tidak balik kampung memang rindu kian hebat berbunga . tetapi bila balik pula kesayuan bagaikan bergayut di mana-mana , kesedihan mula mencengkam hati nurani . kesedihan pun menjelma bila kenangan lama berputih kembali . bersama ayah dan ibu yang telah lama kembali kepangkuan Ilahi .