Isnin, 11 Jun 2018

.RINDU DI HUJUNG SEPI





.RINDU DI HUJUNG SEPI 
-bila ayah dan ibu tiada lagi.
                             
Bila
Aku berada di hujung sepi
Setelah orang yang direndu selama ini
Telah pun kembali kepangkuan Rabulizatti.

Dulu
Aku selalu saja melupainya
Kerana masa sering saja menganggu
Menjadikan langkah-langkahku termangu.

Kini
Kerinduanku di hujung sepi
Tangisan dan air mata tidak berguna lagi
Segalanya telah ditelan rasa kekesalan di hati.

Oleh: Pena Runcing,
Catatan kenang mengusik jiwa
17 Mac, 2014 pagi.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...





HARI 24



KISAH PARA AMBIA CRSIRI 24
DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ;
BERTAJUK : MIMPI ABI KHUTABAH


Abi Khutabah bemimpi melihat seorang hamba Allah yang terseksa hingga hitam mukanya, kerana anak-anaknya
di dunia tidak melakukan pekara yang baik-baik, malah membelanjakan harta peninggalan aruah ayahnya ke jalan
yang kurang menyenangkan.

Kemudian dia melihat pula sorang hamba Allah mukanya bercahaya-cahaya bila ditanya; inilah berkat doa anak-
anaknya di dunia sering bersedekah dan amalan soleh.atau amal makrup nahi mungkar.

Bila khutabah bangun dari tidur,dia mencari keluarga yang teseksa itu, dan menceritakan apa yang telah belaku
ke atas aruah ayahnya di dalam kubur.Lalu segeralah anak-anak sahabatnya itu melakukan amal makrup nahi mungkar,
maka jadilah mereka waladunsolehon. (anak yang soleh).

Setelah bebeapa lama Abi Khutabah bermimpi lagi sekali,dia melihat dari kubur yang sama penghuninya dalam
keadaan yang mengembirakan. bila dia bertanya, lantas dia menjawab dengan sukacitanya berbanyak terima kasih
kepada Abi Khutabah.

Pengajarannya:
Anak-anak merupakan harapan untuk ayah ibu menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat agar dapat membantu
ayah ibu di alam barzah (kubur) atau pun di akhirat nanti.

Harta peninggalan aruah ayah kita jangan dibelanjakan ke jalan yang mungkar ataupun maksiat, sebaiknya lakukan
ke jalan membawa kebajikan dunia dan akhirat.



FADILAT HADIS RAMADAN
Sabda Rasullullah SAW. Bukankah puasa itu menahan diri dari makan dan minum, sesungguhnya puasa itu menahan diri drp
Berkata kotor dan sia-sia



Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah .