Isnin, 18 Jun 2018

BILA SENJA BERLABUH


pagi.jpg


BILA SENJA BERLABUH

Bila senja berlabuh
malam mula menyapa
angin pun berbisik
kesunyian  merayap
merakul benak sepi
hatiku dipangut resah
melihat kegelapan
bagai terkapar dan alfa
bila wajah diselubungi
ketuaan di hujung senja.

Oleh ; Nurimanja,
BBTK, catatan malam,
Tanpa tarikh/akhir tahun2009

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Hidup ini jgnlah kita terlalu ghairah mendewakan kecantikan dan ketampanan . kerana usia sering melingkari kita . Kalau anda ingin tahu anda di waktu dahulu , lihat perempuan mengandung? Jika anda ingin tahu wajah anda hari ini , lihat cermin? Kalau anda ingin tahu dimana anda selepas ini . Ziarahilah kubur tempat persemadian sepi.