Selasa, 26 Jun 2018

KITA JANGAN RASA BERBANGGA?


 siang dan malam.jpg


 KITA JANGAN RASA BERBANGGA? 

Hari ini dalam sejarah                                 
Kita orang melayu jangan rasa berbangga
Kerana telah jatuhnya UMNO sebuah parti keramat
Kepunyaan orang melayu sendiri yang telah banyak berbakti
Tetapi perlu ingat kitalah yang bersubahat membunuh tali  hanyatnya ?

Bukan DAP atau PKR?
Tetapi ketua dalam bekas UMNO sendiri?
Merancang untuk membunuh dan memusnahkannya
Bukan DSN atau Matan Pak Lah yang bertugas melakukannya
Tetapi orang melayu yang bersekongkol dengan parti lain membunuhnya?

Janganlah kita hairan!
Wahai melayuku yang selalu lupa daratan
Kalau ada bangsa lain melihat dan mentertawakannya
Orang di luar negara pun  sudah tidak hairan dengan budaya kita
Kerana melayu mudah dijual dan dibeli dengan perasaan hasad dan dengki?

Lihatlah kota Melaka !
Begitu tersohor dikenali seantero dunia
Pun boleh jatuh di tangan penjajah luar di waktu itu?
Terkini berulang lagi kejatuhan sebuah parti peribumi melayu
Kerana kita memang  gemar mencipta dan meruntuhkan sejarah  sendiri?

Oleh:, Pena Utara,
Catatan jam 4.50 pagi
Sabtu Tarikh; 5hb/Mei/2018.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Dimana rasa keimanan kita ? Apabila budaya yang keduniaan mengatasi alam akhirat? Dimana janji kita selepas di azan dan di kamat di cuping telinga kita sewaktu baru menyedut udara Allah ? Semuanya akan menimbulkan persoalan yang perlu kita jawab di akhirat nanti? Kemenangan di dunia jangan terlalu kita banggakan ? Jikalau kita melalkukan unsur -unsur yang bertentangan dengan syariat Agama Allah SWT ?