Ahad, 17 Jun 2018

MUNAJAT DIHUJUNG MALAM





.MUNAJAT DI HUJUNG MALAM
-buat ahli club tahajud

Menunggu waktu di hujung malam,
bukanlah satu rasa penyeksaan
cuma kemalasan hati di dunia ini.
jika kita dapat menguasai diri.
seperti perjanjian yang di tepati
mudah di kejut pada setiap malam,

Setelah kita berada di dalam kubur,
jangan harap untuk meminta lagi
berilah aku bangun di malam hari
ingin hidup kembali melakukan solat sunat
walaupun sebanyak dua rakaat.

Bagunlah untuk berzikir dan munajat,
dan bermuhasabah diri anda sendiri
agar jiwa lebih tenang zuhud bertawadok
pada Allah s.w.t pencipta kita dan segala
Mengapa kita masih enggan sujud kepadaNya?

Oleh: Nuri manja,
Catatan malam hari,
Gambar cuma hiasan sahaja.2014

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kenematan bertahajud di hujung malam hanya orang-orang yang sudah terbiasa melakukannya seperti solat 5 waktu . Tetapi seorang yang lebih kuat kecintaannya kepada Allah ibadatnya sentiasa ditingkan selain solat tahajud di hujung malam , ada lagi tambahan solat waktu suruk, dan dguha . kalau kita org biasa cuma melakukan 5 waktu sehari semalam tetapi bagi mereka ditambahkannya 3 waktu tadi menjadi lapan . malah ada lagi sunat -sunat yg lain mengiringi sunat kabliah dan bakdiah .