Selasa, 10 April 2018

AKU KINI TAK KUASA LAGI MELAWAN DUNIA




peringatan.jpg


AKU KINI TAK KUASA LAGI MELAWAN DUNIA

Dimana silapnya kita
Kalau sudah tahu hidup ini
Cuma buat sementara waktu sahaja
Mengapa kita masih asyik untuk bersamanya

Sudah bersediakah kita
Tentang amalan di hari kemudian
Mengapa masih gemar beradu domba
Melontar tohmah dan fitnah sesama seagama

Tidakkah kita takut nanti
Akan azab Allah SWT yang diterima
Kerana di akhirat setiap amalan baik dan buruk
Semuanya tetap akan di timbang dan diperhitongkan

Jadi sebaik usia tua ini
Banyak bertaubatlah dan berastaghfar
Semoga perjalanan kita menuju puncak nanti
Tidaklah  sehina waktu mula kita datang ke dunia fana ini .

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.55 pagi
Hari Khamis 25hb Mei, 2016.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

TAZKIRAH RENGKAS
Assalamualaikum rerakan Fb !


1.BUAT RENUNGAN PAGI JUMAAT (TT)

Kita jangan pula tak tahu !

Ada seorang hamba Allah umur 60 atau 70 tahun lebih kurang . Dia kata hidupnya sudah lama .Pagi ini dia pergi solat berjumaah pagi jumaat: Kenapa pagi ini saya sembayang subuh ada sujud pula tanpa rokok . Sudahlah Tuk Imam itu baca Surah panjang ( Al sajadah) dalam rakaat pertama sahaja tanpa rukok jangan terkejut . Maklum ada juga yang baru minat nak ke masjid tak pernah dengar ceramah atau kurang perihatin dan pengetahuan agama.

Dalam Al Quran ada surah kita sujud bila sampai pada ayat tertentu (biasanya ada lambang masjid) Justeruitu kalau kita pergi solat subuh pada pagi jumaat ada setengah tempat Tuk Imam yang hafal surah sajjadah akan memalakukan sujud sajjadah . Dalam sujud itu bacalah Sujjada wathilillazi qalaqahu wasauwarahu sasyakqah batabarakallah huahsanun hakimin…3X Ini Cuma buat yang tak tahu lagi. (jangan terkejut pula?)

Cuma buat ingatan.