Jumaat, 5 Januari 2018

BILA KITA DI GUNUNG JANGAN LUPA ORANG DI PAYA


aku+pulang.jpg

3.BILA KITA DI GUNUNG JANGAN LUPA ORANG DI PAYA

Aku telah banyak melihat
Kehidupan masyarakat orang-orang  kita
Bila mereka berada di punca menjadi penghuni gunung
Sering terlupa orang-orang sebangsa kita tinggal di lembah atau paya
Cuma meminta sokongan tanda tangan surat menyurat terasa berat dan susah.

Mereka semacam terlupa
Bila gunung ganang juga boleh di runtuh
Mereka yang duduk di atas akan rosak binasa jadinya
Sedangkan orang di lembah sebenarnya terlalu biasa dengan bencana
Hujan lebat banjir besar dan tanah runtuh  tanaman musnah kediaman  ranap.

 Sepatut  kita menolong
Tidak  kira di antara satu sama yang lain
Jangan fikir engkau di puncak atau tinggal di lembah
Kita hidup di dunia ini membena masyarakat yang sederhana watanya
Kerana kita ingin keikhlasan  keredhaan bertugas demi dunia dan juga akhirat.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.40 pagi
Hari Srabu  3hb Januari 2018.


Tiada ulasan: