Memaparkan catatan dengan label fikirlah sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fikirlah sendiri. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

SI MATA SATU



buat yang masih mahu bersubehat.

Ingatlah Si mata satu
Perjalanan di hujung senja waktu kian  mengisut di kaki langit
masih juga bermain onar dan mungkar
cuba memutar belitkan keadaan sebenar Jangan biarkan bulan dan bintang bersama mentari
menjadi tersenyum melihat gelagat  drama laknat  tanpa skrip.

 
Oleh:  Nurimanja,
berkatalah benar walaupun pahit sebelum nilai perkerti kian jatuh tersungkur.
catatan  tanggal dua tiga hari yang lalu 19hb.Mei, 2011.








Selasa, 31 Januari 2012

DUNIA SEMAKIN KABUR





 Hari ini kita lihat
Dunia semakin kabur bila kedudukan  dan kekuasaan
boleh menolak segala nilai kemanusiaan.

 Bila nilai agama
rohani dan jasmani sudah terpinggir kebenaran tiada nilainya lagi
keburukan dan  kemungkaran  diutamakan.

 Malah yang benar
diminta bermuhasabah melakukan onar bebas lepas
ternyata keangkuhan pada Tuhan pencipta

Inilah zaman akhir
kecelaruan minda berluasa tidak kira pangkat miskin kaya
ternyata kini dunia semakin kabur jadinya.


Oleh: Nurimanja,
Teluk Kumbar Pulau Pinang.
18hb Januari, 2012. Jam 10  Pagi rabu.