Selasa, 25 Ogos 2015

DUNIA DI AKHIR ZAMAN





DUNIA DI AKHIR ZAMAN


Kata nabi akan berlaku
Perkara luar biasa di satu masa
Di mana ketua bagi orang Islam bukan seagama
Lalu umat Islam mudah mengikut arahan telunjuk mereka
Sehingga yang tenat dicelarukan minda sanggup melakukannya
Walaupun di arah dan diminta ikut masuk ke lubang biawak tidak mengapa.

Disebabkan pengaruh wang
Dan kebendaan hidup di dunia ini
Orang Islam yang tipis iman lupa segala-galanya
Cuma membeli dengan janji, ada gelaran, pangkat dan harta
Maka orang-orang kita yang beragama Islam terus terperangkap
Lalai dan lena dibuai mimpi-mimpi indah yang di umpamakan syurga dalam dunia.



Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7 .15 pagi Isnin
Tanggal 16 Ogos 2015 Teluk Kumbar.


5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

1.Lebih sedih lagi ramai terpedaya oleh hasutan yg mengatakan Tv ini semuanya penipu , kalau begitu satu dunia org melihat kena tipu. Dakyah jahat yang mungkin menyesatkan dan merosak dan mencelarukan minda rakyat jelata kita . Terutama rerakan dari pihak pro pembangkang.

nurimanja49@gmail.com berkata...

2.Soal dana politik , IMDB dan 2.6 billion ini sebagai issu nak pancing undi utk PRU14 sahaja daripada pihak tertentu , sehingga sanggup jelajah seluruh negara kononnya nak bersih. Rakyat sudah tahu pun siapa yg lebih bersih daripada 4 kali bersih.

nurimanja49@gmail.com berkata...

3.Sebab mereka tak nampak apa yg mereka lakukan atau sengaja buat lupa, sebab itu hidup tiada keberkatan darah daging tumbuh dengan cara hendak kebas apa sahaja , bila kerja banyak curi tulang gaji nak penuh , bukankah haram namanya. Ingat darah daging yg tumbuh dengan benda atau makanan yg haram api neraka sedia mengidamkannya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

4.Kalau bersih masih tutup mulut ikat kepala, ternyata keadaan sekitar kita masih berdebu dan tidak selesa...Jadi tak perlulah rakyat jelata berhimpun dan berpusu-pusu di jalanraya .

nurimanja49@gmail.com berkata...

5.Berilah peluang terlebih dahulu kepada PM sepenggal dua untuk menarajui Negara , itupun belum cukup untuk kita menilai kemampuannya? Ini tidak PM baru hendak mula melangkah setelah mengambil alih tugas daripada Pak Lah . Sebaiknya biarlah PM cuba mendaki bukit dahulu, jangan kita terus memapatahkan kakinya ? Apakah ini satu sikap Bersih ? setelah mereka gagal dalam PRU13 dahulu , kini cuba pula melaksanakan agenda terancang mengunakan jalan belakang? sebenrnya BERSIH ini di dalam hati kita sendiri , tidak perlu dipamerkan jika di hati masih tersemat berniat kotor, jahat dan busuk ? .