Rabu, 26 Ogos 2015

AGAK ANIH DAN MENGHAIRANKAN?





 AGAK ANEH DAN MENGHAIRANKAN?  


Agak aneh dan menghairankan juga?
Mungkinkah kerana minda telah dicelarukan
Akibat mabuk kuasa dan menyokong agenda gila-gila
Mangsanya orang melayu sendiri dan bertelagah sesama kita.

Angkara cuma seekor lembu tua
yang gemar membawa lumpur dan najis
maka sesiapa yang terkena palit terima lah baunya
sebagai bersubahat untuk menjayakan agenda nawaitu jahatnya.

Kini saban hari kian tenat nampaknya
Ramai orang kita yang siuman terperangkap sama
Untuk melangsungkan agenda mabuk dan merampas kuasa
 Berlakukanlah hasutan beradu domba dan demontrasi dijalanraya.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7 pagi Rabu
Tanggal 26 Ogos 2015 Teluk Kumbar.


5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...


MAAF UNTUK PENGETAHUAN SAHABAT LAMA DAN BARU CITRANURI

Blog ini telah dogodam oleh pengodam dari tanah seberang pada 27 Ramadan . banyak bahan yang telah hilang dan tak dapat di selamatkan, termasuk 10 buah puisi tidak sempat disiarkan.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tahun ini daripada januari hingga Ogos 2015 sepatutnya blog ini telah melahirkan 73 buah puisi termasuk hari ini . Tetapi telah hilang 10 buah maka jadi 63 buah puisi kembali.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apa pun bersyukur dan berterima kasih banyak daripada kami kepada pihak yang mengawal dan menyelamatkankan blog ini dari hilang terus

Makasih banyak.

nurimanja49@gmail.com berkata...


Apa pun kami akan menyiarkan puisi yang masih belum tersiar dalam blog ini , sewaktu blog ini tersekat , Admin Pb! dan Pb2 sempat juga dapat melepaskannya ke dalam Fb rerakan citranuri .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Antaranya :

Suara Pulau, Pena Runcing, Mawar Putih dan Thahirah Anuar . kelolaan Admin Muda. Okey Selamat bersedia menyambut MERDEKA SEHATI SEJIWA RAKYAT 1 MALAYSIA.


Maaf berundur dahulu.