33. BUAT LIMA NAMA PENA
Sebatang pena runcing
Bukan buat menikam sesiapa
Sekadar mencatat apa yang tersirat
Dan meluahkannya melalui muka surat.
Bagi penulis Suara Pulau
Bukan suara dari sebuah pulau
Cuma seorang yang meluahkan kata
Melalui tulisan yang sepatutnya
diperkata.
Dan Qalam Mutiara pula
Cuma suka membuat komentar
Melalui andaian dan telahan rasa
hati
Dalam ulasan puisi- puisi sahabat
citra nuri.
Dan Tinta Azimat juga
Mencatat cerita nakal sahaja
Kekadang menulis bila ada mood saja
Biasanya Cuma jadi Admin bantu Fb
sahaja.
Sedangkan Pena Utara
Cuma seorang penulis lawak
Jikalau ada cerita yang geletek hati
orang boleh tersenyum dan ketawa
sendiri
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 11.30 pagi
Tanggal 25hb Januari 2016.
3 ulasan:
Liama Pena adalah warga penulis dalam Fb Pena Runcing (PR)
Kami sering bekerjasama dan berhubung dalam menghasilkan puisi -puisi terkini.
Kami semua lahir drp blog Citra rasa nurimanja.
Catat Ulasan