Isnin, 8 Ogos 2016

KITA INI CUMA RAKYAT BIASA




 KITA INI CUMA RAKYAT BIASA

Kita ini cuma rakyat biasa
Kalau bercakap pun siapalah kita
Tidak ada siapa mahu mendengarnya
kita cuma layak menjadi Pak Turut sahaja.

Kini kalau mahu bercakap
Orang akan melihat dan menilai
Siapa kita dan kelulusan apa kita ada
Jika tidak cakap kita bakul sampah sahaja.

Justeru itu kalau kita ini
Mahu bercakap kena menjadi Yb
Mewakalili kawasan DUN atau PARLIMEN
Jika tidak hanya mimpi di siang hari sahaja.

kita ini rakyat biasa saja
apa yang kita layak memberi undi
5 atau pun 4 tahun sekali turun mengundi
Siapa yang kita suka berilah kuasa kepadanya.


Oleh : Pena Runcing
Catatan jam 8 00 pagi
Hari Selasa 2hb Ogos 2016.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kisah rakyat biasa yang layak dapat BR1M sahaja , untuk bercakap soal politik dan ekonomi siapalah kita kalau sekolah atap pun tidak tamat .