Rabu, 24 Ogos 2016

HATI INI BUKAN TIDAK INGAT


HATI INI BUKAN TIDAK INGAT


Di mana pun kita kini berada dan tinggal
Dalam hati kecil ini bukan tidak ingat
Di mana Kampung halaman kita lahir
Malah tempat kita membesar bermain
Bersama rakan waktu kecil-kecil dahulu

Cuma keadaan yang tidak mengizinkan
Untuk kita balik ke Kampung ziarah
Sahabat handai dan sanak saudara
Kalau dulu kita balik ziarah ibu ayah
Kini mereka sudah tiada tinggal pesara.

Kalau pun ada adik beradik semuanya
Telah lanjut usia sakit dan sebagainya
Malah ramai rakan seusia telah kembali
Hanya tinggal anak cucu mereka sahaja
Setengahnya tidak mengenal siapa kita?

Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.50  pagi
Tarikh: Hari  Selasa 9hb Ogos 2016


1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sehebat mana pun kita masih dalam pegembaraan menuju ke hujung senja .