Selasa, 30 Ogos 2016

HENTIKANLAH SENGKETA SESAMA KITA







HENTIKAN LAH SENGKETA SESAMA  KITA

Ingatlah selawat nabi
Semoga kita hentikan sengketa ini
Lupakah kita pada agama,  bangsa, dan negara
Lima hari lagi kita bersama sambut ulang tahun merdeka .

Jika  besok ada juga
Perhimpunan baju kuning dan merah
Pasti ada  petanda yang kurang sihat melanda
Di antara rakyat jelata dalam fahaman politik sesama kita .

Hentikan lah agenda
Di antara baju kuning dan baju merah
Tidak perlu ada cabar mencabar beradu domba
Harap jangan gadai kan harga kemerdekaan negara kita.

Oleh:  Tinta Azimat,
Catatan jam 6.35 pagi hari
Jumaat Tanggal 26ahb Ogos 2016.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Baik dengar patun org tua dahulu kala:

Pisang sesikat gulai se belanga, hidup mufakat kerja bersama.
bukan kah lebih baik dan menarik.