Isnin, 8 Ogos 2016

HARI INI SUKAR UTK MENILAI






HARI INI SUKAR UTK MENILAI

Lewat kebelakangan ini
Terlalu sukar untuk kita menilai
Hati nurani seorang bernama manusia
Kerana  setiap orang semacam ada agenda
Yang tersembunyi dan berahsia di dalam minda.

Termasuk apa sahaja
Jikalau sudah bernama dan wang
Dalam dunia politik perniagaa dan sukan
Boleh saja diatur untuk  menjadi sang juara
Kerana boleh beli dan menjual dengan kuasa anda.

Begitulah dunia kini
Apa yang kita lihat dan mengetahui
Hebat dengan permainan dan percaturan
Soalnya kita dapat dan ada keberuntungannya
Jangan peduli apa orang lain kata dan tersinggung.


Oleh : Pena Runcing
Catatan jam 6 00 pagi
Hari Isnin 1hb Ogos 2016.


1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Dalam politik kita tidak hairan dan terlalu biasa mendengar dan melihatnya. tetapi bila dalam sukan pun dipolitik menang kalah sesuatu perlawanan amat mengecewakan .

Itulah yang berlaku para peminat dan penyokong naik marah dan menimbulkan kacau bilau dan huruhara .